Pages

Selasa, 17 Julai 2012

Terengganu Hebat!



Terengganu meraih 62 pingat emas, 24 pingat perak dan 31 pingat gangsa sekali gus menobatkan negeri penyu ini sebagai juara Sukan Malaysia 2012 di Kuantan, Pahang. Kejuaraan Terengganu Darul Iman ini merupakan kejuaraan kali ke-4 yang berturut turut. Tahniah Terengganu!



Kejuaraan Terengganu untuk kali ke-4 berturut-turut di Sukan Malaysia ini membuktikan bahawa kemajuan sesebuah negeri mahupun populasi sesebuah negeri bukanlah pemangkin untuk bergelar juara. Jika dilihat daripada segi kemajuan, Terengganu tidaklah semaju Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Penang, Melaka mahupun Perak tapi jelas Terengganu mampu menewaskan negeri2 maju lain yang mampu menyediakan fasiliti sukan yang bertaraf international jika dibandingkan dengan negeri Terengganu.



Jika dilihat daripada sudut populasi penduduk pula, berdasarkan banci penduduk 2010, Terengganu hanyalah mempunyai populasi seramai 1,037,977 iaitu negeri ke-11 dalam senarai kepadatan penduduk. Walaubagaimanapun, Terengganu dapat membuktikan bahawa walaupun populasi penduduknya tidaklah seramai Selangor dan 9 lagi negeri yang mempunyai populasi melebihi negeri Terengganu, tetapi kejayaan tetap berjaya diukir.



Kejayaan Terengganu ini juga semestinyalah dapat menjadi perangsang untuk atlit2 Malaysia untuk menentang negara2 gergasi di dunia di pentas sukan antarabangsa. Walaupun Malaysia masih membangun, walaupun populasi Malaysia hanyalah 28 juta orang,walaupun Malaysia taklah besar mana, tapi tiada apa pun yang mustahil kerana Malaysia Boleh!




Psssssstttttttt : Tahniah juga diucapkan kepada Dato Fazley yang telah berjaya menjuarai MasterChef Selebriti musim pertama segali gus berjaya menyumbangkan dana sebanyak RM57,500 kepada Yayasan Jantung Malaysia.




8 ulasan:

::FAIZ:: berkata...

mmg dah agak yg dato fazly menang.... hehe

Cik tikah berkata...

ganu memang hebat. dahsyat woo dorang ni. suka dato fadzley menang :)

Tanpa Nama berkata...

Tahniah!

PemilikCahaya berkata...

selangor dulu pon juara bertahan..hai ntah kenapa dah jadi cmni..

Unknown berkata...

sangat gembira bila terengganu menang even asal selangor! oke la selangor no.2. tahniah2! memandangkan study kt terengganu, bila diorang menang, kami akan dapat cuti! :D insyaAllah. bole balik kmpg sempena puasa ni :D

DanieL AdiE berkata...

Tahniah TERENGGANU!

Zana Adieyza berkata...

thn depan harus melawat terengganu sbb 2013 adalah thn melawat terengganu!

tahniah TERENGGANU!

Miss Butterfly berkata...

ehemmm ! ping ping ping . orang ganu datang mengadap . hihihihi :p