Pages

Sabtu, 7 Julai 2012

Salah ke Jalan Lambat? Memang Salah Pun!



Kalau cakap bab berjalan ni, budaya orang Malaysia sendiri memang tak dinafikan yang majoritinya suka jalan lambat.. Jalan pun belenggang-lenggang kangkung, terhegeh-hegeh walaupun keadaan tengah genting or cemas.. Tahu tak, bila kita jalan lambat, secara tak langsung ia akan bagi impak negatif kat otak kita?



Kadang2 ada orang yang cuba kaitkan kepantasan berjalan dengan kemajuan sesebuah Negara. Ada yang cakap, masyarakat yang jalan pantas akan melahirkan Negara yang maju dan masyarakat yang jalan lambat akan melahirkan Negara yang kurang maju. Betul ke?



Tapikan, ada rasional or betoi jugak dengan cakap2 orang tu.. Cuba kita tengok masyarakat Jepun and masyarakat Eropah jalan macam mana and cuba tengok pulak kemajuan Negara depa macam mana.. Mungkin ampa tertanya-tanya kan, kenapa jalan lambat and jalan laju boleh bagi effect kat otak and apa kaitan masyarakat yang jalan laju dengan kemajuan Negara depa?



Haaaa, meh sini aku nak explain tentang keburukan jalan lambat ni.. Sebuah penyelidikan yang telah diadakan di Boston Medical Centre telah menemukan risiko penyakit dementia dengan jalan lambat. Dementia? Apa tu? Dementia tu sebenarnya sejenis penyakit di mana penghidap penyakit tersebut tidak dapat berfikir dengan baik dan tidak dapat beraktiviti dengan baik. So, bila dah tak boleh nak berfikir dengan baik, depa ni akan hilang kemampuan untuk selesaikan permasalahan and mudah beremosi.



Mengikut kajian tu jugak, orang yang berjalan lambat ni berisiko mengalami penurunan daya ingatan lebih teruk pada masa hadapan berbanding dengan orang yang jalan pantas. Langkah kaki kita sebenarnya boleh memberi petunjuk visual yang berhubungan dengan kondisi kesihatan kognitif. Sementara dementia merupakan penurunan fungsi yang disebabkan oleh kelainan yang terjadi pada otak.



Fakta lain jugak menunjukkan bahawa kalau kita berjalan selama 30 minit setiap hari dengan dengan kepantasan sederhana hingga laju dapat meningkatkan mood, membakar kalori, dan menurunkan tekanan.. Kalau mood dah ada, tekanan dah kurang, dapat berfikir dengan baik, tentulah jugak kita dapat mentadbir Negara dengan baik.. Bila Negara dah ditadbir dengan baik, maka maju la Negara tersebut.. So, Jom Jalan Pantas!





Psssssttttt : PAS nak buat hudud, UMNO nak buat hudud.. Bagus! Tapi jangan cakap2 kosong je.. Buktikan ye.. Bagi pihak aku sendiri, aku SOKONG.. Salam Sabtu.. ;)



37 ulasan:

cikORENsengaL berkata...

cepat x aku b'jln?he9

Salwa berkata...

Betul. Betul. Selagi sihat tubuh badan, jalan la cepat. I tengok contohnya orang kat Singapura dan Korea, semuanya bergerak dengan laju. Tak buang masa. :)

Edy Fee berkata...

alamak zwan sabri dah jadi blog politik..hudud pon hudud la

! Arjunakirana ! berkata...

ZWAN kalau dah mcm dalam gambar tu mmg patut la jalan lambat... heheheh :)

ezyra daniel berkata...

nice entry...
thanks share gan adx ea...
adoiii terasa lak zyra...
zyra jln plahan ke eh???
ehh yee kot
ehhtakk kot!!
hahahha penink :P

Nurul Husna Mohd Halim berkata...

ikut kemampuan la..tapi kalau part de meeting boleh berlenggang lenggok tu memang kene suruh anjing pengesan bau kejar baru laju sikit...hehehe

Azham Vosovic berkata...

