Pages

Sabtu, 28 Januari 2012

Pilihan Sendiri VS Pilihan Keluarga




Kepak Kepak Kebum Kebum, Kepak Kepak Kebum Kebum, Hai! Selamat pengantin baru kepada sesiapa saja yang baru melangsungkan perkahwinan dan selamat pengantin lama kepada yang dah lama berumahtangga.. Okay, Entry hari ni aku nak cakap2 pasai isu kahwin. Boleh ke idok? HAHA.. Pilihan Sendiri atau Pilihan Keluarga? Sebelum aku bagi pendapat aku pasai isu ni, jom kita tengok dulu pendapat2 rakan2 facebook aku yang sempat aku ajukan soalan ni kat depa semalam.. Yang paling penting, depa semua ni still SINGLE, HAHA..



“Pilihan sendiri sebab pilihan keluarga ni, kita taktau yang bakal pasangan kita yang dipilih keluarga tu memahami kita ke tak.. Memangla kita kena ikut pilihan keluarga sebab nak dapat redha mak bapak kan tapi kalau elok okayla.. tapi kalau tak elok macam mana? Hurrmmm...”



“Pilihan sendiri sebab hari tu dah suruh parents yang carikan tapi my mom suruh cari sendiri dulu, HEHE..”



“Pilihan sendiri sebab zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu.. Zaman sekarang ni, pendedahan dunia luar dah tak sama dengan apa yang family nampak.. Lagipun family lebih percayakan saya dalam memilih pasangan.”



“Pilihan sendiri sebab kalau ikut pilihan family, nanti ada saja yang tak bekenan di hati.."



“Pilihan keluarga kot. Actually tak tau nak explain macam mana sebab ianya terlalu subjektif.”



Kalau dilihat kepada kesemua 5 pendapat responden2 ni, majoritinya lebih menyokong kepada pilihan sendiri. Kalau ditanya pendapat aku, aku pun nak kahwin dengan pasangan yang dipilih sendiri bukannya dipilih keluarga. Mungkin ada yang bertanya, wujud lagi ke perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga? Ya! Tradisi ini masih wujud lagi tapi tidak popular seperti zaman nenek moyang kita dulu di mana zaman dulu, sudah menjadi seperti satu kemestian apabila setiap perkahwinan akan diaturkan sendiri oleh keluarga.



Kenapa aku lebih memilih pilihan sendiri? Sebab bagi aku, kalau kita sendiri yang pilih, kita dah tau ciri2 dan sifat2 pasangan yang kita pilih tu.. Kalau pilihan keluarga, kita taktau dia tu macam mana.. So, di awal perkahwinan tu mungkin akan mengambil masa yang lama untuk serasi bersama.. Yela, baru nak kenal hati budi kan.. Kalau sendiri yang pilih, kita dah tau apa keburukan dan kelemahan pasangan kita tu.. So, bila dah kahwin, kita dah dapat terima apa2 kelemahan serta keburukan pasangan kita tu..



Lagi satu, pilihan sendiri ni semestinyalah kerana cinta kan. Cinta akan berputik berdasarkan kasih sayang dan kerelaan untuk berkongsi suka dan duka bersama. So, bila dah kahwin berdasarkan cinta ni, confirmla orang yang kita kahwin tu akan sayang kat kita and dia akan try the best untuk buat yang terbaik untuk kita. Kalau pilihan keluarga ni, pasangan kita tu belum tentu akan sayang kita sepenuh jiwa dia dan mungkin jasad dia saja jadi milik kita tapi cinta dia masih menjadi tanda tanya.



Alasan terakhir kenapa aku rasa pilihan sendiri lebih relevan kerana kalau mungkin hubungan yang dibina tu tak berkekalan lama dan terhenti dengan penceraian, so kita tak akan timbul rasa perasaan untuk salahkan orang lain sebab ini pilihan kita sendiri tapi kalau kita bercerai dengan pasangan yang dipilih oleh keluarga, mungkin kita akan menyalahkan keluarga and akhirnya hubungan kita dengan keluarga akan serba dingin. Bagaimanapun, memang tak dinafikan yang pilihan keluarga pun ada banyak kebaikannya tapi bagi aku pilihan sendiri is more much better.. So, apa pulak pilihan ampa? PILIHAN SENDIRI or PILIHAN KELUARGA? Teetttttttttttttt..




Pssssssttttttt ; HAPPY BIRTHDAY kepada adik bongsu aku yang tersayang iaitu Nazmi Sabri.. :)




32 ulasan:

Joe_Hans berkata...

Hencik Johan memilih pilihan keluarga... *wuu..anak dara sangat! hahahaha

LadyBird berkata...

pilihan sape ek... sape2 je yg terdahulu.. smd jumpe sdri or keluarga cr.. yg pntg ht suke..

efa berkata...

pilihan sendiri rasanya sb kta dh ta hati budinya ;)hb utk adik awok

Miss Butterfly berkata...

errr.. skrg im single. n kalo skrg, mak dah carikan, n org tu baik, insyaAllah sy terima.

tapi kalo bercinta dah bertahun2, takkan nak korbankan? :p



hepi besday adek! ^__^

zizidiazora berkata...

oleh kerana kita yang nk kahwin jadi hanya kita saja yang tau cita rasa kita sendiri maka sudah tentu pasangan hidup hanya kita sendiri yang boleh pilih tapi sesetengah orang tidak kisah langsung siapa pasangan dia oleh kerana nak menjaga hati keluarga maka selayaknya lah dia menerima siapa saja pilihan keluarga.

