Pages

Rabu, 31 Oktober 2012

Che Lah Hidupkan Masterchef Malaysia 2



Bagi sesiapa yang menonton rancangan masakan popular iaitu Masterchef Malaysia musim ke-2 terbitan Astro yang ditayangkan di Astro Ria dan Astro Mustika, pastinya nama Che Lah sudah tidak asing lagi. Dengan trademark yang digunakan oleh Che Lah iaitu “Wanita Cantik Pun Boleh Memasak” pastinya akan membuatkan segelintir penonton rancangan Masterchef Malaysia 2 ni agak meluat dengan statement serta gaya gedik yang ditunjukkan oleh Che Lah.



Orang cakap, tak kenal maka tak cinta.. Dulu aku and family aku agak meluat dengan Che Lah tapi bila hari2 tengok Masterchef Malaysia 2, daripada perasaan meluat tu bertukar jadi suka.. Che Lah merupakan favourite aku and family. Sejujurnya, antara sebab kenapa aku menonton rancangan Masterchef Malaysia 2 ni adalah disebabkan Che Lah. Seronok tengok telatah dan gelagat Che Lah yang sungguh mencuit hati dalam rancangan tu.



Che Lah merupakan seorang penasihat kecantikan di Johor yang berusia 40 tahun. Beliau juga merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak. Apa yang menarik mengenai Che Lah ialah beliau sentiasa akan berdandan cantik dan beliau jugak seorang yang outspoken. Walaupun kadang2 Che Lah ni suka cakap lepas tapi aku percaya yang hati dia baik. Apa yang aka tau, kalau Che Lah takdak, maka akan bosanlah rancangan Masterchef Malaysia musim ke-2 ni sebab telatah and gelagat Che Lah yang selamba itulah warna dalam rancangan tersebut. So, aku berharap sangat supaya Che Lah akan mara sehingga final.. Good Luck Che Lah!



pssssstttttt : Hari ni sungguh sedih sebab dah nak kena balik UiTM.. So kepada yang still cuti midsem, selamat bercuti.. :)

16 ulasan:

hazwan hairy berkata...

betul...klo xde dia mesti suram..haha...

Miss Butterfly berkata...

umah takde astro T_T

dengar kate masterchef smlm ade bob jadi juri ye . bob firdaus herbalife . hikhik

*sory lari tajuk* :p

Anum berkata...

x berapa suka

Tanpa Nama berkata...

dia macam azwan azli vs bek sikit

::FAIZ:: berkata...

ramai yg nak dia kluar

Luqman Zakaria berkata...

xpernah tgk pon..huwaaaaa!

unsecretostory berkata...

Che lah . Hahaha . Boleh larhh :)

Unknown berkata...

x tengok lagi che lah ni..sbb jarang bukak cerita ni

Joe_Hans berkata...

Hahaha.. Zwan, aku setuju.. Tapi jujur aku kata aku xsuka dengan Cikgu Ismail,, muahahaha

vendoline berkata...

sebanranya aku suka je dia..menceriakan suasana..biar la prangai dia.kalau semua skema..bosan kot

iKhRam berkata...

tahun ni menonton master chef , biasa-biasa saja.

apapun telatah che lah mmg adakala menghiburkan.

Dhiya Fariza berkata...

tak suka che lah tapi kehadiran dia memang buat rasa nak tgk masterchef selalu :p

Unknown berkata...

hehe.,....tak pernah tgk masterchef hehehe......

Unknown berkata...

kat cina xde masterchefmalaysia :(

Cik Nor berkata...

suka che lah jgk..:)

LURZAN TAZA LIMAJ berkata...


aku xkenai sapa dia pasai aku xdak astro, malaih nk bayaq bil hehehee