Pages

Khamis, 22 September 2011

Tips Jadi Bapak

Untung budak ni.. Baru umur 13, tapi dah pun jadi bapak.. ;)



First of all, aku nak remind kat ampa semua yang aku nak bagi tips untuk jadi bapak, bukan bapuk ye, HEHE.. Erm, Sometime ada jugak kes2 pasangan yang dah lama kahwin tapi still tak dapat anak. Kalau kes ni timbul, mesti ramai yang menuding jari kat kaum wanita kononnya kaum wanitalah punca perkahwinan tersebut masih tak dikurniakan cahaya mata. Ada yang kata wanita itu mandullah, wanita ini tak suburlah, and macam2 lagi lah. Macam tak adil pun ada jugak kat kaum wanita ni. Ek eh, aku bukan nak menyebelahi kaum perempuan sebab aku ni lelaki. Tak kuasa aku nak sebelahkan kaum perempuan, I jantan nyah! HAHA



Cuma apa yang aku nak tekankan kat sini, maybe ramai tak sedar kaum lelaki jugak boleh jadi punca kalau perkahwinan tu tak dikurniakan anak. Maybe si lelaki tu yang tak subur kaann. Okaylah, aku rasa tak perlu kot aku nak terangkan kenapa lelaki tu tak subur and bla bla bla. Sebenarnya, ada satu tips mudah kalau ampa segera nak jadi bapak kepada lelaki yang kurang subur ni dalam tempoh yang singkat. Actually, tips ni aku jumpa kat Kosmo Online.



Tips dia, berjemurlah pada setiap pagi dan kalau boleh jadikan ia sebagai rutin harian. Sinaran matahari yang kaya dengan vitamin D sebenarnya bagus untuk meningkatkan kualiti kesuburan kaum lelaki. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar di Universiti Copenhagen, Denmark, yang melibatkan 340 lelaki mendapati bahawa vitamin D iaitu mikronutrien yang dihasilkan tubuh ketika berjemur waktu pagi dapat meningkatkan kualiti sperma. Ini kerana sel sperma yang mempunyai kadar vitamin D yang mencukupi akan lebih aktif berenang menuju sel telur. Selain mampu bergerak lebih pantas, sel sperma tersebut juga didapati mempunyai kadar penetrasi yang lebih tinggi. So, tunggu apa lagi? Jom kita berjemur! HAHA



31 ulasan:

Aien Not Alien berkata...

jangan berjemur sampai sunburn sudah...hihi..

kurus berkata...

setuju dik .. jgn berjemur mlm2 hari udah .. ekekek :)

Unknown berkata...

Alhamdulillah dh 3 anak pon :)

Liza @ Adzriel AB berkata...

jgn pakai seluar ketat, bila tidur mlm tu jgn pakai seluar. biar selesa... selamat jadi bapa.

Cik tikah berkata...

owh, macam tuh ke. ok2. hehe...

Anum berkata...

ermmmmmmmm
betul ke nie
hahaha

Admin berkata...

insyaallah bulan 11 ni zwan jadi uncle pada baby phat ye ;-)

Aimifiqa berkata...

hihi. bjemur pun ade had dia. jgn terik2 tu bjemur lain cerita plak.

Anif Abdullah| AA berkata...

kau biler plak nak jadi bapak?hehe...selain berjemur xde lagi eh..:P

ZWAN SABRI berkata...

Aien : Tula pasai.. elok2 putih nanti jadi itam.. HAHA


Ieda : Malam2 hari amek cahaya bulan kowt.. HAHA


Khairul : Alhamdulillah.. ;)


Liza : bila tidur malam jangan pakai seluar? maknanya bogel la ek? HAHA


Cik Tikah : Nak bejemoq jugak ka? HAHA


Anum : Btol laa.. HAHA


Phat : Tak sabaqnye nak tgk baby yang cute tuu bln 11 nanti.. ;)


Aimifiqa : Btoi tu btoi.. ;)

ZWAN SABRI berkata...

Anif Abdullah : Tula pasai.. bila sampai seru kowt.. HAHA

nurkaloi berkata...

tp jgn lupe pkai losyen
tkuwt sunburn awww..
kelas ko nyah ! hehehehe

zizidiazora berkata...

Tapi ingat zwan, berjemur hanya pada sinaran matahari pagi saja. waktu tu la sinaran matahari kaya dengan vitamin D dan bukan berjemur pukul 1 tengahari tu. nak mampos.. terus lentok tau hahaha..... dan satu lagi info tambahan sinaran matahari pagi juga sangat mujarab bagi bayi yang menghidapi penyakit kuning.

Asma Ahmad berkata...

bjemur tutup ke x??
hahaha..

hyz berkata...

berjemur ala2 mat saleh ngn pakaian mandi kat tgh2 kL ni boley x?

Poco Endrigon berkata...

wahhhhh masyuk nie beb hehehe..apepun itu stu tips yg bgus tp al mklum lh kulit psti hitam kan terbakr hehhee

pudenz berkata...

nk jd bapak gop... haha

::FAIZ:: berkata...

kalau nak subur lg, minum tongkat ali. hehehehe

Rtp Farra Arisha berkata...

berjemur ala-ala white people? sanggup ke semua lelaki buat macam tu?? :D

Tieah Madian berkata...

Lelaki kena baca ni.. Hahaha..


Entry Terbaru 1 : Salahkah Menonton Filem Nasi Lemak 2.0
Entry Terbaru 2 : Filem Nasi Lemak 2.0 Tidak Kurang Hebatnya

EzayHadry berkata...

zwan akan jadi bapa prihatin suatu hari nanti :)

eh eh cmne nak berjemur..musim hujan ni..matahari main sorok2

Afikah Aziz berkata...

malu la plak bace perenggan last tu hehe,so zwan selalu2 la ye berjemur ngeee :p

Kei Hiroki berkata...

awal jadi bapak ye..haha ;p

Nilam suhana berkata...

hahahah... kalau kaum ponpuan pon kena berjemur gak ke??? lepas nih kaum lelaki sila jangan naik keta n pasang air cond... kalau nak berjemur biar bersungguh2... hehehh.. betul ke???

ayuni berkata...

fuh..cool nya entri..hehe..
yup.selalu dengar orang salhkan wanita bab xdpt anak. dan lagi satu nak tmbh. kadang2 si ayah salahkan ibu sebab xdpt jantina yg diharapkan. padahal dlm sains, kromosom lelaki yang menentukan jantina ank. apa2 pun, semua bergantung kepada rezeki dari Allah.
nice sharing zwan ;)

K berkata...

erk! dah selalu dah :P

Fathiah Hamim berkata...

hehe tips untuk diri sindri la jugk neh kan

Dhiya Fariza berkata...

i like ur every tips including this :D

Akunyer berkata...

tips yg best,...

Unknown berkata...

lelaki semua...jom berjemur setiap hari hehehe

Unknown berkata...

hmmm selalunya aku tanya doktor je pasal subur2 ni..hehe