Pages

Jumaat, 19 November 2010

Perangkap Peragawan Tua episod 1/2

Tadi aku ada la usha2 statistik pembaca2 blog aku. Statistik menunjukkan yang pembaca2 atau pelayar2 di MySuaraBlog ni berminat dengan cerita2 pasai rencah kehidupan manusia sejagat ni. Contohnya, "Kisah Jual Tubuh Untuk Belanja Sekolah" yang baru jer dipaparkan tetapi mendapat sambutan yang tinggi di kalangan pembaca berbanding fakta2 atau informasi yang aku cuba nak kongsi ngan pembaca2 di blog ni. Oleh sebab tu, kali ni aku nak paparkan plak kisah benar yang aku amek daripada sebuah majalah popular di Malaysia ni. Kisah hitam mengenai seorang jejaka awal 20an. Cerita dia ni, kita semua bolehla amek sebagai teladan okay. Nak taw apa cerita dia? Jom kita baca!


Seorang jejaka berusia 22 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ray. Berasal daripada Setiawan, Perak dan sedang menuntut tahun 3 jurusan perakaunan di sebuah IPTA di Lembah Klang. Menurut jejaka ini, dia seorang lelaki yang straight, masih solo and mempunyai imaginasi yang amat tinggi terhadap wanita. Kalaw tengok pada gambar dia, memang tak dapat nak dinafikanlah yang Ray ni seorang yang kacak and wajahnya agak2 mirip Chris Evans dalam versi melayu.


Seperti ramai lelaki lain, Ray amat gila pada Internet. Biasalah, dah namanya pun remaja kan. Dia memperuntukkan 5 jam sehari untuk surfing social network macam Facebook, Myspace, Twitter and lain2 lagi. Paling digemarinya ialah laman sesawang XXX ini sebab Ray suka menonton aksi lucah wanita barat yang dimuat ke You Tube. Selain itu, Ray jugak suka chatting di laman sembang. Ramai orang yang Ray kenal dalam laman sembang tersebut dalam pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Salah seorang yang Ray kenal dalam laman sembang sosial itu ialah Fikri iaitu salah seorang model yang pernah laris selama 15 tahun.


Seperti apa yang dinyatakan Ray, Fikri seorang lelaki yang berusia 45 tahun dan berperwatakan lelaki sejati. Setelah puas beraksi di pentas peragaan serta terbabit sebagai model profesional peringkat Asia. Kini Fikri beralih arah dengan menceburi dunia bisnes menjual alat2 senaman. Pada mulanya, hanya sekadar berbual kosong, tetapi akhirnya Ray terperangkap dengan kata2 Fikri. Kata Ray, Fikri seorang yang pandai mengayat sehingga Fikri berjaya memujuk Ray untuk berjumpa dengannya.


Setelah pertemuan diatur, mereka bertemu di sebuah kafe di kawasan elit di Damansara. Perbincangan mereka mulanya hanya setakat isu biasa dunia lelaki kerana menurut Ray, Fikri tidak menonjolkan sifat atau belang sebenarnya. Kemudian perbincangan beralih ke topik yang lebih serius. Fikri mula bertanyakan tentang masa depan dan perancangan hidup Ray. Kata Fikri, Ray perlu merencana masa depan dan mengoptimakan segala advantage yang ada pada tubuhnya. Mungkin jadi peragawan sepertimana yang dilakukan oleh Fikri dulu.


Hati mana yang tak teruja bila ada mata2 yang melihat potensi dirinya untuk menjadi model. Tanpa memikirkan benda2 yang negatif, Ray bertanyakan bagaimana caranya untuk menjadi seorang model. Sebagai bekas seorang model, Fikri menjanjikan peluang kerana dakwanya dia boleh mengenalkan Ray dengan agensi yang berkenaan. Dengan perasaan gembira, Ray hanya bersetuju dengan tawaran Fikri itu.


Pertemuan diatur lagi tiga hari kemudian tetapi hanya di hadapan kafe sebelumnya, kerana Fikri menjemput Ray pulang ke rumah. Kononnya untuk merakan gambar profil. Ray yang tidak tahu menahu mengenai selok belok dunia peragaan ini hanya akur sahaja. Dia terlalu naif dan langsung tidak terfikir tindakan Fikri itu sangatlah tidak masuk akal kerana mana mungkin pengambaran dilakukan di rumah dan bukannya di studio yang berdaftar.


Sebaik sahaja sampai di rumah, Ray yakin bahawa dia tak silap perhitungan. Tambahan apabila melihatkan keadaan kediaman Fikri yang ultra moden. Dilengkapi sebuah bilik persis studio foto beserta dengan kamera berdefinisi tinggi dan sistem lampu. Muzik rancak bergema menemani mereka berdua. Aroma lavender yang mendamaikan memenuhi segenap ruang bilik.


Janji Fikri, sesi foto itu perkara wajib kerana dia sendiri akan menunjuk ajar cara beraksi di depan kamera secara profesional. Mulanya Ray bergambar dengan berpakaian penuh. Kemudian Ray disuruh menukar pakaian dengan busana yang telah disediakan oleh Fikri. Selepas itu, Ray disuruh pula menanggalkan baju , kemudian menanggal seluar sehinggalah hanya berboxer sahaja.


Bersambung pada keesokan hari..



psssttt : Esok aku pos sambungan cerita ni okay. Jangan lupa ikuti sambungannya pada keesokan hari okay. Saja nak bagi saspen sket. (padahal sebenarnya x larat nak taip panjang2,haha.)








5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

waaa........... xsbr nk tggu sambungannya... :) cepat2.. hik3... mmg rajin tol zwan taip pepanjg2.. :p

Unknown berkata...

babe..lpas nih kau amek mascom la dgree :)

ZWAN SABRI berkata...

Syeera, klaw aku rajen taip panjang2, xde maknanyer crita ni nak bersambung.. haha.. xpa, satgi bila aku da rajen, aku taip sambungan dia okay.. ;) sabar itu separuh drpd iman.. hehe..

Saleh, aku memang tringin nak wat masscom. tapi apakan daya, time diploma aku minx tp x dapat.. huhu.. Xmolah aku nak wat degree masscom, x larat nak study banyak2 tahun dah.. klaw wat admin sc 2 tahun jer.. haha..

::FAIZ:: berkata...

baru nak best baca.. tgk2 bersambung..hehe

ZWAN SABRI berkata...

Faiz Farish, saja nak bagi saspen sket.. hehe.. satgi malam aku pos sambungan crita ni okay.. ;)