Pages

Ahad, 7 Oktober 2012

Alahai Pemandu Teksi Malaysia



Taktau nak rasa bangga ataupun sedih bila Malaysia diiktiraf oleh LondonCabs.co.uk sebagai No.1 pemandu teksi paling teruk di dunia. Aduan banyak difailkan oleh pelancong2 dari Jepun, Timur Tengah dan Afrika. Aduan kebanyakannya melaporkan bahawa pemandu teksi tidak menggunakan meter, mengenakan cas berlebihan, membuat gangguan dan berperilaku biadap. Selain itu, Ratestogo.com, meletakkan pemandu teksi Kuala Lumpur sebagai nombor ketiga terburuk selepas Phnom Penh dan Jakarta. Aiseyh, voucher subsidi tayar dah diberikan kepada pemandu teksi tapi.... hurmmm.. :( 


Sebagai negara yang ke-9 di dunia paling digemari pelancong untuk melancong, situasi ini tidak sepatutya berlaku memandangkan salah satu sumber pendapatan Malaysia adalah sektor pelancongan. Pemandu teksi sepatutnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan menjaga tatasusila diri memandangkan depa merupakan duta Malaysia kepada pelancong2 yang datang melancong di Malaysia. Jika pemandu teksi tunjuk perangai yang tak elok kepada pelancong, ia sedikit sebanyak turut memberi perspektif buruk pelancong terhadap industri pelancongan serta rakyat Malaysia. Inilah yang dikatakan, kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. 


Bagi pendapat peribadi aku, aku memang setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh LondonCabs.co.uk yang menyatakan bahawa pemandu teksi di Kuala Lumpur tidak menggunakan meter dan mengenakan cas yang berlebihan sebab aku sendiri pernah terkena 2 kali ketika melawat Kuala Lumpur pada 2010. Kalau depa nak cas lebih or tak guna meter dekat pelancong asing tu satu hal la, ini aku terang-terangan muka student and rakyat Malaysia, itupun tergamak depa nak cas lebih kat aku jugak. Memang geram time tu tapi disebabkan aku macam rusa masuk kampong time tu, nak taknak, kena naik jugakla. 




Psssssttttttt : Tahniah diucapkan kepada para pemenang Anugerah Blockbuster semalam..

13 ulasan:

BTS berkata...

sepatutnya benda-benda cam gini dah boleh sttle lama dah kot..tp entahlah..masih tak selesai lagi

Tanpa Nama berkata...

hmmmm...saya xbrapa expose sgt dgn cra pemanduan dan tingkah laku pemandu teksi ni sbb slalunya sy nek bas jak

[k]o{q}i[n] berkata...

kalo nk citer pasal diorang, satu entri x cukup.. hari2 wat aku menyirap...

Sandra Azwan berkata...

sungguh memalukan!!

zizidiazora berkata...

macamana sekalipun kerajaan nak kena masuk campur juga dalam perkara ni kot baru la selesai masalah. mungkin diwujudkan undang2 baru khas untuk pemandu2 teksi...

Luqman Zakaria berkata...

betul cakap koqin...kalau nak citer pasal diorang satu entry memang x cukup~

Unknown berkata...

apa nak jadi dengan dreba dereba teksi ni, memalukan negara saja.

miss Fyqa berkata...

kena jaga imej negara gak.. huhu.. sabo je la..

Gillette Flores berkata...

Gill selalu naik cab.
Kebanyakan pemandu teksi ambil kesempatan pada org yg nampak macam tak biasa naik teksi - especially pelancong asing.
Mind set taxi driver ni, sebab pelancong senang ditipu dan byk duit rasanya. Dan mungkin mindset dorang, lepas pelancong tu balik kenegara dorang, habis di situ sahaja. Tapi kesannya, mcm sekarang ni lah - nama Malaysia popular sebab perkara yang tak baik.

Sedih!

Sop berkata...

harap pemandu teksi akan berubah
jika x der pelanggan, mereka juga yg susah kan?

Unknown berkata...

setuju sgt siot. mmg ada certain pemandu texi teruk gler. haish

LURZAN TAZA LIMAJ berkata...



anng nak tau dak pasaipa aku marah sgt kat ssth pemandu taxi nih :

1. malaih bagi signal
2. berenti ikut dan
3. keluaq pun ikut dan
4. suka cilok ikut dan

cukup la 4, aku mmg ngelak naik taxi, aku lg rela bgayut dlm bas ka dlm lrt ka drp naik taxi...


Unknown berkata...

cuba hantar post teksi zwan ni kat mana-mana newspaper publication, biar teksi-teksi malaysia ni sedaq sikit