Pages

Isnin, 15 November 2010

Perihal Roommate & Housemate Aku


Ni dia makhluk2 yang penah jadi Roommate and Housemate aku time aku kat UiTM Kedah semenjak aku semester 1 sampaila semester 5. Jom kita TERJAH depa!



Nama dia ni Ariff bin Sulaiman. Dia ni orang Terengganu (Marang). Dia amek kos diploma pengurusan maklumat. Dia tua setahun daripada aku. Dia ni la member aku time aku mula2 masuk UiTM dulu. Masa aku nampak dia for first time, muka dia masam jer. X senyum langsung. Cuak gak aku time tu sebab aku ingat aku dapat roommate yang belagak gila tapi rupa2nya si mat Ariff ni sekepala ngan aku. Best kawan ngan dia. Selalu kuar berfoya-foya ngan dia baek kat Sg Petani mahupun KL. Dia ni memang minat apa2 jer yang berkaitan ngan korea. Aku sebilik ngan dia dari semester 1 sampai semester 3. Sekarang dia ni ahli Majlis Perwakilan Pelajar kat UiTM Kedah. Pegang jawatan sebagai Exco Sukan.

Ni plak nama dia Nasrul. Dia ni orang Perak (Tg Rambutan). Dia amek kos diploma pengurusan maklumat. Dia ni pandai and minat gila dalam matematik, tapi sayang kos yang dia amek skarang xdak kira2. Dia ni pown member aku time aku mula2 masuk UiTM. Dia ni suka bebel. Ingat lagi first day aku masuk UiTM, terus kena panahan leteran daripada si Nasrul ni. Time tu aku terkejutla jugak sebab aku still x kenai dia lagi tapi dia dah berani beletiaq kat aku. Lawak plak bila teringat time tu balik. Nasrul ni baek. Walaupun dia ni suka bebel tapi niat dia baek. Nasrul ni boleh dianggap ustad la dalam geng2 kami time tu sebab dia suka bertazkirah. Sekarang dia pegang jawatan yang penting di Rumah Pelajar Taman Universiti. X ingat la plak jawatan dia tapi penting gak la. Aku sebilik ngan dia time semester 1 jer..


Ni plak nama dia Nazrin. Aku panggil dia Yen. Dia ni orang Selangor (Ampang). Dia amek kos diploma pengajian perniagaan. Dia ni tinggi lampai. Perwatakan dia sempoi and sporting. Best kawan ngan dia. Dia just study kat UiTM Kedah satu semester jer sebab dia x minat ngan kos yang dia amek. Lepas tu dia tukar ker Politeknik di Perlis. Dia amek kos kejuruteraan plak kat sana. Dia ni minat bola. Pantang ada apa2 activity or tournament bola kat UiTM, mesti dia nak join. Kalau kat bilik, apa yang bestnye ngan Yen ni, tiap2 malam sebelom tido jer, mesti dia mintak semua orang cerita pasai diri masing2. Yen ni pown bukan jenis kedekut sangat. Tapi dia ni agak cerewet kalaw nak beli baju ker apa ker,haha. Dulu kalau keluar jalan2 kat Sg Petani jer, mesti kami berempat(ariff,nasrul,yen n aku) kuar sekali. Yela budak baru katakan. Mana la nak tau selok belok area sana lagi time tuu.Senang crita, memang bestla dudok sebilik ngan Yen ni. Aku sebilik ngan yen time semester 1 jer.



Okay, ni plak nama dia Syafiq. Aku panggil dia Anoi. Dia ni orang Perak (Manjong). Dia amek kos diploma pengurusan maklumat. Dia ni anak Sulong sama macam aku. Aku sebilik ngan dia dari semester 2 sampai semester 4. Tapi semester 4 dia dok sat jer ngan aku kat bilik di Taman Universiti sebab dia kena pindah ke Kolej Malinja atas jawatan yang dia pegang. Dia ni minat ngan benda2 yang berteknologi. Anoi ni suka menyendiri. Dia x suka masuk campur hal orang lain selagi orang tu x kacau hidup dia. Masa semester 3, aku kongsi almari ngan Anoi kat bilik A202 di Kolej Malinja. Kesian Anoi sebab aku ni suka sepahkan almari tu. X rugi sebilik ngan Anoi sebab anoi ni bukan jenis yang cerewet sangat. Skarang dia pegang satu jawatan yang penting di Kolej Malinja. Aku x ingatla jawatan apa.



