Pages

Ahad, 10 Februari 2013

Panggung Wayang 5D di Penang

 5D Cinema yang terletak di tingkat 8, 1st Avenue, Georgetown, Penang..



Assalammualaikum dan Happy Chinese New Year.. Gong Xi Fa Cai! Semoga tahun ular pada kali ini membawa kesejahteraan dan rahmat kepada kita semua, InsyaAllah.. Okay, berbalik kepada tajuk kita iaitu panggung wayang 5D ni, selalu kita dok dengar panggung wayang jenis 3D je kan.. Alaa yang depa bagi spek mata suruh pakai sebelum masuk tengok wayang tu.. Tapi kali ini, panggung wayang jenis 5D.. Panggung wayang 5D ni merupakan yang pertama di Penang.. Untuk negeri lain aku tak pasti ada atau tidak panggung wayang jenis 5D ni tapi kalau di Penang, inilah yang pertama di mana ia terletak di tingkat 8 di 1st Avenue, Georgetown, Penang.. 



Pada 9 Februari 2013, aku sempatla melawat sebentar di Panggung Wayang 5D tu tapi aku tak sempat nak menonton lagi disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan pada masa tersebut. Buat pengetahuan ampa semua, masa aku pergi melawat kat Panggung Wayang 5D tu, ada dua orang Mat Saleh (lelaki inggeris) dok jaga kat kaunter.. So terpaksala cakap London dengan depa untuk dapatkan serba sikit informasi untuk dikongsikan dengan ampa semua. Walaupun kesuntukan masa and terpaksa berbelit-belit lidah dok tanya depa, but okayla sebab dapat jugak serba sedikit informasi pasai panggung wayang 5D tu. 



Menurut Mat Saleh tersebut, yuran masuk ke Panggung Wayang 5D tu adalah sebanyak RM20++.. Tempoh masa tayangan movie di antara 5 hingga 12 minit sahaja dan ia bergantung kepada jenis movie yang kita pilih. Antara movie yang ditawarkan kepada aku masa tu ialah Third Moscow Ring, Bugly, Dead House, Tolledo IV, Bubble Double, Necroaslum, Robotechnics dan banyak lagi.. Setiap movie mempunyai genre tersendiri samada Seram, Adventure, Military, Racing, Roller Coaster dan sebagainya. 



Menurut Mat Saleh tu lagi, apa yang best dengan Panggung Wayang 5D ni ialah kita dapat merasai effect yang ada dalam movie tu.. Contohnya kalau ada babak angin, kita dapat merasai tiupan angin tu.. Kalau ada air, kita dapat rasa percikan air tu, dan kerusi kita jugak akan bergerak mengikut keadaan dan situasi dalam movie tu untuk memberi peluang kita merasai sendiri situasi di dalam movie yang kita tonton tu.. Selain itu, Panggung Wayang 5D ini jugak mempunya lighting effect, mouse tail effect, dan 3D high resolution projection. 



Mat Saleh tu cakap, walaupun tempoh tayangan hanya sekitar 5 hingga 12 minit, tapi dia pasti yang kita akan puas hati dan tidak menyesal menonton di Panggung Wayang 5D ni.. Rasa rugi pulak sebab aku tak berkesempatan menonton time tu walaupun hati aku membuak buat nak tonton.. InsyaAllah, aku akan tengok jugak dalam masa terdekat ni.. Kepada ampa semua, kalau ada di sekitar Penang, jangan lupa ke 1st Avenue, Georgetown yang terletak bersebelahan dengan KOMTAR dan Perangin Mall untuk merasai sendiri pengalaman menonton Panggung Wayang 5D.. 






Pssstttttttt : Selamat berhujung minggu dan selamat meraikan perayaan tahun baru cina.. Main mercun jangan sampai putus jari ye..

19 ulasan:

kurus berkata...

wah semakin canggih ! .. hurmm ;)

Unknown berkata...

best tu sesekali menontok, kalau ada kat keningau..nak juga bawa anak2..tenogk apa wayang tu...

Asmi Asmidar berkata...

berbaloi ke agakanya?

Dba Dealova berkata...

best tu kalau dapat pergi :)

Tanpa Nama berkata...

Dah prnh try dah... kat PPAS (Perpustakaan Awam Selangor) yg baru... harga rm10 jer...

Unknown berkata...

Wah...aku pernah try something similar kat KL Tower tahun lepas....tapi dia macam roller coaster ride je tau, kurang 5 minit je pun tapi RM 18+...so perasaan masa mencuba tu sangat seronok dan gayat hahaha!

Aku rasa wayang 5D ni lebih berbaloi drp apa yg aku try kat KL Tower dulu....so apa lagi Zwan...go for it!!!

Tanpa Nama berkata...

Hebatla Penang.. Ko dah boleh jadi duta penang.. First time aku dtg blog ko ni.. Blog ko hebat.. Aku suka cara ko tulis blog..

PemilikCahaya berkata...

1ST AVENUE MASA PEGI DULU STILL CM XDE PAPE.SEKARANG DH ADA MACAM2..LOVE PENANG VERY MUCH

#jadahnya aku capslock, sorry x pasan td..hik3..

Queenara berkata...

5D ? great ! boleh rasa pengalaman baru ni . tapi kat Penang pulak . memang jenuh laaaa hehe .

Eiqa Almond berkata...

Pergghhh.!!
Ade effect dekat kte lagi tu.
Confirm mesti best kann..
Tp pasai apa ber minit2x jee..
haaishh haishh..

Nurhafizah berkata...

Xpnah jejak pun 1st Avenue tu wlapun ddk dlm p. pinang. Hehe.
Nk pi la nnt. Tp mcm mahai ja pun 5D tu.

Hidayatul afzam berkata...

Double WOW!! Best giler kalau dapat tengok :)

Yasmin Aris berkata...

wahh. seronokk ni. tak payah nak gi universal studio lagi. kat sini pon dah ade. hehe. cuti2 ni jom ! :P

Unknown berkata...

jaouh la penang nk gi. haha

Jna marcello berkata...

nice info...so lepas ni bertambah tambah suka laa Na kat peneng hihi

#peneng hereee i comeeeeeeeee~

Unknown berkata...

hahaahahaaha.. best kan? kt melaka ada gak.. aku pernah try.. tp, wayang 6D katanya.. bg aku lebih kurang sama jerk kot.. siap ada simbah2 air tu..hahaaha :)

aisyah fashadeland berkata...

salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?

Poco Endrigon berkata...

Wahh,,xprnh dgr lg psl 5D nie..8D prnh ..tp xsmpt nk amik thu..ada mnggu lps Arry g Giant Taman Sri batu Cves..kt stu..tp tk jnguk sbab tgh ttup msa tu..huhu..nmpk cm mnrik,,tp mcm budak2 jer yg tgok..hehe..

Ezad Skytech berkata...

wahhhh....5D...mesti syok ni...dpt rasa effect betul2 tu..huhu~