Pages

Sabtu, 19 Januari 2013

Cara Untuk Tinggi Dengan Pantas



Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu.. Bila cakap pasai tinggi ni, ramai yang nak jadi tinggi.. Yela, kalau jadi tinggi, boleh jadi pramugara, boleh jadi model, boleh jadi polis, boleh main bola keranjang and boleh jadi macam2 lagi la.. Dengan ketinggian jugak, kita boleh raih keyakinan diri bila berhadapan di khalayak ramai.. Jalan pun rasa confident je.. Tapi macam mana nak tinggi dengan masa yang sekejap?



Haaa! Kalau ampa nak jadi tinggi dengan pantas, ampa kena la naik ke angkasa.. Jadi angkasawan macam Dr.SMS iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, HEHE.. Listen! Listen! Listen! Let me speak.. Tudiaaahhhh, HEHE.. Kalau ampa nak tau, menurut saintis pentadbiran aeronautic dan angkasa lepas kebangsaan (NASA), angkasawan di angkasa akan mengalami peningkatan ketinggian sebanyak 3 peratus semasa menjalani kehidupan dalam persekitaran mikro graviti. 



Maksudnya, orang yang mempunyai ketinggian 1.8 meter boleh mengalami pembesaran sehingga 5 cm ketika berada di orbit. Keputusan itu diperoleh selepas NASA mula menggunakan teknologi ultra bunyi untuk melihat dengan tepat perubahan yang berlaku kepada tulang belakang angkasawan ketika di ruang mikro orbit. So, konklusinya, kalau nak tinggi dengan cepat, tak payah buat rawatan laser or pembedahan tulang tapi pi la mohon jadi angkasawan.. Dapat naik angkasa dan pada masa yang sama dapat jadi tinggi, HEHE.. 





Psssssttttttt : Tahniah kepada Jozan di atas kejuaraan di Maharaja Lawak Mega 2012 semalam.. Btw, bagi sesiapa yang nak jadi bintang, bolehla ke ujibakat Bintang Mencari Bintang yang sedang berlangsung sekarang iaitu pada 19 Januari dan 20 Januari di Aeon Seberang Perai City..

23 ulasan:

~~Ticer Wann~~ berkata...

ok sekarang gak nk apply angkasawan.. :D

ezyra daniel berkata...

memang tak laa kalau nak jadi tinggi so kne jadi angkasawan hehe...

Wan Ahmad Izudean berkata...

wan,aku dengar biasanya kalau orang nak tinggi kena gayut kat monkey bar.

nampaklah senangnya nak jadi angkasawan tu kan.haha

wah, kalau aku sekarang 177+5 boleh jadi 182cm :)

Cikgu Fikri berkata...

hahaahahaha..
btol kata wan ahmad izudean tu...
aku pun slalu dgr yg kena gayut kt monkey bar or pokok..huhu

Azham Vsvc berkata...

amboi banyak duet nak pi angkasa nun hahahhaha! alhamdulillah, I bersyukur dgn ketinggian I sekarang :)

auni ismail berkata...

mesti wan naik angkasa kan..sbb 2 la tinggi...hehehe

Lady berkata...

nak tinggi2 bergayut atas pokok jelah. hahahaha, jimat

sabella mohamad berkata...

perghh bella baru tahu ni . ok cuti panjang sebagai lepasan spm ni boleh la berlatih skit-2 nak jadi angkasawan . hooyah !

zaty berkata...

haha.sy dah terlebih tinggi..170+. Okla kot tinggi sgt susah nak cari laki, lulz. ^^

khairul hassan berkata...

dulu lepas mandi ,selalu lompat2 dlm bilik ayaq..petua kwn bagi ..sbb tu aku tinggi kot

eimah siti berkata...

ala...kena jadi angkasawan ka baru leh tggi...huhu....btw, daiso charcoal mask tuu untuk blackhead...untuk clear kan pore2 yang ada kat muka...

NUARAHMAN berkata...

Akak aku dapat suami yang rendah daripada dia. Tapi aku tengok diorang ok je. Jadi tinggi bukan isu bagi sesetengah orang.

♥ cik_farah ♥ berkata...

o mak ai.. cmno nak apply jd angkasawan neh? nk jugak tinggi.. den nie dah la rendah.. huhuhuh...

ieda immi berkata...

erkk eh ..
biasanya akak dgr kena gayut !
ada cara lain lak ekke ;)

Hafizah Elmasry berkata...

dah cukup tinggi daH.

Ezad Skytech berkata...

oh...mcm tu ye nk jadi tinggi...lepas ni mesti ramai yg nak apply jadi angkasawan...hee~

hafiz berkata...

Aku kembali zwan sila lah menjdi pembaca tegar blog aku yer hahahahah

Liyana Zahim berkata...

Hahahaha.. Mmg jenuh la kalo cani carenye..

izfanora berkata...

haha.. cukup dh kot tinggi ni.. kang tinggi lagi encik suami rendah plak.. ops.. :P

GaRy™ berkata...

aku dah tinggi dah... x nak tinggi lagi.. T^T

Syaiful Izwan berkata...

perempuan boleh membesar (tinggi) sehingga umur 18 tahun sahaja

lelaki boleh membesar sehingga 21 tahun sahaja

lepas dari umur tu korang takkan meninggi lagi

so apa perlu dibuat adalah minum KALSIUM banyak2 sebelum umur tu..selesai masalah..

Cara Untuk Tinggi berkata...

Boleh gunakan alat tambah ketinggian http://www.tambahketinggian.com/index.php?ref=luv

Ingin Jadi Model berkata...

Kimi Height Increase Device Menambah Ketinggian adalah selamat, efektif, efisien/cekap, mudah dan jimat. Menggunakan kaedah refleksologi, sejenis kaedah serta petua untuk tinggi. Penyelidikan intensif telah dijalankan bagi revolusi teknologi cara menambah ketinggian dengan produk yang baru ini. Perkembangannya direkodkan dan telah diuji keberkesanannya oleh para saintis. http://www.tambahketinggian.com/?ref=luv