PemilikCahaya berkata...

inshaALLAH ketentuan Allah itu adalah segala-galanya..just redha sama ada bakal isteri kita tu pilihan sendiri mahupun pilihan keluarga..kita hnya mmpu merancang kan??

Tanpa Nama berkata...

wahh ! pandai dia berkata2 . cehh ! tapi betul la tu zwan tulis . pilihan sendiri lebih baik pilihan keluarga .

Fathiah Hamim berkata...

kalo pilihan keluarga tuh not bad, haha boleh la ikut. :D

p/s: bila mau letak shoutbox baru nehh :P

Najla berkata...

Just passing by your blog. Rasanya pilihan keluarga sebab boleh bercinta masa berkahwin en en en lol. Lagipun I believe in love after marriage. Barulah halal (Y)

Tanpa Nama berkata...

tah la ...redha je...lgipun, lambat lagi nak kawen....ahahah!!!!

Lea Isnawi berkata...

zwan tak mitak pendapat dr saya pun

majok! hehe

kalo sy pun better pilihan sendiri, tapi kena mitak pendapat dgn familty jugak la

Gary Asip berkata...

pilihan sendiri kot... huhuhu~..

whitecappuccino berkata...

Kita kawin pilihan sendiri..so far so good!

ayuni berkata...

ayuni tak kisah pun..pilihan sendiri pun okei bila ibu bapa pun setuju. kalau dah memang xda pilihan sendiri, pilihan ibu bapa pun boleh. yang penting restu ibu bapa itu. ^__^

Mukhlisah berkata...

assalamualaikum..:D..lame x jenguk blog ni..macam dah bertukar wajah je?
haa..kalo ct..nak plih pilihan keluarga..;p..
tapi mama ct suruh pilih sendiri..
last2 bagi ct macam ni la
pilih la jdoh melalui jalan istikharah agar lebih kekal selamanya hingga ke penamat syurga..
insyaAllah..rezki dan dugaan semua di tentukan Allah..
kita hanya mampu merancang..
Allah sentiasa sediakan yang terbaik untuk kita..

jadi ct ikut petunjuk kalau da tiba waktu nya..xkisah la plihan keluarga or plihan ct sndri..rezki ade kat mane2..huk3:p

Unknown berkata...

semuanya bergantung kpd diri sendiri. Samada nk ikut pilihan keluarga @ pilihan sendiri.

kurus berkata...

akak kawin pilihan sendiri ..
tepuk dada tanye selera dikkk .. kalau jodoh di putuskan dgn pilihan ibu bapa , dan kita suke apa salahnyee .. dependss on situation dan seseorang itu ;)

Unknown berkata...

Saya nak pilihan sendiri....

susah nak ngam kalau ikut pilihan keluarga...my opinion la hehehe

Tanpa Nama berkata...

emy pilih pilihan sendiri la :) hee

Poco Endrigon berkata...

hahaha..lau mcm tu arry pilih Pilihan Sendiri lah..hehehe...

Nurhafizah berkata...

bila baca novel, byk yg kna kawin ikut keluarga. dh tu bhagia pulak tu . hihihi .

Damn Nations berkata...

Alamak Confuse nak wat pilihan.. hehehe XD..

ch000tz berkata...

taknak pilih sape2 lagi hahahahah

aindzaya berkata...

mana2 pun tak kisah..sebab Allah tahu apa yg terbaik untuk kita =)

http://aindzaya.blogspot.com/2012/01/rama-rama-sungguh-cantik.html

mari sama sama kita hayati :D

Bicara Bisu berkata...

hehhe yg pntg pndai pk utk masa depan...

make a right choice :)

Aien Not Alien berkata...

saya pilih pilihan sendiri...



wakakaka... kak cik axoera dah jumpa pilihan hati...memang tak cari2 dah...hihi

Tanpa Nama berkata...

pilihan sndiri! ^^

hafiz berkata...

wahhhhhh afizz hafiz nyer ulasan bonggek anda msukan jgk...thnks okeyhhhhhh hahahah terharu derrr

NURAMOY AKA AMOI berkata...

btl nora sokong sangat dgn pilihan sendiri..sbb kalo terjd ap2 nty kt x slhkn ibu bapa kita..

Tanpa Nama berkata...

yeah. buat pilihan sendiri. sendiri yang nak kawin kan.. heheh

*sibuk nak komen lagi

Unknown berkata...

kalau orang zaman dahulu (zaman mak ayah kita), banyak pilihan ibu bapa..
kalau zaman sekarang, banyak pilihan sendiri..
kalau yang ikut ibu bapa gak, mesti sebab faktor politik atau faktor business.

Intan Nabiah berkata...

i think pilihan keluarga lbh baik sb kalau Ikt plhan keluarga dapat restu dan yang tbaik..Kalau pasal cinta tu pupuklah bila kawen,InsyaAllah bahagian brcinta lepas kawin