Pages

Selasa, 12 Februari 2013

Ibu Paling Muda Di Dunia

Lina Medina. Ibu termuda di dunia.


Assalammualaikum dan Selamat hari selasa.. Kepada yang masih cuti tu, selamat bercuti dan kepada yang dah start kerja or kelas hari ni, selamat menunaikan tanggungjawab ampa semua. Okay, aku ada cari serba sedikit informasi mengenai wanita paling muda yang hamil ni sebab aku rasa kes dia agak unik and macam tak masuk dek akal walaupun realitinya memang telah disahkan oleh badan yang bertauliah..  Biasala, kuasa tuhan tiada satu pun yang mustahil.



Lina Medina. Itulah nama wanita yang telah memegang rekod sebagai wanita paling muda hamil di dunia semenjak tahun 1939 sehinggalah pada saat ini. Lina Medina dilahirkan di Ticrapo, Peru pada  27 September 1933.  Lina Medina telah mencetuskan kontroversi apabila melahirkan bayi lelaki seberat 2.7 Kilogram di mana ketika itu Lina Medina masih lagi berumur 5 tahun 7 bulan dan 17 hari. Bayi lelaki itu diberi nama Gerardo.  Nama Gerardo diambil sempena nama doktor yang menyambut kelahiran bayi Lina Medina iaitu Dr. Gerardo Lozada.



Malang bagi Lina Medina kerana sehingga hari ini masih tiada bukti yang menunjukkan siapakah penyebab kehamilan Lina Medina walaupun pada mulanya bapa kandung Lina Medina ditahan sebagai suspek tapi akhirnya dilepaskan akibat kekurangan bahan bukti.  Semasa Lina Medina mengandung, keluarganya menyangka Lina Medina menghidap penyakit barah perut tapi apabila dibawa ke hospital, doktor mengesahkan bahawa Lina Medina mengandung 7 bulan. Hasil kajian perubatan ke atas Lina Medina, didapati bahawa Lina Medina sudah akil baligh iaitu mengalami period semenjak usia 3 tahun.



Berbicara mengenai anak Lina Medina iaitu Gerardo, semasa proses pembesaran Gerardo, Gerardo menyangka bahawa Lina Medina adalah kakak dia dan apabila Gerardo berusia 10 tahun, baru dia tahu bahawa Lina Medina ialah ibu kandungnya. Gerardo meninggal dunia semasa dia berusia 40 tahun pada tahun 1979. Gerardo meninggal dunia akibat penyakit sumsum tulang. Bagaimanapun ibu Gerardo iaitu Lina Medina masih hidup sehingga hari ini dan usianya sekarang ialah 79 tahun dan dia dipercayai menetap di Lima, Peru.






Psssssstttttttttt :  Baucar Buku 1 Malaysia telah pun diedarkan kepada seluruh pelajar UiTM. Bagi pelajar ijazah yang masih bercuti semester sekarang, baucar buku 1 Malaysia tersebut boleh dituntut di mana mana cawangan UiTM yang berdekatan dengan menunjukkan kad pelajar dan kad pengenalan di kaunter pejabat kewangan.

27 ulasan:

ezyra daniel berkata...

smpai sekarang ke dorang tk taw pe punca dia mengandung ya??hmmmmm seram laa plak zyra....

Qaseh Hafizah berkata...

Ada ka period umur 3 tahun? Bunyi pelik sja pun.

Zul n Azizi Boarding Pets berkata...

Assalamualaikum...

Pelik gak kalau mengandung tanpa punca....Biasalah manusia bila dah berlaku perkara sebegini, masing-masing tidak kan mengaku bersalah...hmmm...begitu juga dgn dunia zaman skrg ni :-p...

Katak Comel berkata...

pelik bin ajaib..
huhu

enchik skudap skudip berkata...

eh . memang pelik . o.o?

Mida Midot berkata...

emm okay .... pelik tapi benar .

Misz Nad berkata...

baru tau pasal ni.. erm... pelik kan...tp bagaimanapun tiada yang mustahil dekat dunia ni ... cume tu lah.. tak dapat bayangkan :(

::MiszNadea::

iKhRam berkata...

anehnyer
tp benar

kalau la dpt tau pasal sapa punca lina ni hamil
bgtauu saya yer..

