Pages

Ahad, 29 Mei 2011

KARAK, Berhantukah?




Khamis lepas, aku berkesempatan menonton filem karak di Jusco Bandar Perda atau juga dikenali sebagai AEON Seberang Perai City Mall. Hari pertama tayangan lagi, aku dan kawan aku iaitu Zairul dah terpacak kat depan pawagam. Almaklumlah, inikan filem seram pertama keluaran KRU, jadi kami pun tak sabarla untuk menyaksikan kehebatan filem yang bergenre seram ini. Manala nak tau filem KARAK ini sama hebat dengan Merong Mahawangsa ataupun lebih hebat lagi.



Penantian kami terhadap filem KARAK ini nampaknya hanya sia2 sebab filem KARAK lebih kurang sama saja dengan filem2 seram Malaysia yang lain. Tak nampak pun kelainan yang ditonjolkan oleh KRU dalam filem ni, and yang paling tak best, filem KARAK ni sedikit pun tak berjaya untuk membuatkan aku menjerit dalam pawagam. So, ini beerti bahawa KARAK takla seram sangat. Bagi aku, aku menilai keseraman sesebuah filem itu berdasarkan jeritan aku. Kalau aku terjerit sebab terkejut banyak kali, bermakna seramlah filem tu. Tapi kalau aku langsung tak jerit walaupun kadang2 terkejut seperti aku menonton filem KARAK, so aku konklusikan sebagai filem tu takla berhantu sangat dan boleh tahan jer la. Mungkin disebabkan expectation aku terhadap filem ini begitu tinggi, so aku rasa macam tak puas hati bila KARAK tak seseram yang aku bayangkan. Jadi, akhir kata, aku bagi 2.5 bintang untuk filem KARAK.



Selasa, 24 Mei 2011

Interview Kerja

Semalam aku ada teman kawan aku pergi interview di UiTM Kedah. Pukul 6.30am, kami dah keluar ke sana sebab kawan aku ada interview pukul 8am kat sana. Kawan aku selesai interview kat sana dalam pukul 10am macam tu dan dia agak terkejut jugakla sebab macam2 soalan yang tak dijangka bertubi tubi ditanyakan kepada dia. Kebetulan pada hari semalam juga, sedang berlangsungnya karnival pekerjaan di Universiti Sains Malaysia, Penang. Jadi, disebabkan kawan aku tu tak berapa nak puas hati dengan interview dia kat UiTM, so dia pun ajak aku ke USM.



Aku pun mengambil keputusan untuk ikut dia ke sana sebab secara tak langsung, aku boleh jugak dapat pengalaman tengok macam mana orang interview. Perrgghhh! Memang ramai gila lah orang yang datang ke karnival tu. Tak kiralah Melayu ke, Cina ke, India ke, masing2 berebut rebut ambil peluang untuk interview kat sana. Yang datang pulak, bukan calang2 orang di mana CGPA mereka memang gempak. Ramai jugakla yang aku kenai kat sana. Antaranya Shuib, Nana and Che An. Tak sangka boleh jumpa depa kat karnival tu setelah 3 tahun lebih tak jumpa.



Kepada yang sedang mencari pekerjaan, karnival pekerjaan tersebut berlangsung pada hari semalam dan juga hari ini. Jadi anda semua masih berpeluang lagi untuk ke karnival pekerjaan tersebut yang berlangsung di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia, Penang. Peluang2 pekerjaan pulak banyak disediakan oleh syarikat2 swasta dan ditempatkan di Penang Island, Penang Mainland dan beberapa Bandar di Kedah seperti di Kulim dan Sungai Petani.



Antara tetamu yang datang untuk ditemuduga..



Ni lah kawan aku. Nama dia Asrul. Dia tengah kusyuk pilih jawatan kosong yang ditawarkan.



Kawan aku dan beberapa calon sedang sibuk mengisi borang sebelum ke tingkat atas untuk ditemuduga.



Ahad, 22 Mei 2011

10 Tanda Yang Perlu Diketahui..



* Bibir yang pucat, ia menandakan sistem penghadaman yang lemah serta perut mengandungi angin dan kurang darah disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.



* Lidah dan gusi bengkak atau sakit, menunjukkan bahawa jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah dan saluran koronari tersumbat.



* Telinga terasa tersumbat, bermakna buah pinggang mengandungi toksin yang berlebihan



* Sakit tumit kaki, menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin



* Rasa pening, menandakan kurang darah ataupun pengaliran darah yang tidak lancar



* Mata menjadi merah, ini bermakna hati anda mengandungi paras toksin yang tinggi dan mata yang menjadi merah ini disebabkan badan dalam proses untuk membuang toksin



* Wujudnya ruam atau bisul, menandakan badan sedang menyingkirkan toksin yang tidak larut dalam air



* Sakit di bahagian bahu, menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang



* Muntah darah merah, menandakan pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan darah hitam pula ialah pembuangan tisu yang rosak di bahagian perut.



* Sakit badan yang menyentap, menandakan proses penyeimbangan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.



psssssttttt : Takziah diucapkan kepada 16 pelajar anak yatim yang terkorban dalam nahas tanah runtuh di Hulu Langat semalam. Semoga mereka semua ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.. amin!