Haa, ni plak nama dia Kamarulzaman bin Elias. Aku panggil dia Aman. Dia ni orang Penang (Tg Tokong). Dia amek kos diploma pengurusan maklumat. Dulu masa aku kenai dia time semester 1, prangai dia macam budak2. Tapi semenjak semester 2, terkejut gila aku sebab perangai dia beubah macam bapak budak. Aku suka sembang ngan dia. Utara sangat loghat dia. Aman ni agak sosial sikit, sikit jer x banyak. Kalau bab karok2 ni, serah jer kat dia. Tapi suara dia memang sedap pown. Aku slalu jadi partner duet dia sebab aku pown perasan suara sedap gak. Disebabkan aku ngan aman suka melalak kat bilik mahupun toilet, ramai gak jiran2 bilek yang x puas ati ngan kami. Aman lani pegang jawatan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kedah sebagai Exco Keusahawanan. Aku sebilik ngan dia dari semester 2 sampai semester 3.


Ini namanya Hafizul Azhar. Aku panggil dia Joe tapi coursemate dia panggil dia Saloon. Dia ni orang Kedah (Jitra). Dia amek kos diploma perakaunan. Masa aku Semester 2, dia ni semester 1. Joe ni nampak jer muka gangster tapi hati banyak baek woo. Mula2 dia masuk bilik, aku ingat samseng mana la yang mai tapi naseb baek dia bukan samseng. Actually aku banyak gak berdosa ngan si Joe ni. Kesian dia tiap2 malam aku ngan kawan aku bwat bising kat bilik sampai dia x boleh nak tido and study. Then dia pindah bilik laen sebab kecewa ngan sikap aku n kawan2 aku kowt. Mintak maaf Joe naa. Tapi yang bestnyer ngan Joe ni, walaupown dia geram sangat2 ngan kami, tapi dia still leyh senyum and x marah2 pown. Joe anda sungguh baek. Joe ni X kedekut kalaw bab2 makanan ni. Aku sebilik ngan Joe time semester 2 jer.


Seterusnya, ini plak namanya Ainul Qazi Haque. Aku panggil dia Qazi. Dia ni orang Selangor (Ulu Klang). Dia amek kos diploma perakaunan. Dia muda setahun daripada aku. Masa aku semester 3, dia semester 1. Katil dia betol2 sebelah ngan katil aku. Qazi ni memang berdisiplin tinggi. Maybe sebab dia dah dididik dekat Maktab Tentera Diraja sebelom ni ngan cara lagu tu kowt. Dia ni agak pintar gak la. Pi mana2 pown, mesti ngan buku. Nak kata skema tu, sikit2 jer. Aku suka ngan sikap dia yang sopan and hormat orang. Dia ni pown X berlagak. So far okay la. Dia ni rajin gak baca Al-Quran dalam bilik. At least x la panas sangat bilik kami tu. Aku sebilik ngan dia untuk semester 3 jer.


Nama dia ni plak Wan Izzat Wan Rahim. Aku panggil dia Ejad. Dia ni orang Perak (Telok Intan). Dia amek kos diploma seni reka dan grafik. Dia ni pown muda setahun daripada aku. Masa aku semester 3, dia semester 1. Ejad ni minat gak ngan bola. Dia slalu gak join mana2 kelab bola kat UiTM ni untuk apa2 tournament. Ejad ni memang gila skateboard. Dia ada gak bawak mai skateboard dia kat UiTM. Suruh jer, semua aksi2 skateboard dia reti bwat. Taraf profesional la dia ni. Dia ni kalaw bab2 melukis or rekacipta, memang superb!. Taste dia ni agak tinggi. Baju2 or barang2 dia sumanyer branded2. Dia suka gak layan gigs. Pendek kata, Ejad ni Sempoi la, cayalah!. Aku sebilik ngan dia untuk semester 3 jer.


