Pages

Rabu, 22 Jun 2011

Universiti Penanti Bakal Ditubuhkan

Pertama sekali aku ingin mengucapkan Tahniah kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 iaitu Yang Berhormat Datuk Mansor Othman yang juga selaku Adun Penanti, jika benar Univesiti Penanti bakal direalisasikan seperti mana yang disiarkan di dalam akhbar kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Buletin Mutiara keluaran edisi Jun 2011. Walaupun aku bukanlah penyokong Pakatan Rakyat, tapi sejujurnya sebagai rakyat di DUN Penanti, aku rasa terharu dan tabik spring kepada Datuk Mansor Othman kerana pembangunan yang pesat dapat dilihat di Penanti setelah beliau mengambil alih kerusi DUN Penanti kini.



Memang tidak dinafikan bahawa dengan penubuhan Universiti Penanti kelak sebagai universiti islamik pertama di Pulau Pinang bakal mengembalikan kegemilangan Islam di Pulau Pinang suatu ketika dahulu walaupun umat Islam bukanlah penduduk majoriti di Negeri Pulau Pinang pada masa kini. Seperti yang kita ketahui, Pulau Pinang telah melahirkan ramai tokoh2 Islam yang terkenal dan berjasa di Malaysia seperti Syed Syeikh Al-Hadi, Dr.Burhanuddin al-Helmy, Abu Bakar Asyaari, dan ramai lagi.



Berdasarkan apa yang dipetik di dalam akhbar Buletin Mutiara tersebut, Universiti Penanti akan menerima pelajar2 daripada graduan2 sekolah agama rakyat dan sekolah agama bantuan kerajaan negeri Pulau Pinang. Khabarnya Universiti Penanti ini jugak dibina untuk memudahkan orang2 Cina di Pulau Pinang untuk mendalami tentang Islam. Universiti ini juga dijangkakan akan dibina di sebuah tapak rancangan pembangunan bandar baru di Mengkuang, Bukit Mertajam iaitu di belakang Institut Perguruan Tuanku Bainun. Diharapkan supaya usaha murni ini tidak hanya sekadar hangat2 tahi ayam sahaja.



20 ulasan:

aqmalazmi berkata...

IPTB tu belakang umh aku ja..hahah..dekat dengan mengkuang dam..
ahahahah

Hanis MY berkata...

wow! dah nak jadi uni...

Anis Akhir berkata...

penanti! kmpung tok saya...hehe

zizidiazora berkata...

Baguslah kalau ada usaha untuk membangunkan sebuah universiti yg berasaskan islam kerana dinagara kita ni memang kekurangan pusat pengajian seumpama itu.

Kalau jadi tahniahlah kepada orang penang nok..

::FAIZ:: berkata...

stuju ngan zizi

♥nyeto89♥ berkata...

penanti? dulu skolah situ :D

Gary Asip berkata...

alhamdulillah... ada usaha untuk membangunkan islam.. semoga menjadi kenyataan...
anyway, thanks a lot sebab vote yer~..

Syahir Ramli berkata...

lagi satu pencapaian pakatan rkyt klau btol2 dilaksanakan...

ZWAN SABRI berkata...

AqmalAzmi : Yaka? ntah2 Universiti Penanti tu dibina kat umah hang.. HAHA


Hanis MY : Tawu xpa.. HAHA


Anis Akhir : Yeke? apa nama kampung tuu? hehe


Zizidiazora : Yeah! setuju sangat2.. ;)

rafina mimi abdullah berkata...

bagi yg terbaik untuk anak2 di masa depan..alhamdulillah :)

ZWAN SABRI berkata...

Faiz Farish : Setuju sajaaaa.. HAHA


Yaya Budak Suka Embun : Owh, skolah rendah ke menengah?


Gary : InsyaAllah.. smoga jadi kenyataan.. ;)


Pak Syahot : Btol tu btol.. ;)

Unknown berkata...

dah nak jadi universiti ker? fuyyoh

Tanpa Nama berkata...

perkembangan yang sangat baik!! thumbs up!

Anis Akhir berkata...

nama kampung tok saya- Kg bukit indera Muda..tau tak? hehe

Nurhafizah berkata...

hah , bagus la tu . bina byk-2 lg .
engtkn bina dkt dgn sekolah penanti . hihi

iKhRam berkata...

bunyinyer macam menarik je kan.. bgus2.. barulah orang ckp persaingat secara sihat.. ni tak abis2 nak mainkan isu2 sensitifkan..

semoga rakyat pulau pinang akan dpt menikmat kemudahan menuntut ilmu yang lebih baik selepas ini..

Unknown berkata...

wow penanti ada U !

BubuBobot berkata...

Minta2 la tak hangat2 taik ayam. Selalu cakap je lebih, Haha

Mohd Hazwan berkata...

tak kisah siapa wakil rakyat anda..janji dia dapat bawak perubahan kepada kawasan tu...kalau tak ada apa-apa..try orang lain pulak next PRU hehehe

Unknown berkata...

woww congrate kerajaan penang!!!!tq atas info...