Syukurlah...sbb aku sendiri mmg suka jalan cepat! kadang2 orang pun tak boleh nak kejar sbb da terbiasa dr kecik hehe....nak exercise katanya hehehehe

Nazrul Ashraff berkata...

ooo yah!! aku jalan laju sampai kawan aku bengang. tapi sekarang cuti 4 bulan, err, maka, tak berjalan sangat. huhu.

Cik tikah berkata...

geram sngt bila org nk cepat, org dpn jln mcm x mkn 1 thun. geram !

eszyamin berkata...

aku paling menyampah manusia cmni zwan oi..lagi2 bila kt tmpat sesak cm kt tgga ke kn..org nk jln cepat2 dek kerana ada sekumpulan manusia hegeh2 menghalang, terus kita pon sekali jd lambat..
dan berjalan laju atau cepat juga menunjukkan tahap mentaliti seseorang manusia..kata nk jadi warga malaysia mentaliti kelas pertama, jadi percepatkan langkahan and yer..

aku sokong juga hudud itu..xnk la hanya retorik nk PRU kan?

aniqbukhary berkata...

Betul 2.. Aku penah dengar fakta tentang cara jalan nie.. sbb 2 la skg aku jalan laju.. hehe

whitecappuccino berkata...

akak memang jalan laju..org selalu tegur..tp dah jadi habit..tak perasan.

miss Fyqa berkata...

klu sorg2 .fyqa konpem jln laju..klu slow tu..makna ikut rentak kwn2 la.. hehe. :D

ஜ miss klanika ஜ berkata...

bab jalan ni tatau ah laju ke tak tapi blogwalking mmg laju. hehe

sitihanisahali berkata...

kalau berkejar-kejar nk g klas,pastu lalu laluan yg sempit,pastu org depan jalan terkedek-kedek.adehhh memang geram.sabar je lah.sebab x sedar kadang-kadang diri sendiri pun mcm tu.buat org lain geram.hehe

luqman zakaria berkata...

geram tau kalau jalan lambat nih..

ieda berkata...

kalau org muda patut dikatakan salah .. tapi kalau org dah tua .. org tuuu BENGONG punye manusia !!!! ...

farot berkata...

byk kali mmbe tego kurgkn kelajuan bile brjalan.... tpi jln perlhan sgtlah memenatkan.....ngeeee

KiD berkata...

orang jepun jalan laju.. hehehee

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

start ESOK jalan laju jeee g ngajar..

DanieL AdiE berkata...

Tak suke jalan lambat..

Siti Arfah berkata...

Hmm sy sndiri pn mmg xske sgt tgk org jln lmbt2 ni...

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

klu dulu..bila jalan tu mmg lambat...

sejak dah keje.. bila jalan tu...semua nak cepat dan pantas... kejar masa..

masa itu emas.. :)

Edy Fee berkata...

encik abg...bila mau hupdate

hassy chan berkata...

oh my... ak jln lmbt kot...
pas nih nak pecut 80 km/h .. muahahahaaha

Aien Alien berkata...

memang suka berjalan pantas ni. tapi jadi geram bila partner jalan kaki kita jenis slow...sebab kita pun nak kena slow jugak. grrrr..

Eyda Syahida berkata...

eyda nk berjalan tgk mood dan masa . hahahaha


pssttt!!! kalo dating , xkn nk jalan laju2 kot ? hahaha :p

si kiut lavender berkata...

tudia..
xpernah terpikir pun effect jalan lambat jadik macam tuh

Edy Fee berkata...

cari update baru

~~Ticer Wann~~ berkata...

mak buyung cam Ticer pun jalan cepat... :D

khairul berkata...

jgn jln mcm pic tu sudah la zwan

Edy Fee berkata...

bila mau update wei

Fezul Fadhley berkata...

Lama dah x singgah blog nih... hihix..

etuza berkata...

blog anda hebat so follow n akan visit drop komen juga.tq ya

iekasub berkata...

pesanan ringkas utk semua, kalau tengah bejalan tu, intai2 orang belakang. kalau belenggang sangat, menghalang laluan. sekian terima kasih. sila jalan pantas cket :p

Husna berkata...

saya suka jalan laju2..kalah doktor2 kat hospital ni haha!

Tasha Aqisha berkata...

betul tu.. jln cepat bukan berlari.... hihi