Pages

Jumaat, 11 Januari 2013

Minyak Dagu






Assalammualaikum dan Salam 2013.. Yeah! This is my first entry for this year.. SELAMAT TAHUN BARU.. Walaupun lambat wish tapi lebih baik daripada tak ucap langsung kan.. Late is better than never.. Okay semalam aku berkesempatan menonton filem “Minyak Dagu” di Jusco Bandar Perda.. Filem arahan Azhari Zain yang dilakonkan oleh Fezrul Khan, Fizo Omar, Yana Samsudin, Kartina Aziz, dan Maimon Talib ini ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia semenjak 3 Januari 2013..


Filem yang berunsur seram ini mengetengahkan amalan syirik yang dilakukan oleh masyarakat kita mengenai penggunaan minyak dagu yang akhirnya memakan diri sendiri. Filem yang memakan 1 jam 22 minit tempoh tayangan ini bagi aku berjaya membawa para penonton untuk bermain teka teki mengenai siapakah yang memulakan dan menggunakan minyak dagu tersebut.. Satu lagi kejayaan filem ini ialah dari segi pelakonnya yang melakonkan watak masing2 dengan begitu mantap terutamanya ialah Yana Samsudin yang berjaya memainkan emosi beliau dengan begitu cemerlang.



Walaubagaimanapun, bagi aku filem ini masih mempunyai sisi buruknya iaitu jalan cerita yang diketengahkan tidak cukup hebat untuk memantapkan lagi filem ni selain unsur2 seram yang cuba ditonjolkan juga tidak cukup untuk menakutkan para penonton.. Bila menonton filem ini, aku sebenarnya mengharapkan supaya filem ini sekurang kurangnya dapat buatkan aku terjerit or terkejut dengan adegan seram yang ditampilkan tapi malangnya, filem ini tak mampu untuk buat aku terjerit dalam pawagam. Apa2 pun, aku bagi 3 bintang untuk filem “Minyak Dagu”..






Psssssssttttttt : Tadi aku saja search pasai minyak dagu kat google.. Tapi apa yang mengejutkan, ada satu blog ni khas menjual minyak dagu.. pantang larang, cara penggunaan dan cara pembelian minyak dagu ini juga turut diterangkan.. Memang mengucap panjang la aku sebab macam tak percaya Minyak Dagu yang syirik ni sudah dikomersialkan dalam masyarakat kita dengan menggunakan teknologi terkini, HUHU…

21 ulasan:

fahmi mislan berkata...

bagus la ade ulasan...cdg bru nk g tgok esok..dari jual mnyk dagu bek jual mnyk urat..hehehe...

A a w e D o n d a e berkata...

great job! blog yang hebat mengulaskan tentang filem tempatan... One of the interesting blog in Malaysia... Teruskan buat entri yang lebih menarik selepas ini...

zizidiazora berkata...

3 bintang je zwan bagi..kalau macam tu tak payah tengok la..tunggu je download kt internet...

Minyak dagu dikomesialkan? pelik gak bunyinye.. ok nak search jgk lah hehehe....

Wan Ahmad Izudean berkata...

tak banyak cerita seram melayu yang betul2 takut..

cerita seram, aku more pada Thai punya movie..terbaik!

Miza Lee berkata...

Salam,,singgah+follow..btw nice blog,, dan sudi2 la dtg blog sye. :)

::FAIZ:: berkata...

minta dijauhkan

nulhazwany abdul malik berkata...

lepas ni ade plak like minyak dagu kt fb.
haish macam3 . benda2 karut ni pon nk ikut perkembangan teknologi. ^^


*lama gila xmelawat blog ni . . huhu

khairul hassan berkata...

ghost story lagi

Cikgu Fikri berkata...

aritu bru nk tgk ngan member.. last2 member aku ckp, tunggu org download jerk..so, tak jd tgk..huhu :)

ieda berkata...

wahh adik dah tgk ! ..
hurmm kalau yana selalunya x mengecewakan ;)

betul dik .. minyak dagu dah di komisialkan .. mgkin guna ramuan tradisional dan bukan haban syikir .. think positif ;)

Ezad Izzuddin berkata...

Kannnnnn , kurang best filem minyak dagu ni :)

Kaoshi berkata...

Selamat tahun baru. btw, nice short review ye. =)

Tumpang lalu.

Blog Saya: KaoshiDroid

Alif Haris berkata...

hish. gila dorang ni . minyak dagu promote lalu tenet. hahha. kau order ke ?

Dkna Abza berkata...

citer nia macam best tapi dkna tak tengok lagi :)

ejulz berkata...

mcm best je cite ni..

hazwan hairy berkata...

tgh siap2 nk g tgk la ni..hehehe

Princess Nusy berkata...

macam2 cerita skarang ni..kadang2 yang xpernah2 tau pun boleh tau..huhu ^^

Nida Husna berkata...

oh no. i dun like cite seram. kang nak g toilet pun takut :)

Faridzuan berkata...

Dah lama tak tengok cerita seram filem orang Melayu. Asal ada je adegan yang ada keluar hantu atau efek suara mengejut, dengan tak segan-silunya saya menjerit-jerit kerana ketakutan! Huhu. T______T

inche hlovate berkata...

baru tgok hari ni..tak best.. tapi betul la..mula tu tertye2 juga spe yg guna miyk dagu tu..

Edy Fee berkata...

kwn aku ckap best.tunggu nak download je la