Pages

Selasa, 16 November 2010

Kenapa Perlu Mandi?


Haa, entry kali ni aku nak cakap2 pasai bab mandi. Kepada geng2 kambing yang malas nak mandi, boleh tutup blog ni tapi kepada geng2 kambing yang dah nak tawbat and bukan terdiri daripada geng kambing, boleyh teruskan membaca blog ni, haha. Kenapa ek kita kena mandi? Okay, melalui sebuah kajian yang telah diterbitkan oleh New England Journal of Medicine, mandi bukan hanya dapat membersihkan pelbagai kotoron yang terdapat kat tubuh kita, tapi jugak ada pelbagai manfaat lain tentang mandi ni. Jom kita usha satu persatu manfaat dia.

1. MENGELUARKAN RACUN

Mandi air panas sekitar 32 sehingga 35 darjah Celcius dapat membuka pori-pori yang mana boleh membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas jugak boleh membantu menurunkan paras gula darah, menyembuhkan sakit otot dan memastikan usus besar bekerja dengan baik. Waktu yang disarankan ialah selama 10 hingga 20 minit.


2. STRESS

Kalaw hangpa stress sangat2, hangpa digalakkan mandi air sejuk. Suhu yang dicadangkan ialah 12 hingga 18 darjah Celcius. Melalui suhu ini, ia mampu mengurangkan stress yang hangpa alami.


3. EKZEMA

Kalaw hangpa ada penyakit kulit macam ekzema, ruam atau gatal2 ka, hangpa boleyh mengubati penyakit2 ni dengan menambahkan baking soda (sodium bicarbonate) ke dalam tab mandi kerana sodium bicarbonate mampu bertindak sebagai antiseptik. Disyorkan berendam selama 10 hingga 20 minit.


4. MELANCARKAN PENGALIRAN DARAH

Rendam kaki hangpa selama 1 hingga 2 minit ke dalam air panas dan kemudian rendam plak kaki hangpa yang chantek tu ke dalam air sejuk selama 30 minit. Cara macam ni dapat melancarkan pengaliran darah dalam badan hangpa.


5. INSOMNIA

Ni sesuai sangatla dengan orang yang ada problem ngan tido. Kepada yang menghidap penyakit ni, rajin2 kan la diri tu untuk merendam kaki dalam air sejuk selalu sebab ia sangat baek untuk problem Insomnia ni.


6. FLU DAN SAKIT KEPALA

Rendam kaki dalam air panas boleh menyembuhkan flu, sakit kepala dan menyegarkan kaki yang keletihan. Tambah2 kaki yang selalu dok terperap dalam stokin and kasut jer. Mau x letih kaki tu. Masukkan air panas yang secukupnya ke dalam besen sampai menutup kaki dan pergelangan kaki, kemudian tambahkan beberapa titis minya seperti lavender, peppermint, atau lemon. Bila dah habis, basuh kaki dengan air sejuk. Bwat benda ni selama 10 hingga 20 minit.


Patutla kalau dalam Islam pown ada jenis mandi yang wajib. Yela, mandi ni kan ada banyak manfaat dia. Kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha pada keesokan hari. Jangan lupa MANDI SUNAT AIDILADHA oke.. ;)

1 ulasan:

RIAN berkata...

insomnia pun ada kaitan dgn mandi ke ?