Pages

Sabtu, 2 Februari 2013

Seminggu Praktikal

 Kat sini la aku buat latihan praktikal.. :)



Assalammualaikum dan Selamat hari sabtu.. Fuhhh! Setelah seminggu berpraktikal di Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Seberang Perai, baru rasa nikmatnya cuti hari sabtu.. Semalam, 11 jam aku tidur.. Puas! Walaupun agak penat jugakla bila terpaksa bangun awal2 pagi, tak ada masa untuk tidur petang, and kadang2 keja banyak tapi memang enjoy and best sebab majoriti pekerja kat Jabatan Kejuruteraan tu otak merapu dan gila2.. So bila buat kerja tu memang santai and happening je semua walaupun busy.. Maybe ini salah satu cara untuk elakkan daripada stress tapi memang berkesan.. 



Boss2 kat Jabatan Kejuruteraan ni majoritinya memang tak sombong dan suka membantu pekerja bawahan. Pendek kata memang disenangilah oleh semua pekerja.. Pekerja2 kat sini pun tak kedekut ilmu.. Depa selalu jugak bantu aku untuk apa2 masalah.. Ada sorang kakak tu cakap kat aku, jangan terkejut sebab majoriti kerani2 dekat Majlis Perbandaran Seberang Perai ni majoritinya ada ijazah.. Bila dengar kakak tu cakap macam tu, terus aku rasa cuak.. Macam manala aku nak kerja after grad nanti sebab competition memang tinggi sekarang. Tapi takpalah, kalau ada rezeki tak kemana kan.. usaha, doa dan tawakal je yang penting.. 



As conclusion, memang best praktikal dekat Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk first week ni sebab pekerja2 yang sporting plus aku dapat tengok pelan2 dan projek2 yang dirangka untuk pembangunan di Seberang Perai.. Ada 4 minggu lagi untuk praktikal kat sana.. Harap2 semuanya bertambah best.. 




Psssssstttttttt : Kepada student degree di UiTM, dengar2 result final exam akan keluar pada 15/2/2013.. Good Luck!

Khamis, 24 Januari 2013

Tips Hilangkan Batuk Tanpa Ubat




Assalammualaikum dan Salam Maulidur Rasul.. Dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni, semestinya ramai orang yang tak lepas daripada terkena penyakit batuk2 ni.. Aku memang tak suka kalau batuk sebab ubat yang paling aku tak suka sekali ialah ubat batuk.. Tak sedap langsung.. Tapi yang menghairankan aku ialah isu ketagihan sesetengah orang terhadap ubat batuk.. Macam manala depa boleh ketagih ubat batuk walhal tak sedap langsung..



Bagi sesiapa yang tak mampu nak beli ubat batuk or malas nak jumpa doktor untuk ambil ubat batuk or tak suka makan ubat batuk macam aku, Haa! Aku ada satu tips untuk hilangkan batuk tanpa makan ubat..



Selain makan ubat batuk, batuk juga boleh dihilangkan melalui dengan cara meminum air suam atau air panas dengan banyak.. Cara ini dapat membantu memecahkan dan membuang kahak. Kurangkan atau elak terus daripada mengambil bahan2 yang menambah lendir seperti bahan tenusu daging, makanan segera, gula, makanan manis, tepung putih dan sebagainya. Selain itu, ampa juga dinasihatkan supaya menghindari persekitaran yang berhabuk, berasap dan sewaktu dengannya.



By the way, bagi yang mempunyai masalah penafasan atau masalah hidung tersumbat, cuba sedut wap dari air yang mendidih.. Selamat Mencuba! ;)





Pssssttttttttt : Teringat dan rindu masa zaman sekolah rendah dulu.. Berarak ke kampung2 dan taman perumahan dengan berselawat ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad SAW.. Salam Maulidur Rasul..




Isnin, 21 Januari 2013

Sharifah Zohra VS Bawani

Isu mengenai video Listen! Listen! Listen! sudah mencetuskan satu fenomena baru di kalangan rakyat Malaysia.. Situasi yang berlaku di Universiti Utara Malaysia yang melibatkan pelajar undang2 UUM iaitu Bawani dan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia iaitu Sharifah Zohra telah menjadi trending di Twitter serta hangat dibincangkan di facebook mahupun ruangan blog.. Persoalannya, siapakah yang bersalah? adakah Bawani? atau mungkinkah Sharifah Zohra? Jadi, jom kita dengar penjelasan daripada Bawani dan juga Sharifah Zohra.. Anda dengar, anda nilaikan sendiri.. :)















Pssssstttttttttttt : Selamat bercuti semester diucapkan kepada pelajar2 degree IPTA mahupun IPTS.. Gunakan cuti ini dengan sebaik mungkin.. :)