Pages

Jumaat, 20 Januari 2012

Hidup Hanya Untuk Peperiksaan?




Okay, sekarang selesai sudah aku menamatkan final exam untuk semester 3 Ijazah Sains Pentadbiran di UiTM. Dan sekarang ni sumpah aku akan mula terbayang-bayang kelibat hantu result final exam sebab aku tak berapa puas hati sangat dengan apa yang aku jawab. Apa2 pun, aku harap sangat supaya aku berjaya lulus and dapat skor semua subjek.



Ampa perasan something tak mengenai hidup kita sekarang ni? Kadang2 aku rasa macam kita hidup hanya untuk jawab peperiksaan saja. Bayangkan, sejak tadika lagi, kita dah dihidangkan dengan macam2 peperiksaan macam PTS, UPSR, PMR, SPM, STPM dan yang sewaktu dengannya.. Itu tak termasuk lagi dengan ujian memandu, ujian kelayakan jadi menantu, dan ujian kemandulan, Oppsss! HAHA.. Pada zaman sekarang ni, orang hanya mengukur kejayaan serta kepintaran seseorang tu hanya berdasarkan result peperiksaan. Siapa yang dapat result yang gempak, mesti dipuji tapi bagi siapa yang dapat result yang haprak, confirm kena keji.



Jadi, tak heranla kalau ada yang sanggup bunuh diri kalau gagal dalam peperiksaan sebab depa rasa macam dunia ini dah gelap untuk depa and tak guna lagi untuk hidup. Ada jugak yang sanggup meniru dalam peperiksaan. Ada jugak yang sanggup memberi rasuah kepada cikgu atau pensyarah yang memeriksa kerta peperiksaan. Itu tak termasuk lagi dengan segelintir pelajar yang sanggup menggadaikan maruah depa kat cikgu or pensyarah demi hanya untuk dapat “A”.



Nampak tak, hidup kita kat dunia ni hanya untuk peperiksaan saja kan? Kita sanggup buat apa saja demi untuk berjaya dalam peperiksaan. Tapi sebenarnya hidup kita di dunia ni memang hanya untuk peperiksaan pun. Selagi kita bernyawa, selagi itulah kita masih menjalani satu peperiksaan atau ujian dimana segala amalan kita akan di catat oleh pemeriksa di sebelah kiri dan kanan kita. Peperiksaan inilah yang akan menentukan sama ada kita berjaya atau tidak di akhirat kelak. Kalau berjaya, Syurga ganjaran yang akan kita dapat tapi kalau gagal, Nerakalah tempat kita.



Jadi jangan terlalu taksub sangat dengan peperiksaan duniawi, kalau kita gagal dalam SPM, kegagalan itu sebenarnya satu soalan dalam peperiksaan untuk Allah menguji hamba-hambaNya. Allah nak tengok macam mana kita jawab soalan yang Allah bagi tu.. adakah kita akan menjawab soalan tersebut dengan bunuh diri? Ataupun memaki hamun Allah? Ataupun mendekatkan diri lagi dengan Allah? Jawapan di minda ampa semua.. Assalammualaikum!



pssssstttttttttt : Selamat bercuti dan berhujung minggu kepada semua.. :)



34 ulasan:

Miss Butterfly berkata...

untunglahh dah cuti sem... huhuhu



boring kan asyik berdepan dengan exam je. boring boring.. >.<



tengah dalam dilema nak sambung ape untuk degree nanti -.-

Fathiah Hamim berkata...

nak buat camne dah malaysia buat exam based education system. :/

Lea Isnawi berkata...

time nak exam, baru nak study

HAHAHA!

selamat bercuti

Dhiya Fariza berkata...

in my field, cannot study just for the sake of exams, matilah patient bila jadi doktor nanti kalau ada tabiat gini :(

Saddila berkata...

semoga result kamu okay nanti . amin :)

selamat bercuti . jaga diri (^_^)

Joe_Hans berkata...

apa2 pown... aku memang Belajar untuk Exam jer Zwan.. hahaha

Biler tanya balik lepas exam. sumpah aku dah luper... ngeeeee

kurus berkata...

semoga berjaya dik
akak doakan
dan selamat bercuti ya .. ;)

AY berkata...

hidup aku untuk blog.. hu3
best la dpt cuti kan!!

