Assalammualaikum dan Selamat Hari Ahad terakhir untuk bulan February 2013 ni.. Diskriminasi. Pernah tak ada perasaan macam tu? Sebagai manusia biasa, kita memang tak dapat elak daripada
mendiskriminasikan sesuatu.. Tipulah kalau cakap kita dapat berlaku adil 100%..
Kita bukan Allah yang MAHA ADIL.. Kita hanyalah manusia biasa yang tak terlepas
daripada melakukan kesilapan.. Mungkin kita memang adil dan saksama dalam
melakukan sesuatu tapi adil yang kita miliki tak akan pernah sampai tahap
maksima 100%.. Pasti ada jugak peratusan dalam diri kita untuk
mendiskriminasikan sesuatu. Bagaimanapun itu bukan alasan untuk tidak kita
berlaku adil..
Jangan dabik dada mengaku kita ADIL kalau masih ada yang
terasa tersisih dengan kita, Tapi kita digalakkan untuk selalu berniat untuk
menjadi seorang yang ADIL.. Niat untuk berlaku adil sebelum melakukan keadilan
pun dah dapat pahala. Niat melakukan sesuatu kebaikan itukan satu ibadah..
Dalam senario kehidupan masyarakat kita di Malaysia ni,
majoriti daripada kita tak lepas daripada melakukan diskriminasi terhadap
sesuatu. Contohnya, bila tengok perempuan kampung pakai baju seksi, mulala kita
cop dia bohsia, pelacur, perempuan murahan dan sebagainya. Tapi bila perempuan
bandar pakai baju seksi, kita cakap depa hanya ikut trend semasa.. Tak ke
diskriminasi namanya tu?
Contoh lain pulak, bila kita tengok lelaki lembut, terus
kita cop depa tu gay tapi bila kita tengok lelaki yang badan berotot atau
maskulin, kita selalu cakap depa tu lelaki sejati. Tapi perlu diingat, tak
semua lelaki lembut itu gay dan tak semua lelaki maskulin itu lelaki sejati.
Contoh diskriminasi yang lain ialah bila kita tengok lelaki
hodoh kahwin dengan perempuan cantik, kita akan cakap lelaki tu guna minyak
dagu or minyak guna2 untuk dapatkan perempuan tu tapi bila tengok Brad Pit
kahwin dengan Angelina Jolie, kita cakap ini baru sesuai.. Sepadan sama cantik
sama lawa.. Kenapa perlu berlaku diskriminasi? Perempuan cantik tak semestinya
untuk lelaki kacak dan lelaki kacak juga tak semestinya untuk perempuan cantik.
Banyak lagi contoh diskriminasi yang aku nak bagi tapi kalau
nak bagi satu persatu, rasanya sampai esok pon tak habis sebab banyak sangai
situasi diskriminasi ni berlaku dalam kehidupan kita. Kita memang tak dapat elak
daripada berprasangka buruk terhadap sesuatu tapi kita dapat cuba untuk mengurangkan
prasangka buruk kepada sesuatu itu ke tahap minima yang boleh.
Psssssttttttttttt : Kepada seluruh masyarakat cina, Happy
Chap Goh Mei.. :)
28 ulasan:
nice entry abg^^
'lelaki tu guna minyak dagu or minyak guna2 untuk dapatkan perempuan tu'..haha. okey ni kelakar,
yes setuju dgn zwan, diskriminasi tu perlu diminimakan, mungkin ke tahap yang paling minimum..
hahaha ad ke ptt mnyk dgu ..mmg klaka..
GBM setuju. Zaman sekarang selalu sangat dah terdedah dengan gejala diskriminasi. Petanda akhir zaman? mungkin. Wallahualam.
terbaik ah entri pasal diskriminasi ni, tapi itulah jugak antara situasi yang kita lalui dan terbiasa.hehe
pengaruh persekiratan mungkin yang mempengaruhi judgement kita.
^^
Oh....I love this blog post...kalau nak tulis pasal discrimination... memang tak cukup satu blog post hehe..... baguslah ada blogger yang ada kesedaran seperti ini...keep it up Zwan!
perghh..mmg btol lh..dmna mna ade jer diskriminasi nie..huhu..
sgt setuju dgn entry ni weh...
well said zwan. well said :)
btl... stuju...
entri saya hr ni juga berkaitan
Yes. Diskriminasi memang dah jadi kebiasaan . And ayt last pasal untuk meminimakan diskriminsi tu setuju,. Nk elak trus memng susah, tapi kalau cuba, lama2 akan kurang :)
kiri kanan depan belakang diskriminasi
diskriminasi ada kebaikan ada keburukan juga..cuma bagaimana kita menggunapakainya..
kuatmerayau.blogspot.com
twinsresourcesmgt.blogspot.com
diskriminasi boleh menjatuhkan org lain.. hmm
baca tajuk entry nie tetiba teringat lagu bunkface ade perkataan nie . hehe . nice entry :D
#psssttt : kurangkan prasangka buruk ke tahap yang paling paling paling minima :)
hari2 ada diskriminasi zwan
kenapa org diskriminasi aku sebab aku sepet?? kah3...
diskrimisasi.. hal yg tidak sepatutnya berlaku dlm golongan masyrakat kita.. but ianya seperti lumrah kehidupan..
diri sendiri pon pernah merasainya.. sedih sgt..
salam ziarah dr Frankfurt hehe
aku xnk wish gong xi fat choi ke? :p
dalam diam , sebenarnya kita semua pernah men-diskriminasi . hm cane nak elak semua tu eh ? astaghfirullah
tiada yang paling adil, melainkan allah yang Maha Adil..
yes betul tu..aku selalu kot melakukan diskriminasi ni kat kg. terutama pada kucing kat umah..yg kucing kg aku bg makn nasi je yang kucing bandar tu aku bgi makn origin huahua..balik kg kne minta maaf ni
diskriminasi menjatuhkan aku..reputasi kini mnjadi bisu.. sila sambung!!!
kan. banyakkan jenis2 diskriminasi ni. sebab kita selalu berbicara dalam hati dengan diri sendiri tentang sesuatu hal...dengan mudah kita tetapkan apa yg kita nampak tu begitu yang ni begini.
entahla,masyarakat kita selalu thinking negative
diskriminasi berlaku disebabkan wujudnya streotaip dlm kalangan kita-kita ni. mungkin terhapusnya streotaip maka terhapus jugalah diskriminasi ni. mana tahu an..
pendek kata , kita kena selalu bersangka baik dengan orang. malangnya , saya sendiri selalu tewas dan adakalanya berlaku diskriminasi ini.
Catat Ulasan