Pages

Jumaat, 10 Februari 2012

Benarkah Allah Berkuasa?



Kalau betul Allah itu berkuasa, kenapa Allah perlukan bantuan para malaikat untuk melaksanakan tugas untuk-Nya? Kenapa Allah tak lakukan semua tugasan tu sendiri? Allah tidak mampukah untuk lakukan semua tugasan itu dengan sendiri? Pernah tak ampa semua fikir soalan2 macam ni ataupun pernah diajukan soalan2 macam ni?



Okay, sekiranya persoalan ini wujud, cuba ampa tengok contoh ciptaan robot. Hari ini, kalau seorang saintis berjaya cipta sebuah robot yang mampu memahami segala arahan yang diberikan serta mematuhinya seratus peratus tanpa melakukan sebarang kesilapan mahupan kecuaian, saintis itu pasti akan dianugerahkan hadiah Nobel Istimewa kerana keilmuan serta kebijaksanaan dirinya.



Begitu jugalah dengan Allah iaitu apabila Allah mencipta malaikat yang taat serta melaksanakan kehendak-Nya tepat seperti apa yang diarahkan seratus peratus tanpa perasaan letih, jemu dan bosan secara berterusan, ini menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Nampak tak? Hanya yang berkuasa dan hebat sahaja yang mampu untuk mencipta sesuatu yang hebat.



Sebenarnya Allah tak perlukan sesiapa untuk membantunya. Dia mencipta makhluk-makhluk-Nya sebab Allah kan maha pencipta seta berkuasa bagi melakukan apa sahaja yang Dia mahu lakukan. Dalam surah al-Maidah ayat 17, Allah mengatakan, “Dia mencipta apa yang dikehendaki-Nya dan Allah berkuasa atas segala sesuatu”. Ciptaan Malaikat itu sebenarnya bukanlah menunjukkan Allah itu lemah sebab tak mampu nak buat semuanya dengan sendiri tapi sebenarnya dengan ciptaan Malaikat ini, ia akan menunjukkan kekuasaan serta kehebatan Allah..



Sebagai contoh lainnya, macam diri kita jugaklah.. Kalau kita dah kaya raya dan berkuasa, confirm kita nak ada ribuan pekerja yang akan menuruti segala perintah yang kita suruh. Dari sudut pandangan manusia yang tengok kita ada ramai pekerja yang sentiasa menjalankan perintah kita pasti akan mengagumi kita dan akan cakap kita ni hebat. Pernah tak orang akan cakap orang yang paling kaya dengan ribuan pekerja tu sebagai lemah? Sebab terpaksa bergantung dengan ribuan pekerja dia untuk terus berkuasa.. Tak pernah kan? kan? Macam tula jugak dengan Allah SWT.. Salam Jumaat..





Psssttttt : Aku baru buat skype.. so, sapa yang nk add aku tu, bolehlah cari screen name ZWANSABRI ye.. :)



25 ulasan:

Admin berkata...

Tiada tuhan yang disembah selain Allah

* add abg ya safarinsulaiman (skype) hehe

cik dila.. berkata...

Dia Maha Kuasa segala benda..

follow sini ye..
add la skype dila jugak..--> nora adila..peace ! :P

Hanis MY berkata...

allah maha besar... terima kasih atas tazkirah ni zwan...

iAmCekbolat berkata...

Allah tak perlukan bantuan sesiapa.. kan ? =)

heyhey ! sinisini.. (eemy.mijuera) ekekeke..

Tanpa Nama berkata...

thanx for sharing..sgt mndalam mksud nyh..=)

Mun berkata...

satu penjelasan yg cukup baik :)

cinta siswi berkata...

nice!!! suke3.. ALLAH itu paling berkuasa. no offense.. :)

::FAIZ:: berkata...

Allah Maha Besar. Sebab Allah beri kita Hidup di Dunia yang Dia Cipta. Siapa yang Mampu Cipta Dunia seperti yang Dia Cipta. Tidak ada satupun Manusia yang Boleh Cipta Dunia Seperti yang Dia Ciptakan. Itu Sudah Cukup Membuktikan Allah Maha Besar, Berkuasa dan Maha Agung.

"Ya Allah, jadikanlah kami HambaMu yang Bertakwa dan Beriman di jalanMu. Sesunguhnya kami ini Manusia Biasa yang Sering Melakukan Kesilapan dan Dosa. Maka dengan itu kami memohon Ampun dan PetunjukMu. Amin".

Sekadar Perkongsian.

AmySyahiera Malik berkata...

nice entries to share !
ALLAH MAHA BESAR !
tiada yg boleh tandingi-Nya :D

Nasitah Mada berkata...

Alhamdulillah, entri terbaik!

zizidiazora berkata...

لا إله إلا الله محمد رسول الل
Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

Cik tikah berkata...

erm.. betul betul betul :)

Unknown berkata...

Allah berkuasa atas segala2 nya

cinta siswi berkata...

ALLAH itu Maha Berkuasa... :)

#untungla ade skype..hihi.. siswi xdak pun.. :P

shedameor berkata...

sukenya entry ni. Allah itu memang maha berkuasa :)

Aien Not Alien berkata...

ALLAH MAHA BESAR


nice entri zwan... ^_^"

Ermizi Muhamad berkata...

Hati-hati menulis , takut terpesong!
terkejut juga baca tajuk entry kamu tu... nice entry :)

D berkata...

phewwww -,-''
intro buat jantung dup dap dup dap.
haha.

nice sharing. loikee

BTS berkata...

Memang benar sebenarnya, tiada terbanding kuasa Allah...


Entry Terkini Blog2shout: Klik sini..:)

whitecappuccino berkata...

bagus n3 ni..penjelasan yg baik sekali.

Gary Asip berkata...

Allah maha besar.. setiap ciptaan pasti ada hikmahnya.. :)

Gary Asip berkata...

oh ya bro, aku baru publish entri pasal cara nak beli domain kat netkl tadi. dah taip awal2, tapi baru publish. entri tentang kebaikan domain berbayar, dalam perancangan gak.. hehe~.. harap dapat membantu~.. :)

Tanpa Nama berkata...

nice entry.. tp Allah SWT xboleh dsamakan dengan manusia kerana Allah adalah Allah...

Gary Asip berkata...

salam~.. kalau kita tukar ke domain sendiri, follower kita masih boleh detect kita. domain tu tak mengganggu feed blog kita. lepas aku tukar domain, aku pegi blog2 yang letak aku dalam bloglist diorang. dan still dapat detect entri terbaru aku... :)

che mastura berkata...

Allah s.w.t maha berkuasa.. dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya,"jadilah!maka terjadilah ia" (kunfayakuun)