Entah pasaipa tiba2 aku rasa rindu zaman bulan ramadhan masa kecik2 dulu.. time dulu kalau bulan ramadhan je, mesti puasa yang yuk.. Kalau puasa penuh pulak dapat duit. Then masa malam je, mesti keluar main bunga api, mercun bawang dengan mercun mancis depan rumah. Satu lagi,kalau bulan ramadhan je, mesti tak sabar2 tunggu posmen mai rumah sebab nak tengok siapa yang hantar kad raya. Kan best kalau boleh ulang balik nostalgia zaman dulu2..
Kalau nak ulang puasa yang yuk dengan ganjaran duit untuk puasa penuh, jangan nak mimpila sebab puasa lani dah jadi satu kewajipan untuk aku. Nak tak nak, aku wajib berpuasa. Kalau nak main bunga api dengan mercun depan rumah pulak, nanti mesti ada suara2 nakal yang perli aku.. Almaklumlah, umoq dah 21 tapi perangai macam 12 tahun, HAHA. Tapi satu je yang aku rasa still relevan untuk diulang kembali iaitu KAD RAYA.
Dulu kalau bulan ramadhan je, mesti dapat banyak kad raya, tapi lani nak dapat satu kad raya pun payah.
Jadi disebabkan aku rindu dengan zaman kegemilangan kad raya, aku pun keluarla pi beli kad raya dekat mini market yang berdekatan dengan rumah aku. Rindu pulak nak tulis kad raya sebab dah bertahun tak tulis kad raya. Aku percaya, zaman kegemilangan kad raya boleh kita ulang balik kalau kita semua ada inisiatif untuk beli,tulis and pos kad raya tu. Maybe ada suara2 nakal jugak yang kata kad raya tak lagi relevan dalam dunia moden sekarang. Tapi bagi aku, ucapan dalam kad raya lebih nampak keihlasan pengirimnya berbanding ucapan dalam SMS, Facebook or Email.
Aku lebih menghargai ucapan yang orang bagi kat aku melalui kad berbanding SMS, Facebook or Email. Sebab, bila orang tu hantar kad raya, secara tak langsung terpancar keikhlasan dia sebab dia sanggup beli kad raya, kemudian beli setem, kemudian bazirkan dakwat pen untuk tulis, kemudian bazirkan minyak moto/kereta untuk letak kad raya tu dalam peti pejabat pos berbanding orang yang hantar ucapan guna SMS yang hanya menggunakan kredit tak sampai sepuluh sen dan hanya mengambil masa tak sampai seminit. Lagi satu, Kad raya boleh disimpan dan dipamerkan kat tetamu yang mai beraya tapi kalau SMS, lambat laun kena delete jugak and tak dapat nak tunjok kat tetamu yang mai rumah.
Jadi aku rasa masih tak lambat lagi kalau kita nak kembalikan semula zaman kegemilangan kad raya ni. Ramadhan setahun sekali je.. So, jangan nak kedekut sangatlaa untuk beli kad raya.. Jom2 kita kembalikan semula kegemilangan kad raya. Hidup Kad Raya! ;)
Salam 15 Ramadhan.. ;)
54 ulasan:
nak kad satu! hehe
tradisi ditelan zaman. heh
mai address . . .sok lusa i antar kad raya bagi u. . .
p/s : pecah kaca , pecah gelas
sudah baca , harap balas
huhu rajin lg ke anta? rsa postman semakin hari semakin xbnyk kerja.. :D
erk, anis tak pernah pun hntr kad raya dekat kwn2. just sms je, lpas baca je entry nih , teringin lah pulak nk try hntr kad raya, :) heehehe
Seronok sangat2 bila time raya banyak dapat kad raya..tapi kini semua tu dah tinggal kenangan..
nak kad rya 1 boley hihi ^_^
lama tak menghantar dan menerima kad raya T_T
Kad raya sangat seronok! Baru rasa best nak raya. Post satu untuk saya sekali, HAHA :)
emailkan alamat rumah please haha nak pos kad raya :D
nak satu.. hehe
aku nak satu!haha
teringat time kecik2, aku penah jual kad raya kot..hehe :)
nak bagi kad raye ke? bagi le tau, hikhik
dulu tyme kecik2, lawan ngn siblings yang lain sape dapat kumpul kad raye dr kawan2 paling banyak, kalau banyak, bangga gileww
zwan, email dhiya ada kat sidebar kanan, tak perasan eh. will send u one kad raya, wait for it :D
haha .. meh bg kt raya kt aku bro :D
dh bli kad raye tu...
leh lah bg nad satu... ^^
nk alamat nad x???
ZackJ tak pernah ketinggalan utk membeli kad raya setiap tahun. untuk ibu dan ibubapa mentua satu kewajipan utk dikirim.
walau ramai org kata, kad raya adalah tradisi lama tapi bagi ZackJ ianya sentiasa mekar menjelang hari perayaan. Jika hari ini genarasi baru tak mahu mengekalkannya, pada masa mendatang tidak ada apa untuk dikenang.
betul2... zaman kad raya makin ditinggalkan. :(
memang betul. maklumlah teknologi sekrang dah canggih zwan. kalau alin, bagi kad raya dekat orang terdekat. penat lah pulak nak sent dekat semua orang. haha :D
seriusly miss this moment.. last sem xsempat nk belikan kad raya.. tahun nie? haha kad raya yg tahun lepas lepas ad lg. hehe boley kasi..
