Lina Medina. Ibu termuda di dunia.
Assalammualaikum dan Selamat hari selasa.. Kepada yang masih
cuti tu, selamat bercuti dan kepada yang dah start kerja or kelas hari ni, selamat
menunaikan tanggungjawab ampa semua. Okay, aku ada cari serba sedikit informasi
mengenai wanita paling muda yang hamil ni sebab aku rasa kes dia agak unik and
macam tak masuk dek akal walaupun realitinya memang telah disahkan oleh badan
yang bertauliah.. Biasala, kuasa tuhan
tiada satu pun yang mustahil.
Lina Medina. Itulah nama wanita yang telah memegang rekod
sebagai wanita paling muda hamil di dunia semenjak tahun 1939 sehinggalah pada
saat ini. Lina Medina dilahirkan di Ticrapo, Peru pada 27 September 1933. Lina Medina telah mencetuskan kontroversi
apabila melahirkan bayi lelaki seberat 2.7 Kilogram di mana ketika itu Lina
Medina masih lagi berumur 5 tahun 7 bulan dan 17 hari. Bayi lelaki itu diberi
nama Gerardo. Nama Gerardo diambil
sempena nama doktor yang menyambut kelahiran bayi Lina Medina iaitu Dr. Gerardo
Lozada.
Malang bagi Lina Medina kerana sehingga hari ini masih tiada
bukti yang menunjukkan siapakah penyebab kehamilan Lina Medina walaupun pada
mulanya bapa kandung Lina Medina ditahan sebagai suspek tapi akhirnya
dilepaskan akibat kekurangan bahan bukti. Semasa Lina Medina mengandung, keluarganya
menyangka Lina Medina menghidap penyakit barah perut tapi apabila dibawa ke
hospital, doktor mengesahkan bahawa Lina Medina mengandung 7 bulan. Hasil
kajian perubatan ke atas Lina Medina, didapati bahawa Lina Medina sudah akil baligh
iaitu mengalami period semenjak usia 3 tahun.
Berbicara mengenai anak Lina Medina iaitu Gerardo, semasa
proses pembesaran Gerardo, Gerardo menyangka bahawa Lina Medina adalah kakak
dia dan apabila Gerardo berusia 10 tahun, baru dia tahu bahawa Lina Medina
ialah ibu kandungnya. Gerardo meninggal dunia semasa dia berusia 40 tahun pada
tahun 1979. Gerardo meninggal dunia akibat penyakit sumsum tulang. Bagaimanapun
ibu Gerardo iaitu Lina Medina masih hidup sehingga hari ini dan usianya
sekarang ialah 79 tahun dan dia dipercayai menetap di Lima, Peru.
Psssssstttttttttt :
Baucar Buku 1 Malaysia telah pun diedarkan kepada seluruh pelajar UiTM.
Bagi pelajar ijazah yang masih bercuti semester sekarang, baucar buku 1
Malaysia tersebut boleh dituntut di mana mana cawangan UiTM yang berdekatan
dengan menunjukkan kad pelajar dan kad pengenalan di kaunter pejabat kewangan.
25 ulasan:
smpai sekarang ke dorang tk taw pe punca dia mengandung ya??hmmmmm seram laa plak zyra....
Ada ka period umur 3 tahun? Bunyi pelik sja pun.
Assalamualaikum...
Pelik gak kalau mengandung tanpa punca....Biasalah manusia bila dah berlaku perkara sebegini, masing-masing tidak kan mengaku bersalah...hmmm...begitu juga dgn dunia zaman skrg ni :-p...
pelik bin ajaib..
huhu
eh . memang pelik . o.o?
emm okay .... pelik tapi benar .
baru tau pasal ni.. erm... pelik kan...tp bagaimanapun tiada yang mustahil dekat dunia ni ... cume tu lah.. tak dapat bayangkan :(
::MiszNadea::
anehnyer
tp benar
kalau la dpt tau pasal sapa punca lina ni hamil
bgtauu saya yer..
wahhh..ini smua keajaiban Tuhan..huhu..bykn masa muda bgtu dia mengandung..hnya ksbaran dan tawakal jer prlu..huhu..
Baucar buku utk UITM dh ade?..yeayy..bgslh lau cm tu..huhu..:D..
wowwwwwww. they should some interview with her since shes still alive
adoi...mcm2 dunie nie...!
mana aci Uitm x masok blajaq lagi....!
haah.. smpai skrg rasanya tak prnh diberitahu punca kehamilannya.. paperpown rezeki dari Allah S.W.T kan?
btw,,, dah amik baucer buku dh ker? aq pun ada byk list buku nk beli..huhu :)
sangat muda jadi ibu pada umur 5 tahun. tapi tak tahu siapa bapanya...jeng jeng jeng. Lina Medina misti tahu kot. tapi ntah la dia kecik sangat masa tu mana nak faham sangat ek.
TAHNIAH! Zwan telah berjaya menerima anugerah cemerlang cikgu fiq.. Anugerah cemerlang subjek Lukisan kejuruteraan.. huhu :)
http://cikgufiq.blogspot.com/2013/02/top-10-penerima-hari-anugerah-cemerlang.html
Allah Maha Besar Kan
erk. unik dan pelik.huhu
ea? Pelik bebenor critenye. Awal betoi dye period, 3 tahun =,=
OMAK aih
kagum ni .
5 thn dah peknen
aduhh kuasa allah ..
x dpt bayangkan kan huhuh
allah maha kuasa .. kun fa ya kun !
wow terkejut bce .. betul ke nie ?
serius muda! macam kakak dengan adik kot ..
psst , saya dah tak sabar nak ambil baucer buku .. hehe :)
hmm.. misteri yg blm terungkai
dasyat erk period umur 3 thun
agaknya ibu kecil tu tahu sebenarnya siapa pelakunya. Inilah dunia sarat dengan tipu daya. memang sejak nabi adam dah berlaku perkara ganjil akibat perbuatan manusia..jauhlah perkara semacam ini di Malaysia. amin
Catat Ulasan