Pages

Rabu, 25 April 2012

Ramai Murtad Dalam Diam

Baru2 ni time aku online facebook, aku adala perasan satu application ni.. Alaaa, application yang selalu dok tanya soalan tu.. Contohnya macam kat bawah nii..





Tapi kan soalan yang lagi satu application tu lain.. soalan dia lebih kurang macam ni, “Adakah Anda Berbangga Menjadi Salah Seorang Penganut Agama Islam?”.. Jawapan yang disediakan hanya dua je iaitu YA ataupun TIDAK...



Time tu hati aku cakap yang confirm2la 100% yang akan jawab YA.. Then aku KLIK la yang jawab YA tu nak tengok berapa ramai.. Then yang jawab YA time tu lebih kurang 96%.. So maknanya ada 4% peratus yang jawab tidak.. 4% tu dalam 1000++ orang.. boleh tahan ramai jugak.. Tapi dalam hati aku time tu still cakap yang 4% tu maybe yang bukan islam..



So, untuk mendapatkan kepastian, aku KLIK la yang jawab TIDAK tu.. Saja nak usha siapa yang tak bangga jadi orang Islam tu.. Sumpah aku terkejut gila sebab majoritinya adalah bangsa Melayu.. Kalau sebut Melayu, confirmla Islam kan.. Bayangkan jumlahnya bukan sikit tapi 1000++.. Itu baru yang jawab secara terang terangan.. Macam mana pulak yang secara sorok2?



Betulla orang cakap, kadang2 orang muallaf yang baru masuk Islam lebih menghargai Islam berbanding orang yang sejak lahir lagi sudah jadi Islam ataupun dikenali sebagai Islam baka ni.. Apa2 pun, kita doakan semoga Allah teguhkan serta tingkatkan keimanan seluruh umat Islam terutamanya umat Islam kat Malaysia ni agar terus setia dengan Kalimah Syahadah..




Pssssttttt : Sorryla geng sebab aku tak sertakan LINK or PrintScreen pasai application tu.. Bukan apa, takut mengaibkan orang2 yang jawab TIDAK tu..




28 ulasan:

[k]o{q}i[n] berkata...

err...bukan nk menidakkan entri ni. tp nk kita jgn cepat slh sangka. melayu bukan confirm islam... jgn samakan agama dgn bangsa... yg betulnye, majoriti melayu adalah islam... :)

blogtilldrop berkata...

entahlah..mcm macam survey pun ada...hope mereka yg nak jawab tu kena paham ada yg tak leh main main

Anum berkata...

macam2

Cik tikah berkata...

budak zaman skrg, bab agama boleh pulak dijadikan mainan. ish!

eszyamin berkata...

hehe...koqin maaf lah nk mencelah, dalam perlembagaan kita melayu tu semestinya islam..maaf la kalau tersalah...betul la apa yg abg zwan kita ni ckp, melayu dekat malaysia sepatutunya islam..kita bukn cm kaum lain..india ada juga islam, cina ada juga islam..tapi melayu semestinya islam...memang dah tercatat dalam perlembagaan..tu sebab kita ada hak istimewa orang melayu sebab antaranya adalah untuk memartabatkan islam itu sndiri secara tak langsung..

kdg2 tak faham bagaimana bnda semudah ini dipandang enteng masyarakat..nak ke kita suatu hari nnti, dalam surat banak. bangsa melayu tapi agama kristian...kita bukan seperti indonesia yg meyamaratakan semua bangsa sampai identiti agama dan bangsa mereka pun hilang tak tahu mana satu islam mana satu bukan..

maaf andai tersilap bicara, yang pasal undian itu mungkin saja kita boleh ambil secara positif..bukan mereka tidak bangga tapi mungkin mereka malu menagku islam sbb gaya hidup dorg x melambangkan org islam...setidaknya mereka tidak munafik..yg mnjadi persoalan bila ada yg ckp bangga sebagai islam..tapi sebenarnya adalah penjahanam islam itu sndiri..

pernah terbaca satu quote yg sgt mndalam maksudnyer..

im not born as a muslim, but im born to be a muslim..

hehe bubye..

ZWAN SABRI berkata...

Koqin : Tapi mengikut perlembagaan Malaysia, Melayu itu ialah Islam.. Jika seseorang melayu itu keluar daripada Islam, status dia sebagai bangsa melayu akan dibuang dan hak2 keistimewaan melayu akan digugurkan pada diri dia.. :)

ZWAN SABRI berkata...

eszyamin : Thanks for ur explaination.. :)

Phat berkata...

masalah melayu itu islam tak timbul kat sini tapi kalo yang klik tidak tu memang org islam mcm mana? mmg tiada pegangan agama langsung

gnesop.com berkata...

harap kita tidak tergolong dalam golongan tersebut

NAL berkata...

dunia di akhir zaman..saudara baru sgt2 menghargai islam & menjaga rukun2 islam itu sendiri berbanding orang yg islam sejak azali..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) berkata...

wowwww..panas topik ni..tp jz semua WAJIB tahun yg bila kita MELAYU secara AUTOMATIK merka itu ISLAM...FULL STOP !!!!

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

tanda2 orng islam sudah semakin rosak akhlak n akidah mereka

khairul berkata...

klu x solat lagi teranglah kafir

shedameor berkata...

mengucap lah :)

~Sweet Honesty~ berkata...

nauzubillah..mudahan kta tergolong dri golongan murtad..sereemm pn ade..

Miss Butterfly berkata...

macam2 la kan . agama Islam diremeh temehkan . aigooo -.-

Miss Nana Farhana berkata...

Subhanallah... mintak simpang lah,jgn jadi kat kita...

Dhiya Fariza berkata...

:'( whats happening. This is sad.

-ytazzi- berkata...

mnakutkan bt0ii !!! haehhh... rmai k0t !!! astaghfirullah...

LELAKI INI berkata...

errr..
giler ke apa???

Aien Alien berkata...

sedih rasanya. itu yang terang2 mengaku, yang diam2 lg ramaikan..entahlah

Prettywrite berkata...

kena bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan yang tak ternilai harganya ni..Islam..

zizidiazora berkata...

Dunia akhir zaman. cetek ilmu tenggelam di arus kemodenan, hilang fahaman pupus keimanan. Doalah agar kita semua tidak tergolong sebahagian dari mereka..insyaallah..

tirahzairi berkata...

hurmmmm....susah nak describe nie

Lea Isnawi berkata...

nauzubillah

mga mereka insaf

Zana Adieyza berkata...

isu yg makin membimbangkan.. perlu diberi perhatian bermula drpd ibu bapa sendiri..

cik wanie Lovela (CWL) berkata...

oooo salam kenal

Cik FaRiZaM berkata...

amboi dah jatuh hati ke ?ahakssss......




salam singgah

dr,
afasz.blogspot.com