Okay, ini plak namanya Ariffuddin. Aku panggil dia Arep. Dia ni orang Perak (Tapah). Dia amek kos sama ngan aku iaitu diploma pentadbiran awam. Dia ni satu group ngan aku dalam minggu mesra siswa iaitu minggu orientasi untuk student2 yang baru masuk ke UiTM Kedah macam aku ngan si Arep ni la. Arep ni sama kelas ngan aku dari semester 1 sampai 3. Semester 4 and 5 dah x sama kelas. Arep ni agak gila shuffle gak la. Aku difahamkan, dia ni slalu gak wat show shuffle kat KL. Aku serumah ngan dia time semester 4 jer di Taman Universiti. Arep ni kalaw tido, kadang2 tu suka mamun. Kadang2 dia boleyh jalan time tido tanpa dia sedaq apa yang dia bwat. Arep ni slalu gak bantu aku kalaw time aku susah. Lani Arep pegang jawatan sebagai Presiden Rumah Pelajar Taman Universiti.


Yang ni plak nama dia Zairul Helmi bin Ruslan. Aku panggil dia Zyrol. Dia ni orang Sarawak tapi menetap di Penang (Bukit Mertajam). Zyrol ni kacukan bidayuh ngan melayu. Dia amek kos sama gak ngan aku iaitu diploma pentadbiran awam. Dia just sama kelas ngan aku time semester 4 and 5 jer. Aku serumah ngan zyrol dari semester 4 di Taman Universiti hingga semester 5 di Taman Lembah Merbok. Kalaw pi kelas, kami mesti pi skali. Pendek kata kat mana aku pi, mesti aku pi ngan zyrol. Zyrol ni baek sangat2. Dia ni suka tolong orang. Zyrol ni agak tabah and kental orangnya. Memori zyrol ni kalaw bab2 menghafal nota ni, memang kuat. Jeles aku ngan dia. Zyrol ni senang gak dipengaruh. Sometime kalaw dia kata dia x nak bwat menda tu, tapi kalaw aku pengaruh dia sikit mesti dia bwat jugak. Lawak la zyrol ni. So far okayla stay serumah ngan zyrol sebab dia sama kelas ngan aku.


Si pemilik muka innocent ni plak namanye Mohammad Salehudin Abdul Sani. Aku panggil dia Saleh. Dia ni orang Perak (Ipoh). Dia amek kos diploma pentadbiran awam. Saleh ni jenis gila2. Kalaw orang x gila kawan ngan dia, kompem nanti gila jugak. Saleh ni bukan jenis plastik. Jauh sekali hipokrit. Dia kalaw x puas ati ker apa ker, direct jer dia tembak. Tak kisahla kawan baek ker x, kalaw dia x puas ati, siapla. Aku penah gak begaduh ngan Saleh sampai x becakap langsung. Last2 aku la yang kena beralah pujok2 dia segala sampaila dia maafkan aku. Saleh ni kalaw dia puji, pujian dia tu memang ikhlas. Saleh ni teman yang baek kalaw bab2 gosip ni. Walaupown sometime mulut saleh ni selalu suka cakap menda2 kotoq, tapi hati dia banyak bersih woo. Kalaw xdak Saleh, sumpah x meriah langsung dunia ni. Aku stay serumah ngan Saleh dari semester 4 hingga semester 5.


