Pages

Sabtu, 21 Julai 2012

Suntikan Ketika Berpuasa, Batal Atau Tidak?



Ingat tak masa zaman sekolah rendah dan zaman sekolah menengah kita dulu..? Masa tu beberapa kali nama kita akan dipanggil untuk menghadap doktor atau jururawat di bilik kesihatan untuk menerima suntikan imunisasi lah, suntikan HPV lah (untuk student perempuan), suntikan BCG lah, dan macam2 jenis suntikan lagilah. Bayangkan kalau kita menerima suntikan tersebut ketika sedang berpuasa.. Batal ke idok puasa kita tu?



Dalam Fiqhus Sunnah oleh Syed Sabiq, menerima suntikan adalah diharuskan dalam bulan Ramadhan, tidak kira sama ada melalui otot, pembuluh darah, kulit dan seangkatan dengannya. Ini disebabkan, jalan kemasukan ubat ini tidak melalui jalan biasa iaitu melalui mulut.



Dalam Fatawa Muasirat, Dr. Yusuf al-Qaradawi mengatakan, “Sudah jelas pada kita bahawa suntikan dengan pelbagai cara serta penggunaan ubat sisip, semuanya bukan melibatkan makan dan minum. Maksud ketetapan syariat berkaitan puasa adalah jelas, iaitu tidak makan,tidak minum, serta meninggalkan nafsu syahwat. So, tak perlulah menyusahkan pengertian puasa dengan menokok tambah perkara2 yang tak dinyatakan oleh Allah.



Ibnu Hazmin berkata, “Tidak batal berpuasa dengan memasukkan ubat ke dalam telinga, hidung ataupun saluran kencing”. Walaupun begitu, Syeikh bin Jibreen memberi amaran apabila suntikan itu mengandungi bahan2 makanan yang boleh menyegarkan pesakit dan bukannya ubatan, maka puasanya dihukum batal. Salam 1 Ramadhan.. ;)






Psssstttttttt : Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada kali ini.. Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua penganut agama Islam..



22 ulasan:

Joe_Hans berkata...

salam ramadhan zwan...

Tanpa Nama berkata...

salam ramadhan . nice sharing :)

Tanpa Nama berkata...

so suntik la tanpa was2.... nampaknya schedule suntikan aku selepas raya la....

PemilikCahaya berkata...

soalan ni pernah keluar dlm subjek pendidikan islam PMR 2005 kot x silap..kui3..hang ingat?

Unknown berkata...

slmt bpose.. hehehe.. ^^

Unknown berkata...

Selamat Menyambut Bulan Puasa...semoga puasa penuh tahun ini *eyh? hehehehe....

Teringat masa sekolah dulu senior2 kena suntikan BCG masa Darjah 6, tp bila sy da Darjah 6 tak kena yeay!

Tanpa Nama berkata...

Thanx for sharing Zwan, br aku tau.. Salam Ramadhan.. :)

vendoline berkata...

bagus zwan..ang buat mcm ni..terjawab beberpa persolan dlm puasa..ehhehe bulan post cmni

Luqman Zakaria berkata...

macam macam persoalan dalam bulan puasa zwan..selain suntikan..ramai yang tertanye2 samada kalau telan air liur tuh btal puasa ke tak dan lain2..

btw..salam ramadhan zwan!!

vendoline berkata...

mintak tolong
promote n sudi2 la join my 1st give away

http://edyfee.blogspot.com/2012/07/my-first-give-away.html

Unknown berkata...

kalau korek idung batal puasa x?

miss Fyqa berkata...

Tq sbb share Zwan. Berguna utk semua :)

Unknown berkata...

TQ zwan..info ni byk membantu kepada pesakit diabetis contohnya untuk mereka yang menggunakan insulin yg jenis cucuk.

*mesti mereka lega dgn keterangan ini.

aliza berkata...

yuppp info berguna sebab kekadang nak chek mengandung pon postpone sebab x mau p amik darah atau x mo test kandungan darah dlm gula... isshhhh

Miss Butterfly berkata...

kalau suntikan tu makanan kan zwan , alamat rramailah yang duk suntik menyuntik bulan pose ni kan? aiyoyoyooo ~


selain blog skrg, eyda bukak blog baru lagi 1, blog tentang kesihatan. jemput ye :)

http://herbalifesites.blogspot.com/

Admin berkata...

tq zwan atas info ini..selamat berpuasa

Liyana Zahim berkata...

gud sharin- t least lau org tnye taula bnda ni.. :)

Unknown berkata...

o0o0..blh ke? baru tau ni...hehe

vendoline berkata...

cari update baru

Mrs Nurul berkata...

thanx for sharing this =)

suesue berkata...

masyaAllah dah lama sgt tak dtg ke blog ni..semoga tuan blog baik2 saja :)

Mia Liana berkata...

memang dibenarkan.... islam itu tidak menyusahkan umatnya...