Pages

Selasa, 31 Januari 2012

BerDoa Kunci Untuk Sihat




Sayang sungguh Allah kepada hamba2Nya.. Setiap apa yang diperintahkan oleh Allah pasti ada kebaikan untuk hamba2Nya.. Walaupun macam tu, majoriti daripada kita termasuk diri aku sekali yang masih tak tau nak menghargai kasih sayang yang Allah bagi.. Kita selalu pandang mudah je soal solat ni.. Kadang2 tu, nak cepat je kita solat sampai surah2 yang dibaca pun lintang pukang and lepas solat tu terus bangun tanpa memohon doa kepada Allah..



Sesungguhnya kita amat rugi kalau kita tak memohon doa selepas solat. Ini jelas dibuktikan dengan kajian saintifik apabila sebuah kajian di Universiti Rochester New York di Amerika Syarikat mendapati bahawa mereka yang banyak berdoa dan bermeditasi mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik dan panjang umur. Menurut penganalisis jantung dari Sekolah Perubatan Harvard iaitu Dr. Herbert Benson , menjelaskan bahawa seseorang akan menjadi lebih rileks ketika berdoa kerana ia menurunkan metabolisme, melambatkan denyutan jantung dan membuatkan nafas menjadi lebih teratur.



Menurut Dr. Herbert lagi, melakukan aktiviti spiritual pada setiap hari membantu mengaktifkan gen yang mempercepatkan kematian sel dan keradangan. Sebenarnya, fikiran akan mempengaruhi ekspresi gen seseorang dan ini adalah bukti bagaimana doa mampu mempengaruhi fungsi tubuh badan pada tahap optimum. Kajian yang lain juga merumuskan bahawa berdoa dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan sekali gus menghindari diri kita daripada kekerapan mendapat penyakit. So, lepas ni, jangan tinggal solat lagi taw! And lepas solat, jangan lupa berDOA taw! Pesanan ini ditujukan kepada ampa semua dan juga diri aku yang hina ini.. Selamat beramal!





Pssssttttttttt : Semalam ramai yang marah2 kat facebook sebab bunyi mercun yang diraikan oleh masyarakat cina. Tapi bagi aku, tak perlula nak marah2 sebab inilah dinamakan keunikan budaya Malaysia.. Lebih baik bunyi mercun daripada bunyi Bom, Machine Gun, dan sewaktu dengannya kan? kan? HUHU..



30 ulasan:

Fathiah Hamim berkata...

betul betul. pernah baca pasal benda neh

psstt: diorang tak sedar ke tyme diorang maen mercun orang cina pulak marah. -_-

Miss Butterfly berkata...

tu la, saling toleransi la kan? bukan kite je yang hidup atas muka bumi ni.. huhuh


kalau nak orang hormat kita, kita kenalah hormat orang dulu. ye dak? ;)

shedameor berkata...

hehe. setuju je :)

Lea Isnawi berkata...

betul tu
kata 1 malaysia
dulu kita main mercun takpe,sekali depa main bising pulak

NUR AYNIE berkata...

relax sudaaa...hihi..

Anum berkata...

betul2 setuju

nurkaloi berkata...

Allah suka mendengar rayuan makhluknye

byk2 laa kiter berdokannn


pasal mercun tu aku tak nafikan
semua kaum main kowttt

::FAIZ:: berkata...

setiap kali lepas solat aku akan berdoa. malah kadang-kala masa memandu pun aku doa. :)

Diari Si Froggie berkata...

paling memenangkan bila dapat ngadu pada Allah :)

Unknown berkata...

Hehe, lepas ni nak selalu amalkan berdoa lepas solat...insyaallah Allah dengar ...

anakpakcikali berkata...

banyak-banyak berdoa sebab allah suka org yang selalu ingat pada DIA.kite berdoa tanda ingatan kite padaNYA.

Mukhlisah berkata...

betul zwan.. rase lebih tenag kalo berdoa..badan rase ringan je insyaAllah..selain itu kita kena jage jugak pemakanan kita..sebab perot dan akal kita salah satu organ penting untuk kesihatan jangka masa panjang..insyaAllah.btol2..ct rase biar la diorang..macam kita jugak men mercun time raya..ape salah nye kan:D

Mun berkata...

akak suka ayat last tu dik...

kita beruntung dan patut bersyukur.. sebab bunyi yg bising tu hanya sekadar bunyi mercun.. bukannya bom, machine gun... bunyi tu lagi menakutkan kita kan..sape yg suka pada peperangan kan..kan..

Gary Asip berkata...

memang banyak hikmah berdoa ni... huhuhu~..

Cik tikah berkata...

hati tenang bila berdoa. setuju tak zwan? :)

kiz berkata...

doa senjata orang islam

Joe_Hans berkata...

Orang yang xberdoa. adalah org yg sombong.

miss Fyqa berkata...

betul tu Zwan, kita sbg manusia ni mudah sgt alpa..

akoo berkata...

orang yang tak berdoa adalah orang yang sombong.isk3..

Poco Endrigon berkata...

hurm..betul tu..so jgn amalkn sllu hehe.....:P

Dhiya Fariza berkata...

suka entri ni :)

Mohd Hazwan berkata...

Allah sentiasa ada sepanjang masa bersama kita takkan kita tak boleh ambil sedikit masa untuk kita berdoa kepada Allah..

Tanpa Nama berkata...

hmm , betul la tu . kita kena lah berdoa banyak-banyak dengan ikhlas . jangan bila susah baru nak berdoa .

Liyana Zahim berkata...

Kita merendahkan ego kita bila berdoa.. Meminta pada smething yg kte tak mampu. .Dari situ kite sedar btapa bnyk kekurangan dan kelemahan kita.. Perlu bantuan dariNYA setiap masa walau setinggi n sehebat mana pun tahap kite di sisi mnusia lain..

Aien Not Alien berkata...

semasa berdoa kita lebih tenanggg...berserah diri kepada Allah tanpa memikirkan perkara lain..


*rajin2 berdoa.. :)

Unknown berkata...

that right :)

hyz berkata...

doa aku dr dulu sampai skg sama je... dah mcm skrip harian.. huhuhu

ghost berkata...

orang-orang yang tidak berdoa adalah orang-orang yang kedekut.

Unknown berkata...

huhu btl2, aku slalu lepas solat tak doa.. tah apa nak dikejar tah.. insyaAllah akan cuba brubah dengan bnyk brdoa lepas ni :)

Tanpa Nama berkata...

nice sharing..kne bnykkn brdoa la pasni..hehe..^^