Pages

Ahad, 1 Julai 2012

On Air Musim Pertama Terbitan Astro Tamat



Bagi yang tidak tahu, On Air merupakan sebuah program realiti tv terbitan Astro Ria untuk mencari pengacara pelapis yang serba boleh untuk mengacara program2 tv kelolaan Astro. On Air musim pertama telah melabuhkan tirainya pada jam 2 petang bertarikh 1 Julai dengan menyaksikan 4 peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir iaitu Hafizul Kamal, Hefny Sahad, Hassanal Bolqiah dan Harleena Pahlavy.



Juara On Air musim pertama berjaya diraih oleh Hafizul Kamal yang berjaya merangkul wang tunai RM20000, barangan eletrik bernilai RM5000, sebuah kereta Toyota Rush, dan berpeluang mengacara sebuah rancangan sendiri di Astro. Bagi aku, kemenangan Hafizul ni memang dah dapat dijangka apabila berjaya mengacara dengan baik dalam pengucapan awam secara spontan pada peringkat akhir.. Dia berjaya mengeluarkan fakta2 disamping menyelitkan sedikit jenaka. Cara pengacaraan dia pun bersahaja dan pandai main dengan kata2.. He deserves to win.. :)



Naib Juara On Air musim pertama pulak berjaya menjadi milik Hefny Sahad di mana dia membawa pulang wang tunai RM15000 serta barangan elektrik bernilai RM2000. Walaupun 2 minggu berturut turut Hefny Sahad berjaya muncul sebagai perantis terbaik dalam On Air tapi pada peringkat akhir, corak persembahan Hefny kelihatan sedikit hambar jika nak dibandingkan dengan Hafizul. Hefny mempunyai intonasi suara yang sedap tapi pergerakan yang terlalu over membuatkan penonton macam aku ni jadi pening.. Sat pi sana, sat pi sini. Apa2 pun, he did good job.. :)



Tempat ke-3 untuk On Air musim pertama ini jatuh kepada Mohd Hassanal Bolqiah yang berasal dari Bukit Mertajam, Penang. Dia berjaya membawa pulang wang tunai RM10000 serta barangan elektrik bernilai RM1500. Pada peringkat akhir, persembahan Hassanal tampak agak mengelirukan sebab pada mulanya aku rasa keliru tentang penceritaan yang cuba dia nak sampaikan.. Tapi time nak habis baru mesej berjaya disampaikan. Persembahan dia mungkin akan kelihatan menarik kalau ada isi yang lebih kukuh dalam penceritaan dia. Btw, good try Hassanal.. :)



Tempat Ke-4 pulak semestinyalah menjadi milik Harleena Pahlavy dimana dia tetap jugak membawa pulang wang tunai RM5000 serta barangan elektrik bernilai RM1000. Kecundangan Harleena ke atas ketiga-tiga jejaka ini pada peringkat akhir memang telah dapat diramalkan apabila Harleena sedikit hilang fokus serta hilang kata2 untuk diucapkan mungkin kerana proses terjemahan yang terpaksa dia buat. Cerita yang disampaikan oleh Harleena jugak macam sedikit merapu. Walaubagaimanapun, dia telah lakukan yang sebaik mungkin. Tahniah!



Okay, komen aku pada produksi rancangan ON AIR ni, bagi aku publisiti untuk rancangan ni amatlah mendukacitakan sekali di mana para penonton langsung tak dikhabarkan mengenai bila acara final berlansung dan bahkan waktu siaran pun tiba2 bertukar tanpa sebarang pemberitahuan. Kadang2 rasa macam rancangan On Air ni seperti dianak tirikan oleh Astro sendiri di mana waktu siaran On Air pada mulanya pada pukul 10 malam iaitu waktu perdana tapi tup tup dihalau ke waktu siaran pada pukul 2 petang. Bagi aku, On Air mampu menjadi sebuah program yang hebat seperti MasterChef Selebriti mahupun Akademi Fantasia Cuma produksi rancangan On Air ni kenala kerja keras sikit. Bayangkan kalau Page Facebook On Air sendiri pun tidak beri info sangat mengenai program On Air tapi dok sibuk beri publisiti untuk program yang lain. Sayang rasanya apabila sebuah program yang hebat tapi publisiti serta sambutan hanya suam suam kuku sahaja.

