Pages

Ahad, 13 Januari 2013

Belajar Untuk Peperiksaan



Hai.. Ni hou ma? Semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang baik walaupun aku percaya bahawa kebanyakan di kalangan anda sekarang tengah “demam” peperiksaan terutamanya bagi pelajar2 degree di IPTA mahupun IPTS di Malaysia. Selamat berjuang para siswa dan siswi.. 



As university student, kadang2 aku rasa macam keliru dengan diri aku sendiri dan aku percaya ramai jugak yang senasib dengan aku.. Kebanyakan kita termasuk aku sendiri bila musim exam, baru dok kalut study sakan tapi bila dah habis exam, memori yang disimpan tadi habis di delete semuanya.. Bila habis exam, semua note dan buku habis dijual kepada junior seolah olah ilmu tersebut dah tak diperlukan lagi.. As a result, bila habis exam, bila ditanya soalan yang dah belajar pun macam blur nak jawab walhal result exam dapat A dalam subjek tu.. 



Apa gunanya kalau dalam slip peperiksaan dapat semua A dan cgpa sentiasa 4 flag kalau lepas grad dah tak ingat apa yang dah belajar dalam kelas. Sungguh rugi! Tapi itulah hakikatnya.. Budaya belajar hanya untuk peperiksaan dah sebati dengan hidup pelajar2 masa kini termasuklah diri aku sendiri. Pernah tak alami situasi macam kat bawah ni? 



Pak Mud : Ronaldo, hang dok buat apa lani? Dah keja ka dok blajaq lagi? 

Ronaldo : Saya baru je grad Pak Mud.. Dok tengah cari keja.. 

Pak Mud : Owhhh.. Hang ambik kos apa kat unibersiti? 

Ronaldo : Saya ambik kos Ijazah Sains Pentadbiran Pak Mud.. 

Pak Mud : Owhhh.. kos tu hang blajaq pasai apa? 

Ronaldo : Macam2 Pak Mud.. Kami blajaq prinsip perakaunan, politik, law, ekonomi, HR dan banyak lagi la Pak Mud.. Yang penting semua subjek tu saya dapat A tau.. (dengan nada bangga) 

Pak Mud : Tudiaahhhh, banyak naa ampa belajaq.. hang blajaq akaun kan?

Ronaldo : Ye Pak Mud.. 2 sem saya belajaq akaun.. Pasai pa? 

Pak Mud : Boleh dak hang buat kunci kira2 sat kat kedai Pak Mud ni? 

Ronaldo : Pak Mud, bukan saya takmau tolong Pak Mud buat kunci kira2 tu tapi saya dah lupa la lagu mana nak buat 

Pak Mud : Aiseyhmen, takkan hang tak reti kot? Kata dapat A? 

Ronaldo : Memangla Pak Mud tapi saya dah lupa.. 

Pak Mud : Sia2 dapat segulung ijazah kalau tak dapat nak praktikkan ilmu tersebut.. 

Ronaldo : Huk Huk Huk (MALU) 



So as moral of da story, janganla kita jadi macam Ronaldo tu.. Belajar hanya untuk peperiksaan hanya akan merugikan diri kita sendiri.. Jom kita ubah attitude kita.. Azam aku tahun 2013 ni, aku dah takmau belajaq untuk peperiksaan saja tapi aku nak belajaq untuk digunakan sepanjang hayat.. InsyaAllah.. 





Psssssttttttt : Bagi penduduk di negeri utara Malaysia terutamanya Penang, jangan lupa ke Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Penang pada hari ini untuk merasai sendiri cabaran Fear Factor selain dapat beramah mesra dengan barisan selebriti yang turut sama hadir di acara tersebut. Cabaran dan aktiviti Fear Factor berlangsung pada 12 dan 13 januari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.. Jom kita pakat pi Sunway Carnival Mall.. ;)

34 ulasan:

Faridzuan berkata...

Tak semua budak yang selalu cemerlang exam, dapat buat kerja di luar. Tak semua budak yang selalu markah corot exam tak ada peluang kerja di luar. ;)

Aien Not Alien berkata...

kan Zwan...lama dah perasan tang ni. ada segelintir pelajar kejarkan pencapaian atas slip keputusan tu. pulun habis hafal itu hafal ini untuk exam. habis exam terus lupa...jual note jual buku semua macam yg Zwan kata....rugi kan??

idah_shi berkata...

Ada pengalaman dr kawan sendiri, dia hafal je padahal tak paham pun bila mintak explanation..
Memang budak sekarang macam ni kot, nak compete with others. :O

Unknown berkata...

practikal lagi bagus kaaann..
tp skrg org tgk kat kertas, ada kelulusan... ununglaaah. hihih

vendoline berkata...

Pedas post ni.haaaaa hakikatdunia skrg...aku pon blaja berorientasikan peperiksaan je

ezyra taharin berkata...

ok fine ..entry y makan dlm...hahahaha... :D

zizidiazora berkata...

tu namanya belajar untuk lulus periksa bukannya belajar untuk jadi pandai...

