Pages

Sabtu, 2 April 2011

Rambut oh Rambut

Pendandan rambut aku time ni nama dia ANDY LAU taw,HAHA..



Hitam? Perang? Kuning? Merah? Hijau? Ungu? Pink? Biru? Sebut jer nak warna apa kerana sekarang ini warna rambut dah boleh bertukar ke pelbagai warna yang kita inginkan. Semuanya dengan kuasa pewarna2 rambut yang dijual di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Kalau dulu orang kata rambut merupakan mahkota kepada setiap wanita. Tetapi bagi aku, kini rambut bukan sahaja mahkota kepada setiap wanita tetapi turut menjadi mahkota kepada setiap lelaki.




Kalau dahulu, lelaki di Malaysia hanya memandang enteng tentang soal penggayaan rambut tetapi kini kita boleh lihat salun rambut di kompleks membeli belah mahupun di mana sahaja wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan lagi, majoriti pelanggan salun2 rambut tersebut adalah daripada kaum adam. Kaum adam kini sudah tidak kisah dengan harga yang ditawarkan oleh salun rambut walaupun harga perkhidmatannya sedikit mahal jika dibandingkan dengan kedai2 gunting rambut mamak.




PENGALAMAN AKU TENTANG RAMBUT


Aku ingat lagi, time sekolah dulu rambut aku agak skema dan ada yang gelarkan rambut aku sebagai pelangi. Lawak pulak bila imbau kembali zaman tu, HAHA. Aku mula menggunakan perkhidmatan salun rambut ini setelah tamat SPM pada tahun 2007. Setelah aku mendapatkan perkhidmatan di salun rambut, aku langsung tidak pernah menggunakan perkhidmatan gunting rambut di kedai2 mamak sebab kepuasan yang aku dapat di salun rambut jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan kedai2 mamak. Cara pengguntingan di salun rambut lebih teliti dan aku tampak stylo bila menggunakan perkhidmatan mereka.




Dulu, aku akan rasa malu kalau nak pergi gunting rambut di salun rambut sebab mesti orang akan cop lelaki yang pergi ke salun rambut ini sebagai pondan. Tetapi setelah aku masuk ke UiTM pada pertengahan tahun 2008, aku dapati rambut2 pelajar lelaki di sana begitu stylo dan saat itulah aku dah tak malu nak ke salun rambut sebab aku pun tak mau kalah dengan rambut stylo depa, HAHA. Kini pada tahun 2011, boleh dikatakan majoriti kawan2 aku iaitu lelaki pernah mendapatkan perkhidmatan di salun rambut dan yang pasti lelaki2 di Malaysia amnya kini sudah matang dalam menggayakan rambut mereka. Akhir sekali tak salah rasanya jika dikatakan rambut seseorang lelaki itu mampu untuk mencairkan setiap mata yang memandang walaupun tanpa melihat rupa paras empunya diri. Ahaks!





Pssstttt : Kepada lelaki mahupun perempuan di luar sana yang tak setuju dengan pendapat aku, bolehlah sertakan komen hangpa kat bawah ni ok. Yang setuju pun dialu-alukan untuk memberi komen okay. ;)



47 ulasan:

zidEL zhafiz berkata...

aku suka main game sally salon..x lepas2 lagi nie..haiyaa.. ahha =P

Penyu berkata...

aku suka gunting kat salon. walaupun mahal. hahaha

DanieL AdiE berkata...

me too!

Really concern about my hair..

Luqman Zakaria berkata...

salon is much more better!wtpe nk malu!rambut kita!kenalah jga~

ZWAN SABRI berkata...

Zidel Zhafiz : Apa kena mengena Sally Saloon dengan entry aku nii? HAHA


Muhd Fadil : samala ngan aku.. ;)


Daniel Adie : Patowtla rambut Adie chantek.. ;)


Arep_Lockermonth : Btol tu btol.. ;)

NadiRah berkata...

meh nad gunting cm justin bibir..huhu

Ceiler Mun berkata...

saya setuju dgn entry ni....lelaki kena pndai jaga rambut sebab dari rambut 2 la baru nampak korang ni pndai jaga diri atau x, korang ni stylo mylo atau x...hehhee..

lagi 1...saya suka style rambut orang korea..style rambut dorang mmg da best la!huhuu...

p/s: kdng2 suka tgk laki yg pndai gayakan rambut even muka xbrapa ensem..tp sy suka tgk awk sbb awk ensem+rambut bergaya ^__^v PEACE~

Tanpa Nama berkata...

adeh3 syok giler memanjakan rambut dekat saloon. rasa maca tak nak balik. hehe

rambut baloh buat cair ?? err , hehe

Cik SCC berkata...

yee...

aku mmg suke giler tgk rmbut laki yg stylo ni..

walaupun muke mcm $%^&*((),
aku usha rmbut jek.. ^^

LURZAN TAZA LIMAJ berkata...

kaco rambut dia muahahahaaaaaa

ZWAN SABRI berkata...

Nadirah : Xmo ah.. Rambut Justin Bieber X smart.. HAHA


Bella Bell : Ek eh, jangan la memuji menggunung sangat.. *blushing


Wany : Yeah! memang best! ;)

ZWAN SABRI berkata...

Sicomot comel : owh.. so kiranya muka x elok tapi klaw rambut elok kira okay la ek? HAHA


Nzrul Azat : Nak kaco rambut sapa ni? HAHA

NUR AYNIE berkata...

kalau rambut stylo tp selekeh xgune gak..hahahah~~tp mmg rambut lelaki yg stylo buat aynie cair mcm aiskrim hihihi`~~

zidEL zhafiz berkata...

sebab game tu psl gunting2 rambut la..huahuahua..

tieha ismail berkata...

alololo nengok muke tuh time kene gunting rambut....kuikuikui

nur berkata...

oh lelaki.. sekarang memang dah beauty conscious.

