Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak.
Assalammualaikum
dan salam satu dunia.. Hari ni aku nak cerita pengalaman aku di rumah orang
tua.. Pengalaman ni mungkin pengalaman yang terakhir atau mungkin juga
pengalaman selama lamanya aku di sana.
Bertarikh 17 March 2013 iaitu ahad lepas, aku telah menyertai Program
Penilaian Kompetensi under Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk jawatan Penolong
Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 di Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak. Actually
program ni adalah sebagai langkah yang diambil oleh SPA untuk menilai calon2
jawatan tersebut sebelum dipanggil temuduga. Walaupun aku bakal menggenggam
segulung ijazah, tapi rasanya tak salah kalau aku cuba untuk apply kerja di
peringkat diploma dahulu sebab bagi aku, mula bekerja daripada peringkat bawah
lebih bagus berbanding bekerja terus daripada atas. At least we can know the
responsibility setiap level pekerja. So, kalau dah jadi boss nanti, kita dah
dapat faham situasi pekerja2 kita di setiap peringkat.
Okay, berbalik
kepada rumah orang tua tadi, for surelah salah satu aktiviti yang akan dinilai
ialah the way we entertain penghuni rumah orang tua tersebut. Ada 4 buah rumah
yang perlu kami masuk and entertain. Rumah pertama ialah rumah warga emas
lelaki terlantar/sakit. Memang perlukan kesabaran mental yang kuat sebab most
of penghuni kat situ adalah sakit and tak boleh berjalan. Ada jugak yang
nyanyuk and sebahagian tu kalau cakap memang payah nak faham apa yang cuba
disampaikan. Mula2 tu macam2 aku fikir samada aku mampu ataupun tidak untuk
menjaga insan2 yang istimewa tersebut. Alhamdulillah, hari ini aku dah bersedia
dari segi mental dan fizikal untuk berbakti kepada mereka seandainya aku
terpilih untuk menjawat jawatan tersebut.
Rumah ke-2 pulak
ialah rumah warga emas lelaki sihat. Rumah kedua ni mungkin tak banyak masalah
sebab most of residents kat rumah yang ke-2 ni semuanya boleh bergerak sendiri
and ramah tamah. Seronok melayan karenah2 dan pengalaman2 yang disampaikan oleh
atok2 kat sana.. Tiba2 teringat kat arwah tokwan aku.. Arwah tokwan aku pon
suka bercerita jugak kat aku.. Tentang zaman britishla, zaman jepunla, sekolah
di Penang Free lah, sekolah dengan P Ramlee lah and lain2 lagi sampai kadang2
tu aku dah boleh hafal skrip and cerita yang arwah tok wan aku nak sampaikan..
Miss that moment so much..
Rumah yang ke-3
pulak ialah rumah warga emas wanita terlantar/sakit. Same situation dengan
rumah yang pertama tadi sebab penghuni2 di sini jugak terlantar sakit and sukar
untuk berjalan and ada yang dah nyanyuk. Cuma bagi aku rumah yang ke-3 ni
mungkin paling mencabar la untuk aku sebab jantina yang berbeza.. Kadang2 rasa
malu jugak bila terpandang benda2 yang tak sepatutnya tapi bila dah pikul
tanggungjawab, kita kena buang jauh2 perasaan malu tu sebab niat kita untuk membantu..
So far nenek2 kat sini termasuk Chinese and Indian memang happy bila kami
datang sebab depa dapat luahkan perasaan depa.. Walaupun ada cerita yang
disampaikan aku kurang faham, tapi layan je lah.. At least depa dapat release
tension dengan masalah yang dihadapi.
Rumah yang ke-4
pula ialah rumah warga emas wanita sihat. Alhamdulillah, sini tiada masalah
sangat sebab majoritinya sihat walafiat. Yang bestnye, depa jugak tak kisah
untuk berkongsi cerita2 depa. Walaupun kadang2 jelas kelihatan kesakitan dan
penderitaan yang dihadapi but they still can give us a big smile. Tiba2
teringat dekat arwah mak tok aku.. Dulu masa kecik2, mak tok aku la yang jaga
aku tapi umur arwah mak tok aku tak panjang and aku tak berpeluang nak
berbakti jaga arwah mak tok aku balik..
For the last
session, ada seorang pegawai mengingatkan kami bahawa kalau nak kerja glamour
and bergaya sentiasa, rumah kebajikan bukanlah tempat yang sesuai. Beliau jugak
turut mengingatkan kami supaya fikir masak2 untuk menjawat jawatan tersebut
sebab bila dah menjawat jawatan tersebut, kita akan mudah dapat pahala and pada
masa yang sama mudah jugak masuk neraka. Bagi aku sendiri, walaupun aku ni
memang fashionable suka bergaya tapi aku bersedia untuk menukar penampilan aku.
Bekerja di rumah kebajikan adalah sesuatu kerja yang mulia. At least bila dapat
kerja di sana, aku akan lebih menghargai parents aku and aku jugak akan lebih
bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaga parents aku kalau depa dah tua and
sakit nanti. The moment and experience that I got from Rumah Seri Kenangan
Taiping sungguh berharga walaupun hanya seketika.
Pssssssttttttttt : Tahniah diucapkan kepada adik2 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.. Bagi adik2 yang dapat keputusan tak memuaskan, jangan kecewa sebab perjalanan masih jauh.. Mungkin kali ini bukan rezeki anda tapi esok lusa siapa yang tahu kan.. Good Luck! ;)
11 ulasan:
wow. jap wow. bangga dengan keputusan zwan dan respect dgn visi dan aim zwan. I wish you all the best in every path you're heading and about to head to. moga dapat jawatan tu sebab zwan nmpak sgt ready :D
Saya pon pernah melawat rumah org tua..berborak dengan mereka. satu pengalaman yang tak dapt dilupakan. anyway, moga awak dapat kerja tu ye. all the best :)
selalu program di rumah anak yatim, tak pernah lagi ke rumah orang tua. wish i day i'd be there as well. ^^
alhamdulillah .
hope satu hari dapat buat charity event kat rumah orang tua .
saya dapat result stpm sem 1 tak nak tanya ?? hehe ^_^
smoga apa yg kita buat di berkati Allah hendaknya
bestnya
kalau akak pun x akan lepaskan peluang utk ke rumah org tua @ anak2 yatim ..
seronok .. ;)
Huhu..dulu masa sekolah dulu pernah stu class buat lawatan g rumah org tua..masih ingt lg stu saat bila Arry brbual dgn slah sorang org tua kt sna..how sad bila dgr crta dye..huhu..and a lot of pelajaran dpt kt sna.pling tk boleh dlupakan msa nk balik ada sorang mak cik tu nngis bila arry balik..huhu..
hohoho...inikah lelaki melayu terakhir?? hahaha. congratzz n all the best atas jalan yang dipilih. *thumbs up for u
thumbs up! jarang dah nak jumpa kaum adam yang entertain dgn tugas yg mcm ni.papae pon.wish u all the best! :)
wahh.baguslah.mesti seronok.kdg2 kita taberpeluang pun nak melawat ke rumah org tue.jd bila ada kesempatan mcm mcm nie kita guna.dn sy dpt rsakan penglman nie pasi yg plg beharga:-) semoga hr hr mndtg lebih baik.AMin.
haah..baru perasaan kalau x silap kita PAC sekali..sama group pas xtviti melawat org tua2...pas 2 KEMAS pun same kan...result dah kuar..mcm mna???
Catat Ulasan