Eh, nak tau tak? Sebenarnya kan, jangka hayat kita dah boleh diramal semenjak kita lahir lagi.. Ramalan jangka hayat ni bukan diramal oleh bomoh mak esah or bomoh cik siah ye tapi diramal berdasarkan kajian saintifik. Penemuan cara untuk mengetahui jangka hayat seseorang semenjak bayi lagi ini telah ditemui oleh saintis dari Universiti Glasgow dimana menurut saintis tersebut, jangka hayat seseorang itu boleh diramal sejak bayi lagi dengan melihat deoksiribonukleik (DNA) yang dikenali sebagai telomer.
Kajian tersebut menunjukkan, jika panjang telomer seseorang, usianya lebih panjang dan kematian seseorang itu pasti bersebab. Bagaimanapun jangka hayat itu akan jadi pendek jika seseorang itu merokok atau mengalami tekanan perasaan. Hurrmmm, so sila jauhi rokok and takmo tension2 ye, chill.. :)
Menurut ketua penyelidik, Prof. Pat Monaghan, keputusan kajian menunjukkan perkara yang berlaku dalam badan pada peringkat awal hidup seseorang sangat penting. Kajian yang dilakukan terhadap burung2 cakar di Australia mendapati burung yang memiliki telomer pendek akan mati selepas tujuh bulan ukuran dibuat manakala burung yang memiliki telomer lebih panjang dapat hidup sehingga sembilan tahun.
Apa2 pun, sesungguhnya ajal dan maut tetap di tangan tuhan.. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan kan.. Selamat Hari Ahad.. :)

Pssssstttttttt : tekejut tengok nuffnang td.. first time dpt BE.. Thanks cik Nuffnang..
28 ulasan:
uitt..x payah la ada pengukur2 ni sume..buat org takut nk hidup saja..huhu..hepy sunday too
selagi berada d muka bumi,hargailah masa dan org d sekeliling.
sejak azali lagi , riwayat kite dah ditetapkan Allah Taala ..:)
yg tu lbh kpd tahap kesihatan. tul tu. hayat & ajal ketentuan Allah. yg penting, bagaimana kita mencatur hidup & akhirat kte. selamat beramal
kalau nyawa boleh ramal, memang takut la cite dia.
telemor tu apa ?
-.-
err...tak nak ramal. ke nak. entahh :P
setuju dengan pendapat paling last..
ajal maut di tangan Allah..
p/s : rugilah dik, x makan buah.. tryla sikit2.. nanti cepat mati kalau x makan buah :P.. hihi~
betol tu zwan. Ajal maut semuanya ketentuan Allah. DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali.:)
aku rasa perkara utama adalah pemakanan...tapi skng udara persekitaran pn dh xsehat...apakan daya..manusia semakin tamak, alam semakin tamat.
usia panjang diisi dengan amalan dan ibadat tak pa, takut hidup lama buat maksiat ja..nauzubillah
dunia semakin canggih sehingga usia seseorangpun sudah boleh disukat tapi adakah orang yg nak tau jangka hayat hidup dia sendiri? eh tak nak ah..takut plak rasanyer. nak2 lak telor amir (eh silap) telomer tu tersilap ramal, lagilah takut.hehe...
huhu xnk tau pasal lifespan ni.. hidup tak exciting klu tau ble nak mati..huhu ajal maut di tgn tuhan :)
ehh aku ada belajar telometer telometer ni! haha *bangga tak pasal-pasal ;p
kalau pusing dunia pn telemor dia, tp x jaga kesihatan..mati awal gak, pe2 pn nice info..hehe
err... takutt..
this is we called life recycle. disitulah kita hidup, tua, sakit, dan mati. jyeah, god decides everything on us.
eyda salu stress.. so umur tak panjang la nih?? hurmmmm
nak kawen dulu!! huhuh~
erk..erk..cuak je pas baca.. tak nak ukur la..
cari kebaikkan sama-sama jom :)
katakan tidak pada rokok
dya tak suka org merokok..jgn lah merokok jika syg kn nyawa anda dan org tersayang..hehe..
btl tu, kita hanya mampu allah yang menentukan segala2nye
yes!!
jodoh pertemuan ajal maut ditngan tuhan..
Allah juga yang Maha Mengetahui segalanya... ^^
semuanya dah ditentukan Allah.. hope umur kita semua sentiasa diberkati Allah..
dapat BE??? jelesssssssssss... thn 2012 akk x dpt BE lagi..
ukur tak ukur...mati tetap mati...hihi..
*tahniah zwan dapat BE...rezeki.. :)
hurm... ajal dan maut itu tetap dalam pengetahuan Allah... namun Dia x pernah halang kita dari terus mengkaji ilmu... jangan terlalu taksub hingga membawa kepada kekufuran... thanks untuk info nih zwan... huhu..:)
ooo...boleh ramal guna DNA ker? mane nak buat e? mahal tak?
Catat Ulasan