Pages

Rabu, 21 September 2011

Syabas PAS!




Hari ni kita cakap pasai isu politik boleh? Sebenarnya aku nak cakap pasai salah seorang adun DAP iaitu M. Manoharan. Kalau ampa nak tau, M.Manoharan ni ada mengeluarkan statement baru2 ni bahawa jika depa berjaya menguasai Malaysia atau dalam bahasa mudahnya Pakatan Rakyat menang pilihanraya yang akan datang ni, so secara automatiknya bendera Malaysia akan ditukar kepada design yang baru. Kononnya bendera Malaysia sekarang ni dilihat seperti lebih kepada Barisan Nasional. What the f**k?



Di saat M.Manoharan ni keluarkan statement macam ni, aku betul2 tabik spring kat PAS sebab PAS secara lantangnya membantah hasrat dan cadangan pemimpin DAP tu sekeras-kerasnya. Aku memang kagum dengan sikap PAS yang tidak lagi bersikap seperti lembu dicucuk hidung dan berprinsip bahawa apa pun yang akan terjadi, PAS akan terus mempertahankan jalur gemilang sebagai bendera Malaysia. Naib Presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub turut mempersoalkan kenyataan pemimpin DAP tersebut dan beliau berkata tiada sebab untuk Pakatan Rakyat menukar Jalur Gemilang dan meminta pemimpin tersebut supaya lebih berhemah mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kontroversi.



Bagi pendapat peribadi aku, tindakan PAS yang membantah tindakan pemimpin DAP tersebut adalah satu tindakan yang amat tepat sekali. Sebagai sebuah negara demokrasi, aku tak kisah kalau tampuk kepimpinan negara berubah tapi aku amat kisah kalau sejarah dan jati negara Malaysia ini diubah. Kepada para pemimpin politik tak kiralah daripada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat, jangan kerana gilakan kuasa dan politik sehinggakan ampa sanggup untuk menggadaikan maruah negara. Ingat, jika Barisan Nasional nak terus berkuasa di Malaysia, ataupun jika Pakatan Rakyat nak mentadbir Malaysia selepas pilihanraya nanti, sila jangan pentingkan diri ampa je.. Sila pentingkan rakyat sebab rakyatlah BOSS ampa yang sebetul-betulnya. ;)







32 ulasan:

Mama Amirul berkata...

BETUL3X

Cikgu Ma berkata...

setuju!!!

Anum berkata...

betul2

aqmalazmi berkata...

kan...kita kan bos...
=)

Akunyer berkata...

So true... takkan sebab berubah tampuk pimpinan so bendera kena tukar.. bendera tu bermaksud identiti negara..so salute PAS atas ketegasan depa... :)

Zana Adieyza berkata...

kalau sampai nak tukar bendera tu, mmg boleh bawa kepada perpalahan besar dlm negara kita.. perpaduan boleh runtuh dengan pantas sekiranya perkara ni betul2 berlaku..

abghani berkata...

itu sendiwara pas je tu...blkg takbir cium mulut dgn dap

Tanpa Nama berkata...

agak keterlaluan juga nak tukar bendara Malaysia..mereka tak boleh la sewenang2nya nak tukar bendera Malaysia yang setelah sekian lama menjadi identiti negara Malaysia niee.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

terfikir,sanggup ke kte undi org cmni untuk mentadbir negara... blm apa2 lg dah plan buat bnd bukan2... dahsyat2...

Nilam suhana berkata...

betul tu setuju sangat dengan zwan... Malaysia dan jalur gemilang sudah menjadi sesuatu yang tak perlu ditukar ganti... hurm... kekuasaan sepatutnya untuk negara.. bukan parti atau peribadi...kan???

Admin berkata...

jgn sampai negara kita jadi mcm singapore sudah.....fikir2 kan lah

Edy Ramanov berkata...

edy tak ambik port sgt pasal politik. tapi tenkiu zwan buat perkongsian ni. =)

~Sal Ismail~ berkata...

bendera kita..identiti kita~

Unknown berkata...

singgah sini lepas terok kena hacked

Fresh Company Sdn Bhd berkata...

wahh,,giler cool ! ahaha :P

Sharifah Aniza Ali berkata...

tak suka politik..mcm2 lah...asihhh~ btw nk tukar bndera malaysia tu mmg bleh mngundangkn amarah..

zizidiazora berkata...

yes....
WE ARE THE BOSS...

Aimifiqa berkata...

setuju2~

ayuni berkata...

yeah! agree..

perlu ke nak tukar bendera malaysia bagai. tak patut. PAS telah melakukan tindakan yang bijak tatkala mereka membantah "mimpi" Manoharan.huh!

::FAIZ:: berkata...

No Komen la pasal Politik

hyz berkata...

kuasa di tangan anda. anda2 yang menentukan...

Poco Endrigon berkata...

hello bro..Aku dh follow blog ko..Nice blog n verry cool..Harap awk dpt follow kyte blik k..Thnks..:)

http://arennwood.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

bagus, teruskan berblog, ada masa, singgah ke teratak sy lak, info menarik utk tuan mybe ada di sini

huzaimi berkata...

bagus, pas ni kita sama2 bina blog cm ni.
ada masa, singgah ke blog sy, artikel baru sntiasa menanti tuan.

zati embong berkata...

sebelum ni ada ke negara lain yg tukar bndera?huhu

Liyana Zahim berkata...

Menukar design bendera bukan benda yg mudah.. Ia simbol kedaulatan sesebuah negara.. Simbol bangsa sesuatu negara.. Kalau bndera sng2 boleh tukar, berubahlah buku sejarah setiap tahun gamaknye.. Heheh..

Miss Butterfly berkata...

haa.. betol3.. ;)

Tieah Madian berkata...

Sekarang sikap pembangkang lagi2 DAP semakin terok!!! Jadi, leuarlah mengundi..


Entry Terbaru 1 : Salahkah Menonton Filem Nasi Lemak 2.0
Entry Terbaru 2 : Filem Nasi Lemak 2.0 Tidak Kurang Hebatnya

Tieah Madian berkata...

Suka videoklip ni.. Tapi pelik kenapa bila seseorang berubah jadi baik, ramai yang tak terima??? Huhh.. Contoh Namewee..


Entry Terbaru 1 : Salahkah Menonton Filem Nasi Lemak 2.0
Entry Terbaru 2 : Filem Nasi Lemak 2.0 Tidak Kurang Hebatnya

3no gr33ny berkata...

hamba memang dah lama tabik spring kat PAS!

Hanis Afiqah berkata...

setuju sangat !