Salam 1st July.. ;)






Psssssttttttttt : Suka sangat chatting dengan peserta2 On Air kat Facebook.. Depa tak sombong.. Setakat ni yang aku selalu dok chatting ialah dengan Norsiah, Hafizuddin, Azfar, Malissa and Natrah… Jangan jelessssssss.. :p





25 ulasan:

Luqman Zakaria berkata...

tak follow pon zwan!! nak follow tp xde mase...hehe...neway tahniah pada juara..:)

vendoline berkata...

akhirnya update pon.hehehehe
aku follow gak kdg2..hehehe
owh dh hbis..tak pasan lak..hhaha ok la yg menang tu ade gak la value

Unknown berkata...

copppp betoi ke ni???patut laaa smlm x nmpk koi 10 dh...dh jadik koi 2 ek????sesuki jeee dia tukar time..

miss Fyqa berkata...

Tahniah pada yang menang! :)

Unknown berkata...

untunglah berkenalan dgn peserta On Air...yeap aku setuju...aku rasa publisiti utk program ni sgt hambar....xda iklan pun kat Astro sendiri? hurm....pelik kan?

~Cik Sweety~ berkata...

hensem juara tuh..hihi

shedameor berkata...

dah tamat dah ? haiyaa, busy study le ktekan. hehe. tu la, rasanya sebab rancangan ni pon baru nak diperkenalkan, thats whya la macam hambar je. anyway, tahniah untuk pemenang :)

hazwan hairy berkata...

dah kuar erk?bkn mlm ni?

Akunyer berkata...

follow yg ulangan je.. sorang pn tak kenal.. hee :D

Unknown berkata...

pernah dengar pasal rancangan ni tapi tak pernah tengok pun.. dah berkurun tak tengok tv punya pasal.. hihihi...

::FAIZ:: berkata...

slalu terlepas tgk rncngn ni

Unknown berkata...

rezeki2.. ><

DanieL AdiE berkata...

Frankly, adie memang x tgk on air ni..

seriously BOSAN!

Ape pon, tahniah kepada para pemenang..

Admin berkata...

x tengok pun on air

ary_lee berkata...

Hawau tul on air ni= ="
Ramai giler tak puas hati dengan rancangan ni= ="

kurus berkata...

oh dah ada juara ke ??
seee akk pun x tahu
rasanya semalam baru tgk final 4 tuu
dah berlangsung ke final dia huh
apa2 pun tahniah bauat pemenang

hurmmm aah macam dianak tirikan .. x tahu kenapa , kalau tgk aznil tuu , lagak dia macam nak cepat2 habis jee program nie huhuh

Miss Butterfly berkata...

perghh perghh . untunggggg kawan ngn dorg. nnti zwan plak :p

KinosKoko berkata...

uiyoo..retis nih kawan ngn org tv..hehe

vendoline berkata...

jrg dh ang hupdate skrg kan

farot berkata...

tgk gak on air ni...kadang2... tp tu la astro x promote btl2... tgk ramai yg x tw...

Tanpa Nama berkata...

tak pernah tengok astro pun...tv pun takde... mmg tak layan tv terus....

Nurul Husna berkata...

la..dah habis ke...ala..rugi saye tgk masterchef je...

Mrs Nurul berkata...

ooo hafizul menang ke...huhuhu muke boleh tahan.. tp x berapa menyengat sgt sebenarnye.. i suke pempuan tu lgi hehehe

Tanpa Nama berkata...

The truth pihak astro je yang tau kenapa rancangan on air ni dianak tirikan.... Ada VVIP tak suka and menyampah tahap gaban kat one of the judges.... Konon kata tak nak dia expose lebih2...

Unknown berkata...

iyer la.. kiter pun tertanda tanya then tekezut dah ada juara.. maybe kiter jarang tgk tv kot..hrmm..