Pages

Sabtu, 12 Mei 2012

Review 3 Blogger

Selalunya aku ni dok review movie and blog je kan.. Okay hari ni aku nak review pasai blogger pulak.. Tapi ini mengenai blogger yang aku kenai kat dunia blog dan dah berjaya jumpa di dunia realiti.. Depa adalah Daniel Adie, Zuwairi and Afizz Hafiz..





Bila cakap pasai Daniel Adie ni, confirm ramai yang kenai kan.. Blogger famous tuu.. Rajin masuk majalah.. Aku jumpa dengan Daniel Adie ni pada akhir bulan lepas iaitu bertarikh 27/4.. Alhamdulillah, berkesempatan jugak jumpa dengan blogger selebriti ni sebab dia ada urusan kerja kat Politeknik Seberang Perai selama sebulan. So, memandangkan Adie free 27/4 and aku pun free time tu, so aku pun datang PSP untuk ambil Adie keluar hangout. First, kami lepak Jusco Bandar Perda sementara tunggu kawan2 Adie dari Sintok and time tu agak seram sejuk jugakla sebab siren Jusco bebunyi tak henti2 and orang dok berpusu pusu keluar.. Jusco terbakar! Tapi takla serius sangat.. Okay sambung pasai Adie.. Erm, masa kat Jusco tu, kawan baik adie iaitu Achik adala bisik something kat telinga Adie and time tu aku nampak mata Adie macam berlinangan and dia cepat2 lari masuk toilet.. Tapi apa yang aku salute dengan Adie ni sebab dia pandai control emosi dia.. Selalunya orang kalau dah sedih, then depa macam tak besemangat nak buat apa2 pun time tu tapi Adie walaupun dia sedih tapi lepas dia keluar dari toilet jer, dia dah nampak happy. Die memang profesional! Itu yang aku salute..


Lepas pi Jusco, kami lepak pulak kat Perangin Mall, 1st Avenue and Queensbay Mall.. Sepanjang dalam mall semua tu, aku dapat describe yang Adie ni memang sporting and kalau jadi bapak, dia akan jadi bapak yang penyayang sebab walaupun banyak kali aku buat silap, dia tetap akan cakap, takpe.. And apa yang penting, time dia kata takpe tu, mimik muka dia langsung tak nampak marah ke bengang ke tension ke ngan aku.. Muka dia nampak cool jer.. Time dekat Perangin Mall, aku memang saja2 nak uji dia, time nak keluar dari Perangin Mall tu, aku saja bawak situlah, sinilah, turunlah, naiklah kononnya aku ni lupa jalan nak keluar.. Then aku mintak maaf kat Adie and sepertia biasa dia cakap takpe and muka dia cool jer.. Satu lagi, Adie ni memang pandai jaga hati orang.. Tak rugi kalau kenai dengan Daniel Adie..




Okay, ini pulak mengenai Zuwairi.. Seorang pensyarah di UUM. . Aku jumpa dengan blogger Zuwairi ni memang secara kebetulan sangat2 tanpa dirancang.. Aku jumpa Zuwairi ni pun bertarikh 27/4 jugak.. Lokasi semua sama macam dengan Daniel Adie.. Mesti ampa semua tertanya tanya kan macam mana aku boleh jumpa Zuwairi ni.. Actually, kawan baik Adie iaitu Achik nak join jugak hangout dengan Adie and on the same time, Zuwairi ni kawan baik si Achik tu and sebab tula Zuwairi pun boleh join sekali and sebab tu jugakla aku boleh jumpa dengan Zuwairi. Walaupun pertemuan dengan Zuwairi ni agak singkat tapi apa yang aku boleh describe mengenai blogger yang tinggi lampai ni ialah dia agak humble and respect orang.. Satu lagi, apa yang aku salute dengan Zuwairi ni ialah walaupun dia orang Perlis tapi dia hebat gila dengan selok belok tempat kat Penang.. Aku ni pun selalu jer sesat walaupun Penang takla besaq mana.. Cakap jer nak pegi mana, confirm dia sampai.. Kalau ampa perlukan khidmat tourist guide, aku rasa Zuwairi ni memang sesuai sangat2 sebab dia memang terer bab2 jalan ni and dia jugak memang terer and tau lokasi2 yang menarik. Apa2 pun, Zuwairi ni memang sempoilah..





Okay, blogger yang ketiga ni pulak ialah Afizz Hafiz.. Actually Afizz ni junior aku kat UiTM Merbok tapi tak pernah jumpa langsung and kenai pun kat blog jer.. Aku berkesempatan jumpa dengan dia pun pada 5/5 baru2 ni di mana dia ada mengundang aku untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak dia kat Yan, Kedah.. Afizz ni memang peramah gila.. Masa aku datang kenduri dia, dia layan aku dengan kawan aku jer selama 1 jam 30 minit.. Dia bawak masuk dalam rumahla, naik atas rumahla, lepak belakang rumahlaa.. Habis semua tetamu lain dia tak layan.. Dia layan kami jer.. Sumpah aku terharu gila, HAHA.. Kenduri rumah dia agak grand jugakla.. Kalau tak grand, mana mungkin Menteri Besar Kedah pun mai kenduri rumah dia kan.. Btw,MB Kedah tu sebenarnya paklong si Afizz ni.. Afizz ni memang sporting, happening and ada jer idea dia nak berceloteh.. Yang penting, dia tak sombong.. Seronok dapat jumpa dengan dia..