Choki berkata...

Haha..Sama la org kat sini pun..Dh nk start mid-sem break..Tp final blom lg la.haha

kaAka berkata...

selamat bcuti juga...=D

Poco Endrigon berkata...

lama dh tk nmpk post zwan slma nie hehe..ape2pun slmt bercuti..arry pun cuti gak bab cuti raya cina..hehe..hurm..btul lh tu,,hdup utk mnjawab soalan dlm kertas jer hehe

NUR AYNIE berkata...

dh nk termuntah ngn exam naseb dh habes exam skrg msa untuk balik rumahhh yeahhhhh...

miss Fyqa berkata...

good luck utk result nnti Zwan. :)

Selamat Bercuti ^__^

kiz berkata...

dah kalau nak kerja ada kelulusan..kalau nak lulus mesti ada peperiksaan.. apo nak dikato

Tanpa Nama berkata...

slamat bercuti kmoo ^_^

Tanpa Nama berkata...

selamat bercuti dan selamat ber'exam' lepas cuti kpd saya.. -_-..


penat dengan yang namanya exam.hhuhu

zizidiazora berkata...

dan hidup juga adalah sebuah perjudian yang setiap masa kita mempertaruhkan untung nasib terhadap segala usaha kita di dunia ini.

selamat bercuti kepada zwan dan kembalilah memeriahkan dunia blogger.

Cik tikah berkata...

lamanya dia tak update blog. exam rupanya. semoga dpt result yg terbaik! kita belajar sebab nk lulus exam je kan?
=.='

Nilam suhana berkata...

hurm... betul tu zwan... kita selalu stress bila akdemik x bagus.. sedangkan hidup bukan sekadar itu sahaja... tengok 3 idiots x??? banyak motivasi di dalam cerita tu.. kejayaan itu ada dalam ilmu...tapi bukan ilmu bermakna harus pulun belajr tanpa tahu ertinya... apa yang penting ikhlas... dan percaya qada dan qadar Allah.. seglanya sudah tertulis....kan??

gigiAriEma berkata...

Ade blaja hnya untk exam n blaja untuk hidup. ;)
slamat masuk alam pkrjaan pulakkk..

hyz berkata...

lama x mai sini. hehehe.. kebanyankan pelajar mmg study utk exam je. bukan utk ilmu.

KeY_riN berkata...

biar lah ilmu tu tuk dunia dan akhirat, hehehe

Unknown berkata...

haha..aku terase doe..untunglah nk masuk part 4 dah :D

Unknown berkata...

haha... habis da exam. jom cuti! http://razmankamarudin.blogspot.com/2012/01/apa-makna-cuti-anda.html

MISS IMAKASIHDANI berkata...

exam best XD hahah.. gudluck wan ;)

Fakhrul Izzat bin Ahmad Shukri berkata...

hai zwan ingat aku lagi x ? HAHA. lama dowh x mai sini. btw, aku baru habis final exam. kbai~

tirahzairi berkata...

2 la..da hbs exam...semua memory deleted...haha...

ps : slmt bercuti

Anati Soki berkata...

waaaa.. kamu baru habis sem 3. anat baru strt sem 3. T____T

hehehehe...
slamat bercuti

Rizal Murad berkata...

Semoga berjaya Zwan.. :)

The Library berkata...

gud luck.. jalan sini follow sini.. layout sama plak tuh.. haha

akoo berkata...

btul3~ =)

macam aku ni, abes exam, lupelah balik sgale mende yg aku bace..huhu study utk exam je..trok kan?..padahal ilmu tu utk diamalkan..bukan utk exam smate2..

Liyana Zahim berkata...

Jgn bunuh diri dik oi... Kawen shj ye.. Hahaha~

Aien Not Alien berkata...

study untuk exam semata2...lepas tu lupaaa...ingat sikit2 je...

Fatin Liyana berkata...

logik!