JOM TENGOK GAMBAR BEST!!
JOM KE: ALL IN ONE

zati embong berkata...

haha,azat jeles ke ape nk kacau rmbut org?

rmbut lelaki mmg pnting,kalau kena dgn muka,mmg prempuan leh toleh 2x.hihi

nunui Joe berkata...

x kira gunting mana skalipun.. yg ptg hasilnya baik kan. hehehe ;).. Tp rmbt kamu mmg bergaya.. hehehe

ZWAN SABRI berkata...

Nur Aynie : Cair macam aiskrim? HAHA.. Erm, tp jarangla org rambut stylo tp selekeh.. HUHU


Zidel Zhafiz : Owh.. apa pasai hang main game tuu? Nak jadi hair styler ek? HAHA


Tieha Ismail : Aiseyh, jangan r nengok lama2.. HAHA

ZWAN SABRI berkata...

Nur : tawu xpa.. ;)


Zati Embong : Tula pasai si Azat tu, HAHA.. Erm, btol tu btol.. rambut lelaki skang dah penting.. ;)


Nunui Joe : Thanks diatas pujian itu.. ;)

Unknown berkata...

rambut bawah jgn lupa bro. hhaa

Tanpa Nama berkata...

wt style korea r..hak2.

::FAIZ:: berkata...

akupun suka gunting kat salon, tp bkn salon ternama, salon bese2 je...

Abang Long berkata...

Salam...tak kira, nak komen gak!
Kalau BOTAK camner nak bg stylo? Leh tepek2 kaler kat kepala gak ke? huahuahua

al berkata...

guys with messy hair sumtime look hot.. hehe..

ZWAN SABRI berkata...

Nub : Ayooo.. Loqlaqla hang nii.. HAHA


Novelgurl : Kenapa perlu korea? HAHA


Faiz Farish : Samala ngan aku.. ;)


Abang Long : Kalau botak, rasanya dah tak perlu nak tempek apa2 kowt.. Sebab orang kata, BOTAK ITU SEKSI.. ;)

ZWAN SABRI berkata...

Nazalya ; Owh.. kiranya u suka guys yang rambutnye serabutla ek? itu citarasa masing2 kan.. ;)

Acid+ berkata...

Rambut Aku Botak..Tapi Hensem.Heee :D

::nuRuLaDHar:: berkata...

wah..pegi salun bagai..nurul pun xpenah.. =.='

tapi lelaki kan rambut tu beharga gile kan kan? hehe

ZWAN SABRI berkata...

KoPiahJo : BOTAK ITUkan SEKSI.. HAHA


NurulAdhar : Tryla pi saloon.. HAHA.. A;ah, rambut itu skang amat berharga utk lelaki.. ;)

Unknown berkata...

aku lagi suka rambut pendek..
kalau gunting guna mata num 1.. :)

aNiss :):) berkata...

SETUJU!!! :)

Mia Liana berkata...

ok apa sekarang lelaki semuanya dah pandai bergaya jaga personaliti diri... sweet je...

mardhiah ismail (: berkata...

wau serius tak sangke ! i perempuan pon tak suka pergi salun. sayang rambut hehe

Henry Zackery berkata...

aku suka awek yg gunting rmbut aku.. puas ati beb, diorg pun gatal kat aku..hehe :)

Tukar Password Anda Sekarang

chEck chEck rOck rOck ! berkata...

rambut kaler pa lak la ni ... ?

miss Fyqa berkata...

lelaki zaman skg mmg cam tue kan?
rambut mmg penting bg mereka :)

Unknown berkata...

jom botakkan rambut dye! hahaha

=p

Anati Soki berkata...

yes!! lelaki jgn pandang remeh menda2 cmni.. kena padang seyes.. rambut mau cool. baju mau best!!! hehehehe.. sy suka!!

Asma Ahmad berkata...

hahaha... klu nk kesah rmbut hg time zman skol dlu ngn skang mmg byk bezany. laki nk gnting rmbut kt kdai sng, tp utk pmpuan yg b'tudung ssh la nk cri kdai gnting rmbut...

Mr iz berkata...

he he he he setju .... lelaki skaran ni banyak yang mengikuti perkembangan semasa... walapun rambut kembang.. tapi mesti stail lah lo...he he he

eRza farEeha berkata...

wahh..pki salun tuu,,ehhhe.ptotla smart!

iKhRam berkata...

jgn persoalkan tentang rambut...
sebab sangat benci menilaikannya..

hahaha..
sejak dari zaman sekolah.. hanya satu jer fesyen rambut saya.. sikat ke belakng menggunakan jari.. itulah gaya yang paling unggul sepanjang hidup..!!

EzayHadry berkata...

lama dah tak g saloon2 ni sejak masuk u ni...bajet pun tak cukup..haha

Unknown berkata...

berbaloi kan even spend duit banyak2 kat salun? result nya mesti puas hati! lelaki smart, rambut dye pon mesti smart.hehe

perempuan bertudung pon pandai jaga rambut and pegi salun ^^v. (erkk..keluar topik tak ek??)

efa berkata...

hehe ok la gunting rambut kat salon tak da slhnya la hehe waah...rambut style cmna lak?eceh

FurBall berkata...

aku dah 3 bulan tak potong rambut..laz aku potong botak..ngeh3...esok nak g potong rambut..any suggestion..ngeh3