Pages

Jumaat, 22 Mac 2013

Pengalaman di Rumah Orang Tua

Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak.


Assalammualaikum dan salam satu dunia.. Hari ni aku nak cerita pengalaman aku di rumah orang tua.. Pengalaman ni mungkin pengalaman yang terakhir atau mungkin juga pengalaman selama lamanya aku di sana.  Bertarikh 17 March 2013 iaitu ahad lepas, aku telah menyertai Program Penilaian Kompetensi under Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 di Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak. Actually program ni adalah sebagai langkah yang diambil oleh SPA untuk menilai calon2 jawatan tersebut sebelum dipanggil temuduga. Walaupun aku bakal menggenggam segulung ijazah, tapi rasanya tak salah kalau aku cuba untuk apply kerja di peringkat diploma dahulu sebab bagi aku, mula bekerja daripada peringkat bawah lebih bagus berbanding bekerja terus daripada atas. At least we can know the responsibility setiap level pekerja. So, kalau dah jadi boss nanti, kita dah dapat faham situasi pekerja2 kita di setiap peringkat.


Okay, berbalik kepada rumah orang tua tadi, for surelah salah satu aktiviti yang akan dinilai ialah the way we entertain penghuni rumah orang tua tersebut. Ada 4 buah rumah yang perlu kami masuk and entertain. Rumah pertama ialah rumah warga emas lelaki terlantar/sakit. Memang perlukan kesabaran mental yang kuat sebab most of penghuni kat situ adalah sakit and tak boleh berjalan. Ada jugak yang nyanyuk and sebahagian tu kalau cakap memang payah nak faham apa yang cuba disampaikan. Mula2 tu macam2 aku fikir samada aku mampu ataupun tidak untuk menjaga insan2 yang istimewa tersebut. Alhamdulillah, hari ini aku dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berbakti kepada mereka seandainya aku terpilih untuk menjawat jawatan tersebut.


Rumah ke-2 pulak ialah rumah warga emas lelaki sihat. Rumah kedua ni mungkin tak banyak masalah sebab most of residents kat rumah yang ke-2 ni semuanya boleh bergerak sendiri and ramah tamah. Seronok melayan karenah2 dan pengalaman2 yang disampaikan oleh atok2 kat sana.. Tiba2 teringat kat arwah tokwan aku.. Arwah tokwan aku pon suka bercerita jugak kat aku.. Tentang zaman britishla, zaman jepunla, sekolah di Penang Free lah, sekolah dengan P Ramlee lah and lain2 lagi sampai kadang2 tu aku dah boleh hafal skrip and cerita yang arwah tok wan aku nak sampaikan.. Miss that moment so much..


Rumah yang ke-3 pulak ialah rumah warga emas wanita terlantar/sakit. Same situation dengan rumah yang pertama tadi sebab penghuni2 di sini jugak terlantar sakit and sukar untuk berjalan and ada yang dah nyanyuk. Cuma bagi aku rumah yang ke-3 ni mungkin paling mencabar la untuk aku sebab jantina yang berbeza.. Kadang2 rasa malu jugak bila terpandang benda2 yang tak sepatutnya tapi bila dah pikul tanggungjawab, kita kena buang jauh2 perasaan malu tu sebab niat kita untuk membantu.. So far nenek2 kat sini termasuk Chinese and Indian memang happy bila kami datang sebab depa dapat luahkan perasaan depa.. Walaupun ada cerita yang disampaikan aku kurang faham, tapi layan je lah.. At least depa dapat release tension dengan masalah yang dihadapi. 


Rumah yang ke-4 pula ialah rumah warga emas wanita sihat. Alhamdulillah, sini tiada masalah sangat sebab majoritinya sihat walafiat. Yang bestnye, depa jugak tak kisah untuk berkongsi cerita2 depa. Walaupun kadang2 jelas kelihatan kesakitan dan penderitaan yang dihadapi but they still can give us a big smile. Tiba2 teringat dekat arwah mak tok aku.. Dulu masa kecik2, mak tok aku la yang jaga aku tapi umur arwah mak tok aku tak panjang and aku tak berpeluang nak berbakti jaga arwah mak tok aku balik..


