Pages

Khamis, 21 Julai 2011

Nak Peluk Kamu!


Aiseyh, dah 3 hari aku tak update blog.. Tetiba rindu plak kat ampa semua.. nak pelok kamu, kamu and kamu boleh? Alaaaaa, bolehla.. Nak lepaskan rindu nii, HAHA.. Lagi pun peluk ni pun ada banyak manfaatnya tau..



Kalau ampa nak tau, pelukan ni sebenarnya satu terapi untuk hilangkan ataupun kurangkan stress.. Bagi yang ada Suami/Isteri, satu kajian menunjukkan bahawa memeluk pasangan sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan memanjangkan usia ampa. Fakta ini didapati hasil sebuah penyelidikan yang dilakukan di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan kasih sayang.



Ini disebabkan kalau ampa peluk pasangan ampa, tubuh ampa akan mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan. Hormon ini merupakan sejenis kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Kajian di Amerika pula menunjukkan dengan memeluk pasangan secara kerap akan mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan pasangan dan ampa sendiri.



Persoalannya sekarang, siapa yang nak peluk aku nii? Ek eh, ramai pulak yang angkat tangan.. Takpa2, beratuq panjang2 naa kalau nak peluk aku.. Jangan risau, semua dapat peluk aku.. Jangan rebut2 ya.. HAHA (Aiseyh, makin X stress and makin panjang umoq la aku kalau cenggini punya ramai yang nak peluk aku,HEHE)



Ahad, 17 Julai 2011

MAAF

Sorryla guys, Aku terpaksa ambik cuti 3 hari daripada update blog, terjah blog ampa, dan sewaktu dengannya.. Sebab aku sekarang nak pi Kuantan sat.. Btw, ampa jangan nakai2 naa.. Take Care! ;) (bajet macam ada orang kesah plak aku update ka tak, HAHA)






Sabtu, 16 Julai 2011

Lelaki Gemuk Sperma Sikit


Alahai, ingat tak dulu aku penah buat entry tentang jangka hayat orang gemuk ni pendek kalau nak dibandingkan dengan jangka hayat orang yang berbadan normal (klik sini kalau nak baca). Kini ada satu lagi berita buruk kepada orang yang berbadan gemuk dan obes ni terutamanya lelaki. Apa berita buruk tu? Seperti yang tertera kat tajuk di atas, sperma lelaki yang berbadan gemuk dan obes ni sikit. Betul ke?



Yeah! Berat badan juga sebenarnya mampu mempengaruhi kualiti dan penghasilan sel sperma. Seperti apa yang aku baca dalam akhbar Kosmo, sebuah penelitian yang melibatkan 1,940 lelaki, para pengkaji mendapati lelaki gemuk juga memiliki jumlah sperma yang sedikit. Para pengkaji mengumpulkan contoh sperma sukarelawan, kemudian mengukur indeks massa tubuh (IMT) mereka sebagai indikator kegemukan, Makin tinggi berat badan berlebihan, makin rendahlah kualiti spermanya.



Menurut Pengarah Saintifik di Eylau-Unilabs, Paris iaitu Paul-Cohen Bacrie, Kegemukan akan menyebabkan modifikasi karakteristik sperma yang disebabkan gangguan hormon sehingga membuatkan kualiti, jumlah dan keupayaan sperma untuk hidup berkurangan. Lelaki gemuk akan memiliki jumlah sperma 10 peratus lebih rendah, sementara lelaki obes jumlahnya 20 peratus lebih rendah. Jadi, kepada lelaki2 yang sayangkan kualiti sperma dan pada masa yang sama memiliki berat badan yang berlebihan, Silalah berdiet okay.. ;)





Pssssttttt : Tahniah diucapkan kepada mereka2 yang telah berjaya ditawarkan Ijazah oleh UPU di IPTA2 seluruh Malaysia pada 15 Julai lalu.. Kepada yang tak berjaya, takpa, mungkin rezeki anda di tempat lain.. ;)