The next is Aimi Nasruddin bin Mohd Roslan. Aku panggil dia Aimi. Dia orang Johore (Batu Pahat). Sama kos ngan aku iaitu diploma pentadbiran awam. Aimi ni memang sporting habes. Dia x kisah apa orang nak describe or cakap pasai dia. Yang penting dia happy ngan life dia. Bagi aku, Aimi adalah Aimi. Memang xdak pengganti untuk si Aimi ni. Aimi muda setahun daripada aku. Dia lompat kelas sebab dia lulus ujian PTS time darjah 3. Aimi ni memang peminat no.1 Datuk Siti Nurhaliza. Tanya jer apa2 soalan pasai Datuk Siti, kompem Aimi boleyh jawab. Masa sem 4 Aimi bawak keta kancil oren and sem 5 plak Aimi bawak keta savvy hijau. Dia becita cita nak jadi Lawyer. Kalaw bab undang2 or politik ni, Aimi memang superb!. Aimi lani pegang jawatan sebagai Exco Protokol untuk kelab DiPAC sebab dia suka cakap. Selalu gak la dia diundang jadi host untuk apa2 event kat UiTM Kedah. Aku serumah ngan dia since semester 4 hingga semester 5.


Si muka ala2 jejaka pujaan gadis seantero dunia ni plak namanya Afizul Ahmad. Aku panggil dia Fizol. Dia ni orang Selangor (Klang). Dia ni seangkatan ngan aku sebab dia amek jurusan diploma pentadbiran awam. Dia ni suka usik2 aku. Best kalaw gadoh2 ngan dia. Dia ni boleyh dikatakan sporting gak la. Dia boleh sesuai ngan macam2 keadaan. Kalaw dia masuk kandang lembu, dia mengembu tapi kalaw dia masuk kandang harimau, dia lari la kowt, haha. Dia ni simple jer. X brapa nak cerewek sangat. Kesian kat dia sebab time aku accident ritu, aku dah hilangkan dia punya helmet ngan selipar. Aku serumah ngan dia since semester 4 sampai semester 5. Untuk semester 5, aku duduk sebilik ngan dia kat Taman Lembah Merbok. Dulu dia Ketua Blok di Kolej Malinja. Sekarang dia dah jadi Presiden kelab DiPAC. Sebuah kelab yang tersohor di UiTM Kedah.


Okay, si mamat yang muka jambu ni plak nama dia Nik Nazrin Nik Ahmad Zaki. Aku panggil dia Nik. Dia orang Selangor (Kajang). Dia ni reti cakap mandarin. Aku sungguh jeles. Orangnya tinggi and putih melepak tapi dia dah berpunya. Nama chick dia Marzini. Dari semester 1 sampai semester 5 depa bahagia jer couple. Dulu kalaw bab dating2 ni serah jer kat dia, haha. Tapi semenjak semester 5, dia da x kerap dating da sebab stay berjiran jer ngan umah chick dia tu. Dia teman rapat aku untuk satu "subjek" ni. Subjek apa terpaksa dirahsiakan, hehe. Dia ni memang gila ngan game. Buka Facebook, dia maen game. Buka laptop, dia maen game. Buka TV dia maen Playstation. Dia x suka masok campur hal orang lain selagi orang tu x try nak touch dia punya life. Dudok serumah ngan Nik ni boleyh dianggap best gak la sebab dia x cerewet. Aku stay serumah ngan dia time semester 4 hingga semester 5.



Okay, tamat sudah kenangan and pengalaman aku ngan depa suma ni. Semester depan adalah semester terakhir untuk aku iaitu semester 6. Pada semester 6 nanti, aku akan serumah ngan orang laen plak. Harap2, everything will be okay la nanti. ;)

7 ulasan:

::FAIZ:: berkata...

Seronok baca bro... kenangan ngan kawan mmg best....

Nekmo berkata...

zwan..hehe...aku xmo wat pasal aku gak ke?
heheh..

ZWAN SABRI berkata...

Faiz Farish : Tula pasai.. kenangan emas tu.. haha..

Nenek Moden : Nak jugak ek? kenala duduk sebilik ngan aku.. ;)

Unknown berkata...

tercirit aku bace cite kau.. ;P

ZWAN SABRI berkata...

Encik SyrupMasin, sowie la aku kutok2 hang.. ehehe..

amin berkata...

fuh, ramai gila rumate ;)

ZWAN SABRI berkata...

Amin, haha.. biasala.. orang silih berganti.. ;)