~ u nk kad raya ke? kasi address, nt bile i balik penang i kasi kat u.. haha~ :P
dulu,aiman pon selalu gak terima kad raya yg cun2 dr "peminat"....asewnya tak kot tuk thun nih coz zaman skunk ndah maju...ucap hari raya pon guna sms or email..patut dihidupkan kmbali nih tradisi kad raya nih kan??btw,aiman dah dapat sampul raya yg ada idol kpop...tvxq lagi...abg zwan konfem tak knal an??tak pew2..
last skali hantaq kad raya 19 tahun yg dulu...masa zaman bercinta ..huhu
hahaha... tengok pic kad raya pn da smgt nak baca entry neh.. anne tiap2 taun still lagi antar kad raya. tak tipu pya~! yg taun ni da siap beli. 30 kad smua. haha.. sapa2 yg luck tu dapat la. hik2..
nak wat entry kad raya gak la. pomote kad. hek2. nak jgak kad zwan. hee
hehe..selamat hari raya bro..lame jugak tak bagi kad raya kat member..mase budak2 je dulu..
dulu meriah hantar kad raya, by pos, by hand..hihi...simpan duit belanja harian sebab nak beli kad raya bagi kawan2...
sekarang...huhu..^_^"
itulah kan ..
nak je dapat kad raya .
bole lekat2 duit raya 1sen dalam tu :)
tp sekarang ni makin susah nak jumpa kad raya..
hntr kad raya kat akk 1.. boleh?? hihihi
woi dah beli kad raye..naaaak
hehehe anta kat kampus aku...hahhaa lame tak dpt kad aye dah.....bese skrg SMS je..pagi raye
hahaha. 2 hari lepas ade dapat kad raya. seriously, dapat kad raya lagi best dapat kad raya dari dapat ucapan from fb or msg. hahaha..
aku tak penah dpt kad raya lg... sian aku
Lama sudah tak berkad-kad raye ni.. the last was sekolah rendah hehe..
bagi saye satu erk??
same ! rindu zaman dulu2 yang byk gilerrr dapat kad raye. hehe :)
dah lama sis x dpt kad raya
kalaumacam tu, jangan lupa hantar kad raya untuk zeeqa jugak eh! :p
zwan, aku stuju dgn hang... last skali aku beli kad raya masa form 4/5 kot.. ermm, kad raya utk aku ada x?
SL pun sama...rasa dah beberapa tahun tinggalkan kad raya ni...insyaallah SL akan titipkan juga kad ini kat kedai nanti...
nak 1 ?
hehe
apa alamat..
nak htr kad raya..
;P
kad raya, hmm. setiap tahun satu je saya dapat :(
haha
tahu ni dah dapat satu, zwzn bila nk bagi kad raya kat nina?
haha *i'm serious
setuju sangat2 la bRo.. huhu
eyh zwan nanti antaq la satu kad raya kat naz hehe ;)
dlm family jat kan,yg plg bnyak dpt kad raya=ayah jat.wah bnyak puluh puluh puluh.haha
betul tu.. jom kembalikan nostalgia kat raya.. pecah kaca pecah gelas.. hahahhahaha... zwan.. nak kad raya satu..:)
jom hidupkan. bagila kad raya kat saya ye, hihi. nak dari Zwan. boleh tak? hihi
tradisi yang perlu diteruskan..
tetbe rasa sedih lak perasaan ni.
teringat zaman dulu.
gud entri la zwan.
Betul cakap zwan, zaman kegemilangan kad raya sudah hampir hilang ditelan zaman. kalau dulu abg boleh dapat kad raya sampai beratus setiap tahun tapi tahun ni dan setakat hari ini hanya dapat 7 keping.hehehe... nampak sangat bezanye.
nak cari kad raya sekrang ni pun dah susah...
kalu hntar kat kengkwan.. diorang just blas via mcj je..
sedih tol
betol3 zwan..skg ni mmg payah nk dpt kad raya even satu...emm..
dah 2 taon dh gua pos kad raya kat kwn2. biarpon sorg xbalas. gua nak hntr jugak kad raya taon ni!
meh2 bagi kad raye kat akoo..ngeh2
rindu nak tunggu posmen hantar kad raye macam dulu2....
tu la kan..rindu nak tggu posmen mai rumah,hantar kad raya..dah takde T____T
betul la dkt atas tu, kenangan time kechik2 tuu.. rindunya time zaman ni.. macam nk putar jer blek mase! btw, best la entry ni.. ^^
harap2 dpat satu! hehe
Taun ni liyana anta kad raya kat pembaca je.. Ramai sgt takde duit la zwan.. Sengkek da lar ni.. INDEED, lau org beri kad tu value die l bmakna.. Lke u said, stem, pen, kad raye tu sndri, mnyk moto ke hape.. Sume take into consideration tp bcoz of sincerity, it doesnt mater.. :)
erk.ade ke manusia macam ni!
Catat Ulasan