Pages

Sabtu, 26 Februari 2011

Di Sebalik Seorang Lelaki

HaHa.. Gambar ini hanya hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan ini cerita.



Nak tahu apa maksud atau makna di sebalik pergerakan atau sikap lelaki? Di bawah ini ada beberapa maklumat yang boleh dijadikan panduan oleh kaum2 hawa dan mungkin juga kaum2 adam terhadap pergerakan di sebalik seorang lelaki. Jom kita layan satu persatu..



MENGANGGUKKAN KEPALA

Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu sering mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu jika anda memerlukan pertolongannya.



MENDEKATKAN BADAN

Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik perhatian ramai orang tetapi kadang2 sikapnya agak keterlaluan.



MERENUNG

Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang boleh atau mampu tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.



MENGGERAKKAN TANGAN DAN BADAN

Lelaki jenis ini memberangsangkan, bertanggungjawab, dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata2 tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif tetapi baik hati.



MEMANDANG MATA

Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha memperoleh perhatian, berusaha menjaga hati semua orang tidak kira bagaimana rapatnya hubunganya dengan orang tersebut.



SENSITIF PADA JARAK

Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada kewajarannya dengan orang itu. Dia juga jenis lelaki yang tahu apa orang lain tak suka.



SUKA BERDIRI

Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.



23 ulasan:

Aimifiqa berkata...

wowo. nice tips. lepas ni kene tilik setiap lelaki yg hampir dgnku~ ehehhehe

ZWAN SABRI berkata...

AimiFiqa : Tilik jangan tak tilik.. ;)

Nurhafizah berkata...

eii ! gelinya tgk gmbaq hiasan tu ~

Unknown berkata...

artikel menarik..... credit for u....

Tanpa Nama berkata...

4 gambar lucah di atas mnyebabkan aku nak muntah!

ak sgt2 suka bila cakap ngn orang tgk mata dia!
heehhe

Tanpa Nama berkata...

meletop hg zwan..
mesti dok salu usha2 laki ni kan.haha..
cuba wt versi pompuan lak.

Luqman Zakaria berkata...

nice entry ah! betul cakap cik feedi !try wat entry versi girls plak!

zidEL zhafiz berkata...

gambaq x seswai...letakla gambar henry golding ker??
baru mantop..!!1 yeah..!!

Tanpa Nama berkata...

salam..ermm..berguna gak nie thnk eh =)

miss Fyqa berkata...

mcm2 tips eh..

eRza farEeha berkata...

nice n3..hehhe

rj Etika berkata...

haish...gile romantik. bile nak dapat laki camni nih. haih.... -.-"

vendoline berkata...

lpas ni cte sal body language pompuan lak..hehe

ZWAN SABRI berkata...

Nurhafizah Pija : Geli ker suka? HAHA


Azrul Azmi : Thanks naa.. ;)


Lelaki Ini : Aiseyh, WOW! Sukakan perhatian.. HAHA


Feedy : Klaw pompuan, hangla bwat.. manala aku nak taw pompuan punya maksud pergerakan lagu mana.. jejes btoi.. :p

ZWAN SABRI berkata...

Arep_lockermonth : Klaw nak versi gurl plak, kena suruhla gurl yang bwat.. saya bukan gurl.. huhu


Zidel Zhafiz : HAHA.. Motif nak gambar Henry Golding? Lebeyh baek aku bubuh gambaq aku jer.. HEHE


NovelGurl : Aiseyh, berguna ke? Alright... ;)


Miss Fyqa : Haha..

ZWAN SABRI berkata...

Erza Fareeha : Thanks! ;)


rj Etika : X lama lagi dapatla tu.. klaw ada jodoh, xkan lari kemana punya.. ;)


Edy Fee : Aiseyh, banyak gila orang suruh aku crita pasai pompuan plak.. huhu

zidEL zhafiz berkata...

haa..btoi gak..awat x buh..?
apa punya turr..hahah~~ =P

noa berkata...

ko yg mane satu???

jeng jeng jeng

n@jwamz berkata...

klako picca tuh..adesss...
well,, tanx for da info..huaaa
x sabar nk mengetest lelaki ituu...hahaahah

Blog Eazy Izzuddin berkata...

almost same kot dengan diriku
eh yeke?
haha
xD

Henry Zackery berkata...

waaahhh.. cantik mereka nie..hehehe

niesz berkata...

lepas ni nak kena perhatikan gerak geri dorang..ehe..kot2 ade yang sama kan..

risa berkata...

wahhhhhhhhh...sangat suke ni...nak share lah..boleh eh