For the last session, ada seorang pegawai mengingatkan kami bahawa kalau nak kerja glamour and bergaya sentiasa, rumah kebajikan bukanlah tempat yang sesuai. Beliau jugak turut mengingatkan kami supaya fikir masak2 untuk menjawat jawatan tersebut sebab bila dah menjawat jawatan tersebut, kita akan mudah dapat pahala and pada masa yang sama mudah jugak masuk neraka. Bagi aku sendiri, walaupun aku ni memang fashionable suka bergaya tapi aku bersedia untuk menukar penampilan aku. Bekerja di rumah kebajikan adalah sesuatu kerja yang mulia. At least bila dapat kerja di sana, aku akan lebih menghargai parents aku and aku jugak akan lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaga parents aku kalau depa dah tua and sakit nanti. The moment and experience that I got from Rumah Seri Kenangan Taiping sungguh berharga walaupun hanya seketika.

 
Pssssssttttttttt : Tahniah diucapkan kepada adik2 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.. Bagi adik2 yang dapat keputusan tak memuaskan, jangan kecewa sebab perjalanan masih jauh.. Mungkin kali ini bukan rezeki anda tapi esok lusa siapa yang tahu kan.. Good Luck! ;)

11 ulasan:

Dhiya Fariza berkata...

wow. jap wow. bangga dengan keputusan zwan dan respect dgn visi dan aim zwan. I wish you all the best in every path you're heading and about to head to. moga dapat jawatan tu sebab zwan nmpak sgt ready :D

zainatul abu bakar berkata...

Saya pon pernah melawat rumah org tua..berborak dengan mereka. satu pengalaman yang tak dapt dilupakan. anyway, moga awak dapat kerja tu ye. all the best :)

the Izudean berkata...

selalu program di rumah anak yatim, tak pernah lagi ke rumah orang tua. wish i day i'd be there as well. ^^

Mida Midot berkata...

alhamdulillah .
hope satu hari dapat buat charity event kat rumah orang tua .
saya dapat result stpm sem 1 tak nak tanya ?? hehe ^_^

khairul hassan berkata...

smoga apa yg kita buat di berkati Allah hendaknya

ieda immi berkata...

bestnya
kalau akak pun x akan lepaskan peluang utk ke rumah org tua @ anak2 yatim ..
seronok .. ;)

Arry Rennwood berkata...

Huhu..dulu masa sekolah dulu pernah stu class buat lawatan g rumah org tua..masih ingt lg stu saat bila Arry brbual dgn slah sorang org tua kt sna..how sad bila dgr crta dye..huhu..and a lot of pelajaran dpt kt sna.pling tk boleh dlupakan msa nk balik ada sorang mak cik tu nngis bila arry balik..huhu..

hanis ihsan berkata...

hohoho...inikah lelaki melayu terakhir?? hahaha. congratzz n all the best atas jalan yang dipilih. *thumbs up for u

maitimie berkata...

thumbs up! jarang dah nak jumpa kaum adam yang entertain dgn tugas yg mcm ni.papae pon.wish u all the best! :)

snf berkata...

wahh.baguslah.mesti seronok.kdg2 kita taberpeluang pun nak melawat ke rumah org tue.jd bila ada kesempatan mcm mcm nie kita guna.dn sy dpt rsakan penglman nie pasi yg plg beharga:-) semoga hr hr mndtg lebih baik.AMin.

zatielisma berkata...

haah..baru perasaan kalau x silap kita PAC sekali..sama group pas xtviti melawat org tua2...pas 2 KEMAS pun same kan...result dah kuar..mcm mna???