Pages

Selasa, 22 Mac 2011

Tidur Siang Itu Bagus

Jom tidur siang walau di mana anda berada.. Ahaks!



Ada orang kata, tidur siang ni merupakan ciri2 orang yang malas. Betul ke? Tapi kalau mengikut Islam, tidur siang ini merupakan amalan yang baik tapi haruslah tidak berlebih lebihan. Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur siang. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji tetapi tidurnya itu haruslah hanya sekejap. Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang itu tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari. Sebaik- baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor." Aiseyh, dah macam pak ustad dah aku, HEHE.



Antara kebaikan tidur siang ini ialah ia dapat meningkatkan memori. Tidur waktu siang dikatakan mampu untuk meningkatkan memori menyimpan fakta seseorang tetapi haruslah tidak tidur melebihi 45 minit kerana dikhuatiri akan kehilangan manfaatnya untuk meningkatkan memori. Jadi, waktu minggu peperiksaan nanti, silalah tidur siang sebab akan menguatkan lagi memori tentang apa yang hangpa semua dok hafal dan baca okay? Selain itu, tidur siang ini juga mampu untuk mengurangkan daripada risiko serangan jantung.



Tambahan lagi, berpandukan daripada kajian2 saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti untuk bekerja semula. Haa! Jadi pada pandangan aku setiap syarikat di Malaysia ni kena wujudkan masa untuk tidur serta bilik tidur kepada para pekerja mereka kerana menurut satu kajian tentang kesan tidur ke atas negara2 industri dan pasca- industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja2 yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat jika membenarkan para pekerja mereka untuk tidur sebentar pada tengahari.





23 ulasan:

::FAIZ:: berkata...

aku mmg suka tido siang. hehehehe...

::FAIZ:: berkata...

kadang2 aku tido kat ofiz bila takde bos....

Liza @ Adzriel AB berkata...

amboi..gambar tak ingat...

Hafriz Mohamad berkata...

^o^ oouwwhhh...
ngantuk r.. ~
nk tdo..

Belalang hijau Perisik berkata...

belalang tido siang jugak...tp mcm lebih dari 45 minit jer...hahaha

Anis Akhir berkata...

betul2.. sy tido siang kejap, mmg mengembalikan tenaga semula..

buat kita segar semula utk buat apa2 keja..:)

Cik SCC berkata...

wah,,bestnye kalau dpt tido kejap time keje ^^

NUR AYNIE berkata...

nak tdo siang jer la malam xnak tdo hahaha~~~

AfiQ berkata...

tgh2 ak duk baca ni, trus tertido! hahaahah... great info.. tenkiu beb!

Asma Ahmad berkata...

kroooiiihhhh~ 0_o

Luqman Zakaria berkata...

huuh :P tido petang je x bole kan kan!

ZWAN SABRI berkata...

Faiz Farish : Samala ngan aku.. keh3..


Adzriel AB : HAHA.. Skali skala.. ;)



Hafriz Mohamad : Jom kita tidoq.. HAHA


Belalang Hijau : Mana boleh lebih 45 minit.. haish!

ZWAN SABRI berkata...

Anis Akhir : taw xpa.. ;)


Sicomot comel : tidola sekejap time keja.. lepas bgn tido tu, kompem betenaga.. ;)


Nur Aynie : Aiseyh, ni nak jadi burung antu ke ni? HAHA

ZWAN SABRI berkata...

Afiq : Hebatla hang ni.. baca2 trus praktikkan.. HAHA


Asma Ahmad : Dok bwat taik mata la tuu.. HAHA


Arep_Lockermonth : hurrrmm, rasanya boleh tapi time tengahari yang paling digalakkan.. HUHU

Henry Zackery berkata...

yup, betol tu.. aku pun da try tido sekejap mase waktu rehat..
memang segar pas bangun semula :)

Artis Kembar

Henry Zackery berkata...

yup, betol tu.. aku pun da try tido sekejap mase waktu rehat..
memang segar pas bangun semula :)

Artis Kembar

zidEL zhafiz berkata...

aku tdoq ang tuk awet muda..boleh??
tidur lepas zuhur..bangkit sebelum asar..dgr ctr sunnah nabi SAW kena 2 jam..mungkin tula time yg paling afdal..~~~ =)

Blog Eazy Izzuddin berkata...

mmg wajib tidur siang hehe....
;)

jom tido

Unknown berkata...

suka tido pas mkn thari..hu besss

Mohd Faiz berkata...

stai bro.aq da ad alasan na bg kat ma aq lau nak tido siang..thankss. :)

ZWAN SABRI berkata...

Henry Zackeru : Taw xpa.. ;)


Zidel Zhafiz : Btoi ka tu? HUHU


Eazy Izzuddin : Aiseyh, wajib tuu.. HAHA


Khairul : HAHA.. lepas makin trus tido ek? Dah macam ular sawa dah.. HAHA


Mohd Faiz : HAHA.. Alasan yang paling munasabah.. ;)

DanieL AdiE berkata...

Mmg hobi tidur siang nie..haha

Unknown berkata...

yang aku tahu, tidur sebelum zohor (masa korang break utk g lunch), 5 minit pun cukup la..lepas tu gerenti korang akan frest sampai ke malam.
Aku amalkan sejak dari sekolah lagi..
Sekarang ni alhamdullilah..dapat dak jadi pensyarah..huhu