Pages

Jumaat, 14 Oktober 2011

Biarlah Gereja Yang Besar Tu..

Fuh! Fuh! Fuh! Banyak la pulak habuk2 kat blog ni.. Almaklumlah, orang gaji lari.. so takdakla orang yang nak sapu2 habuk2 and sawang2 kat blog ni, HEHE.. Okay,hari ni aku nak bercakap pasai isu gereja yang terbesar di Asia yang terletak kat Bukit Jalil Kuala Lumpur yang sedang dalam proses pembinaan.. Walaupun isu ni agak lapuk tapi aku nak bagi jugak pendapat aku pasai gereja ni. Sebelum2 ni pun aku ada jugak berdebat dengan kawan2 aku pasai isu gereja ni..



Pada pendapat aku, tak perlula kita nak melatah yang kononnya dengan pembinaan gereja yang terbesar di Asia dan tercanggih di dunia yang sedang dalam proses pembinaan di Kuala Lumpur ini akan mengganggu agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Mungkin ramai yang takut dengan kewujudan gereja ini akan menyebabkan ramai belia2 Islam di Malaysia akan murtad dan memeluk agama Kristian. Bagi aku, perasaan takut ini amat bagus sekali sebab apabila orang Islam berasa takut dengan situasi ini, maka orang Islam pun akan cuba bangkit bersaing untuk memajukan agama Islam dan sekali gus terus meningkatkan jumlah2 orang2 bukan Islam untuk memeluk Islam dalam pelbagai program dakwah yang diadakan. Kalau takdak isu macam gereja ni timbul, mungkin institusi2 agama Islam kat Malaysia ni hanya duduk goyang kaki saja sampai ada umat Islam kat Malaysia yang terpaksa menagih simpati bantuan pihak gereja baru2 ni.



Lagi pun, aku rasa kita takdak hak nak halang pembinaan gereja yang terbesar di Asia ni sebab sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia iaitu kebebasan beragama dan Islam sendiri menyeru umatnya untuk menghormati agama2 lain. Jadi kenapa kita nak marah dengan isu pembinaan gereja ni? Tetapi kita memang berhak marah kalau pembinaan gereja ini untuk menarik umat2 Islam untuk memeluk agama Kristian sebab ia jelas melanggar perlembagaan Malaysia iaitu orang bukan Islam dilarang berdakwah tentang agama mereka kepada umat Islam. Tapi selagi depa tak melanggar perlembagaan negara iaitu berdakwah agama mereka kepada umat Islam, jadi biarkan jelah gereja tu dibina.



Mungkin ada yang kata, pembinaan gereja yang terbesar di Asia dan tercanggih di dunia ini akan jelas mencemarkan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Tetapi aku tak melihat pembinaan gereja ini sebagai mencemarkan status Malaysia sebagai negara Islam bahkan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh sebab walaupun ia sebuah negara Islam, tetapi ia tetap bertolak ansur dan menghormati agama2 lain yang dianut di Malaysia. Sekali gus, Malaysia berjaya menepis tuduhan dunia bahawa Islam itu pengganas. Buktinya, Malaysia sebuah negara Islam, tetapi penganut2 agama lain bebas mengamalkan agama depa di sini dan penduduk Malaysia hidup dengan aman damai walaupun berlainan bangsa, agama, dan budaya. Malaysia terbaik wokkk..!




Gereja yang terbesar di Asia yang sedang dibina di Kuala Lumpur



ilustrasi gereja yang terbesar di Asia setelah ia siap kelak...



21 ulasan:

Cik tikah berkata...

pelik betul. orang malaysia memag suka buat semua yg terbesar eh?

nurkaloi berkata...

uh memang byk habuk nie...fuh fuh fuh
ehehe


jom zwan kite g bom !!

::FAIZ:: berkata...

no komen tntang ni, well u know skang kalau silap sikit, naya menanti.. so better aku diam...

Slumb3r berkata...

Der, Sangat setuju dengan ko la... Tapi kan sedar atau tidak, kita mengalihkan salah kita ke pihak lain...

For me, daripada dok sibok pasal agama lain, baik perbaiki sistem dakwah kat malaysia setanding dengan teknologi ICT sekarang...

Sy pernah pergi 1 mesjid kat Melaka, Masjid Selat... Solat Jumaat dah macam presentation kat dalam kelas.. Siap ade LCD, animation slideshow lg... Mega letopzz...

Rizal Murad berkata...

Huh macam2x..Wait and see ape jd nanti..