KhairyynaZulkifli berkata...

sama! gilossss..terase u. hahahahaa..
tapi kadang2 macam benda yang buat neh tak patot sebenarnya tapi nak buat macm mana dah terbiasa. hahaaha..
wah! kna ikot azam zwan laa cmneh.. kehkehkeh :D

Unknown berkata...

yeahhh sokong, beljar bukan untuk exam untuk gunakan seanjng masa.. lagi2 mcm ayie nie yg bkl bergelar guru..

inche hlovate berkata...

haha terasa maaaa

Dhiya Fariza berkata...

tapi dalam bidang kerja dhiya in the future dhiya takleh nak belajar tu sekadar mementingkan result sebab melibatkan nyawa manusia dimasa akan datang. Alhamdulillah tak tergolong dikalangan pelajar yg belajar tuk lulus je

Zam berkata...

setuju dgn fakta yg diutarakan.. zam pun time last minit bru nak study betul2

Tanpa Nama berkata...

setuju tp kadang2 xtawu nak bt mcm mana. Sbb nak study betol2 utk praktik dlm kehidupan harian, rasa susah...sbb otak teringatkan nak kena antar keja b4 due date...so berkejar2. Mslh...camne ea? ade cadangan x utk org mcm sy ni?

Norzie hany berkata...

Setuju dgn en3 ni.

Tanpa Nama berkata...

itu pentingnya niat, even belajar bagai nak rak dekat exam..

before that kita still gi kuliah, belajar jugak. cuma tak mengulangkaji.hehe

::FAIZ:: berkata...

:) Ronaldo katenye

kurus berkata...

setuju dikk
bila kita kerja , carilah kerja yg boleh applykan apa yg kita belajar , rasanya semua tahu , tapi bila kita belajar lain , kerja lain ... rasa rugi je belajar dulu kan ;)

skrg nie ramai dah macam tuu , sampai x nak milih kerja kerana kerja dah payah nak dpt huhu

Blog Eazy Izzuddin berkata...

Rindu zaman study

Carlos Santiago berkata...

sbb blajar scara melulu..nk grad cpt..hbis grad duk tanam anggur..pastu rindu time belajar..

Bunda_nora berkata...

kalau kita dah berusaha, berdoa, tawakkal ..apa saja keputusan kita terima saja...

nurul syuhada berkata...

hehe . terasa plk . takpe yg pntg brusaha .

Dkna Abza berkata...

dkna pon sama gak..keliru.. next week dah kelas, makin keliru dengan kelas :)

Unknown berkata...

sistem pendidikan kita yang berasaskan peperiksaan menyumbang kepada situasi itu.. sama la.. sy pun cam tu..huhu.. realitinya bila dah kerja ni, tak de kena mengena langsung dengan kos amik kat u dulu.. HR vs PR.. bagai langit dengan bumi huhu

Scha Nazri berkata...

syaz setuju sebab syaz pun mengalami benda yang sama. cuma, buku2 syaz tak jual sebab maybe nak pakai time kerja nanti,.

Scha Nazri berkata...

syaz setuju sebab syaz pun mengalami benda yang sama. cuma, buku2 syaz tak jual sebab syaz nak pakai time kerja nanti. hew

Tanpa Nama berkata...

tadi exam..last paper 18hb..hehe..tau takpe..nak exam baru kalut study.. =P

BTS berkata...

mungkin itu ukuran kejayaan bagi mereka

Unknown berkata...

exam exam,,bila ipta / ipts mula sibuk dengan final,, ipg baru nak naik new sem,,ngee XD
banyak A maybe rezeki dia..

zaty berkata...

Maunya tak lupa kalau dah niat semata-mata nak exam. Hehe.
niat timba ilmu lillahita'ala.inshaAllah..berkat. :)

Sarah Nabila berkata...

sbb tu ilmu harus diamalkan..kalau tak mmg lupa semua..^_^

Unknown berkata...

setuju :) sebab tgk kwn2 sampai tak tido sb pulun buku2 tu.. act klau nak berjaya, kene la fhm niat kita..study bkn just nak lulus @ cemerlang dlm exam..tp untuk ilmu..ramai yg t'pesong niat sebenar dlm menuntut ilmu..niza pun dah lma sedar..tu la msa kat uni ni, baru nak praktikkan cra menuntut ilmu yg sebenar.

Sabella Mohamad berkata...

satu lagi , suka study last minit . so benda yg dibaca tu untuk short term memory je . bila lepas exam je , teruss tak ingat dah . hm

Ezad Skytech berkata...

kebanyakannya mmg byk yg macam ni..nak exam baru la terkedek2 nak study...da habis je final exam...semua note dicampak ke tepi...sekadar gred A kat transkrip je la...huhu~

Unknown berkata...

setuju weh! Kebanyakan daripada kita ni belajar secara rote-learning....hanya ingat apa yang perlu diingat untuk seketika waktu sahaja.....