Arry_RennwoodBlogerBoy berkata...

wahhh..ini smua keajaiban Tuhan..huhu..bykn masa muda bgtu dia mengandung..hnya ksbaran dan tawakal jer prlu..huhu..

Baucar buku utk UITM dh ade?..yeayy..bgslh lau cm tu..huhu..:D..

Dhiya Fariza berkata...

wowwwwwww. they should some interview with her since shes still alive

fahmi mislan berkata...

adoi...mcm2 dunie nie...!

NadiRah berkata...

mana aci Uitm x masok blajaq lagi....!

Cikgu Fikri berkata...

haah.. smpai skrg rasanya tak prnh diberitahu punca kehamilannya.. paperpown rezeki dari Allah S.W.T kan?
btw,,, dah amik baucer buku dh ker? aq pun ada byk list buku nk beli..huhu :)

Aien Alien berkata...

sangat muda jadi ibu pada umur 5 tahun. tapi tak tahu siapa bapanya...jeng jeng jeng. Lina Medina misti tahu kot. tapi ntah la dia kecik sangat masa tu mana nak faham sangat ek.

Cikgu Fikri berkata...

TAHNIAH! Zwan telah berjaya menerima anugerah cemerlang cikgu fiq.. Anugerah cemerlang subjek Lukisan kejuruteraan.. huhu :)

http://cikgufiq.blogspot.com/2013/02/top-10-penerima-hari-anugerah-cemerlang.html

Phat berkata...

Allah Maha Besar Kan

Wan Ahmad Izudean berkata...

erk. unik dan pelik.huhu

Hidayatul Afzam berkata...

ea? Pelik bebenor critenye. Awal betoi dye period, 3 tahun =,=

Lyaa Suriany berkata...

OMAK aih
kagum ni .
5 thn dah peknen

ieda immi berkata...

aduhh kuasa allah ..
x dpt bayangkan kan huhuh

allah maha kuasa .. kun fa ya kun !

Aku Penghibur berkata...

wow terkejut bce .. betul ke nie ?

Cik Tia berkata...

serius muda! macam kakak dengan adik kot ..

psst , saya dah tak sabar nak ambil baucer buku .. hehe :)

Nmg Norizan berkata...

wah.. kuasa Allah, baligh di usia muda, mengandung dan beranak..

Zamani Abe berkata...

hmm.. misteri yg blm terungkai

inche hlovate berkata...

dasyat erk period umur 3 thun

Etuza Ezawarna berkata...

agaknya ibu kecil tu tahu sebenarnya siapa pelakunya. Inilah dunia sarat dengan tipu daya. memang sejak nabi adam dah berlaku perkara ganjil akibat perbuatan manusia..jauhlah perkara semacam ini di Malaysia. amin

Tanpa Nama berkata...

[p]I’ve got to put cream on for each [url=http://www.clarisoniccanadaoutlets.com]cheap clarisonic outlet
[/url] hour it looks like and flaky and blue . B u t i s i t w o r t h [url=http://www.clarisoniccanadaoutlets.com]clarisonic[/url] i t ? A b s o l u t e l y . Since the skin is totally cleansed and rid off impurities, [url=http://www.clarisoniccanadaoutlets.com]clarisonic canada outlet[/url] the moisturizer is very easily soaked up into the skin . Since then, it’s been a bit of a vicious circle: use Clarisonic for a few weeks, get spots on cheeks, feel like screaming/crying hot salty real tears/stamping tiny feet repeatedly in dramatic beauty-fuelled strop, stop using Clarisonic for a few weeks until the spots bugger off, decide spots must now be gone for good, use Clarisonic for a few weeks … repeat ad nauseum . The tone, texture, and glow of the skin are [url=http://www.clarisoniccanadaoutlets.com]clarisonic mia canada[/url] noticeably improved by the Clarisonic Mia . It can also be quicker and is more effective than using a face washer [url=http://www.clarisoniccanadaoutlets.com]clarisonic mia outlet[/url] or cotton pads to take away a cleansing lotion . When using it on the clarisonic brush nose area, it may also feel a bit uncomfortable or ticklish at first.[/p]