ZWAN SABRI berkata...

Cik Tikah, Bagusla tuu.. IMPIAN BESAR! ;)


NurKaloi, nak pi bom? awat pulak? sure x baca entry ni bagi abes.. HUHU..


Faiz Farish, releks sudeyh.. ISA dah pun dimansuhkan.. HAHA..


Slumber, betol tu betol.. daripada kita dok sebot2 pasai agama org lain, lebih baik kita improve pasai agama kita.. kan? kan? ;)

abghani berkata...

perlu berhati hati dgn seramgan secara halus

zizidiazora berkata...

Biar besar mana sekalipun rumah ibadah yang dibina namun yg penting bagi orang islam adalah akidah seseorang dan semua orang tau yang malaysia mengamalkan hak kebebasan beragama jadi apa salahnya gereja, tokong atau kuil dibina dan besar kecik mana sekalipun itu tidak penting. harus ada perasan toleransi antara rakyat berbilang kaum di negara ini dan semuanya ini menjamin keharmonian hidup rakyat di malaysia yg tercinta ini.

Fiq Fikri berkata...

so org melayu pergi surau atau masjid,jgn gi gereja..
umah allah lagi besar,walaupun dibina kecik.

Afikah Aziz berkata...

xtau nk komen pe psl ni hehe,xcukup ilmu ngeee :P

Unknown berkata...

sapa yg approved ?

ZWAN SABRI berkata...

Rizal Murad, yeah. Wait and see.. ;)


Abg Hani, betul tu betul.. tak perlu nak cepat melatah. yang penting berhati hati.. ;)


Zizidiazora : 100% setuju sangat2 dengan abg Zizi.. ;)


Fiq Fikri : Seriously suka dengan statement hang.. ;)


Afikah Aziz, Alaaaaaaaaaaaaa... HEHE


Khairul : Entahlaa,, ada yang kata kerajaan sebelum ni iaitu BN yang approve dan ada plak yang kata kerajaan selangor sekarang ni iaitu pakatan rakyat yg approve.. HUHU

Ninie berkata...

hihiks...semua menda kena "TER"....adoyai. TERtinggi la...TERbesar la...TER ape lg? Hihiks... Betul tu Zwan, x perlu melatah. Kita bebas beragama. Mabi Muhd SAW sendiri tidak pernah memaksa sesiapa memeluk islam pd zaman baginda, tetapi sebaliknya mengajak mereka dgn cara brhikmah. Hihiks...

pudenz berkata...

yeah..btol2.. lg pon x baek bersangke burok... perlu lah sokong ape2 sahaje yg mmbaek kan name negare..yg penting kekuatan iman seseorg itu ... ^_^

Admin berkata...

besar gile

Unknown berkata...

hebat entry..betul la tu, apa2 pun kita kena tanya diri kita sendiri kita kuat atau x? jgn bila isu ni keluar kita nk war2 kan yg kata isu ini salah..bukan nak kata la ya, sesetengah manusia yg beragama islam ni, suka meniru..meniru macamana? ye bila orang sebelah kita dok bising pasal benda ni, kita pun turut join bising pasal ni, betul x? sbg contoh je la...lg satu kita yang islam ni kena tanya kita ni islam betul ke atau islam sekadar di IC shj, ni bukan nak kata tapi ini reality masyarakat islam skunk..bila ty agama apa? tau jawab islam, tp kita faham dan kita amal ke cara islam??? dalam diri kita x kuat iman macamana kita nk mepertahankan...

apa yg kamu tulis tu betula..sorry terpanjang lak komen kali ni, bukan nk tunjuk baik tapi sekadar perkongsian, kalau salah tegur ya, kalau betul renung2 kan la..ingat jangan cepat melatah..pk sebelum bercakap...:)

AkuOsi berkata...

lama x jenguk zwan,, huhu tetibe, x de kaitan ngan tajuk,, huhu~

Hajar Hasan berkata...

errmm.. i hve no comment on this. bukan nk melatah. tp, agak2 ble malaysia nak buat masjid terbesar di dunia eyk? :)

vendoline berkata...

biar betul.besar giler...
hurmm nape la islam perlu mintak simpati kristian..malu la

Tanpa Nama berkata...

yup..agree..good point of view.
yg penting umat islam bangunkan islam

iKhRam berkata...

susah nak ckp zwan.. mungkin kita kene buat masjid yg lagi besar dari tu..? tp susah jugak kalau tak ramai nak ke masjid..