32 ulasan:

efa berkata...

waah2 untung la dpt jmpa diorg ehehe :) best2

Lea Isnawi berkata...

bila nak review blog lea lak ni

ZWAN SABRI berkata...

Lea Isnawi, ni confirm baca title and tak baca entry ni.. bila masa pulak zwan review blog.. zwan review blogger.. diulang, BLOGGER ye.. HAHA

Nazrul Ashraff berkata...

wow! hebatnya. kekdahnya ai baru pernah jumpa nisa kay, pen merah, ziera zain ajo. haha.

jom jumpa, jom jumpa! haha. review pasal aku pulak. kekeke.

Unknown berkata...

aie aie. untunglaaa jumpa blogger femes. haha. kalo jumpa noni msti lg untung. eh !

hazwan hairy berkata...

bila lah aku dpt review oleh zwan femes ni..haha

Tanpa Nama berkata...

inilah sebahagian daripada perkara best dalam dunia blogging kan zwan :D

Cik tikah berkata...

lepas review baru kenal dorang semua ni. hahaha

Aien Not Alien berkata...

kena jumpa dulu baru zwan review ke? haha...takdelah gurau je, best dapat jumpa kawan2 blogger kan... :D

Unknown berkata...

perghh untung la,,,,knai dgn bloger emes femes

~Cik Sweety~ berkata...

salam sabtu..selamat berhujung minggu erkk..dapat juga awk detect saya penah ke cni..(^_^)

Tanpa Nama berkata...

bestnye ley jumpa real2 =)

cikorked berkata...

bestnye jumpa real2 =)

Zuwairi berkata...

terkedu seketika!

btw thanks Zwan.. pertemuan yang tak dirancang.. itulah hebatnya kuasa Tuhan...


nanti boleh kita jumpa lagi... roger2... keh3..

hahahaha... mana ble jadi tourist guide zwan... susah zwan nak cari makan kang... hihihihihi...

NAL berkata...

untung nya.. :)

miss Fyqa berkata...

wahh. hebak2 mereka..:)

Luqman Zakaria berkata...

untung la..dapat jumpe blogger blogger hebat!

gnesop berkata...

sop banyak jumpa blogger di shoutbox jer.. hehehe

ezyra taharin berkata...

uishhhhh jelez aihhhh gan abg!!!
adx pon mau jumpa depa jugak!!!hahahah
adx da terror speaking penang da skrg...
*thanks to amar daniel haha

zizidiazora berkata...

zwan,
bila nk review pengkomen blog plak hehe....

Xan_hollow berkata...

huiy0oo...huiy0ooo... study kt uitm merb0k je ke??? depan umah zaty je tuh...muehheheh

krazylenglui berkata...

dpt jumpa blogger baru boleh review blogger kan..dpt tahu watak mereka! part mb kedah tu mcm wow teehee.

Miss Butterfly berkata...

waaa.. bile leh jmpe zwan ni!!!!! >.<

Fiq Fikri berkata...

kau tak jumpa aku lagi mintak restu,raya aku nk ko mai melaka

khalila ishak berkata...

haip haip! singgah blog zwan. lme x blog walking. lg 2 org tu bru kenal hri ni. tp adie dh knal dah dan penah jumpe mse hi tea yg zwan x dpt dtg tu. x dinafikan adie mmg sgt baik. best kenal dgn dia dan mmg bbaloi dtg melaka sorg diri utk prtama kalinye. hehee

DanieL AdiE berkata...

Allahuakbar..pujian yang melampau la Zwan.. Adie ni biasa2 sahaja..

Ape pon, it was an honour dapat jumpe Zwan..thanx so much! Appreciate it..

Datang Melaka ya! Giliran adie pulak bawa Zwan jalan2..

Unknown berkata...

bila nk review blog abg ni ? hehe

aindzaya berkata...

hebak hebak hebak ^^
walaupun ain baru kenal mereka sekarang
huehuehue

ketinggalan betul la ain ni -.-"

"Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?".

aindzaya berkata...

hebak hebak hebak ^^
walaupun ain baru kenal mereka hari ni

ketinggalan betul la ain ni _._"

"Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?".

tirahzairi berkata...

tirah dah view blog diorng....hehe

Hafiz Hafizol berkata...

BILA NAK REVIEW AKU PULAK ... HAHAHAHAHAHAHAHA

Unknown berkata...

hehe....satu hari nanti saya nak jumpa ZWAN SABRI>>>>Mesti! hehehe

btw kenapa Adie menangis?