Assalammualaikum dan Salam 2013.. Yeah! This is my first
entry for this year.. SELAMAT TAHUN BARU.. Walaupun lambat wish tapi lebih baik
daripada tak ucap langsung kan.. Late is better than never.. Okay semalam aku
berkesempatan menonton filem “Minyak Dagu” di Jusco Bandar Perda.. Filem arahan
Azhari Zain yang dilakonkan oleh Fezrul Khan, Fizo Omar, Yana Samsudin, Kartina
Aziz, dan Maimon Talib ini ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia semenjak
3 Januari 2013..
Filem yang berunsur seram ini mengetengahkan amalan syirik
yang dilakukan oleh masyarakat kita mengenai penggunaan minyak dagu yang
akhirnya memakan diri sendiri. Filem yang memakan 1 jam 22 minit tempoh
tayangan ini bagi aku berjaya membawa para penonton untuk bermain teka teki
mengenai siapakah yang memulakan dan menggunakan minyak dagu tersebut.. Satu
lagi kejayaan filem ini ialah dari segi pelakonnya yang melakonkan watak
masing2 dengan begitu mantap terutamanya ialah Yana Samsudin yang berjaya
memainkan emosi beliau dengan begitu cemerlang.
Walaubagaimanapun, bagi aku filem ini masih mempunyai sisi
buruknya iaitu jalan cerita yang diketengahkan tidak cukup hebat untuk
memantapkan lagi filem ni selain unsur2 seram yang cuba ditonjolkan juga tidak
cukup untuk menakutkan para penonton.. Bila menonton filem ini, aku sebenarnya
mengharapkan supaya filem ini sekurang kurangnya dapat buatkan aku terjerit or
terkejut dengan adegan seram yang ditampilkan tapi malangnya, filem ini tak
mampu untuk buat aku terjerit dalam pawagam. Apa2 pun, aku bagi 3 bintang untuk
filem “Minyak Dagu”..
Psssssssttttttt : Tadi aku saja search pasai minyak dagu kat
google.. Tapi apa yang mengejutkan, ada satu blog ni khas menjual minyak dagu..
pantang larang, cara penggunaan dan cara pembelian minyak dagu ini juga turut
diterangkan.. Memang mengucap panjang la aku sebab macam tak percaya Minyak
Dagu yang syirik ni sudah dikomersialkan dalam masyarakat kita dengan
menggunakan teknologi terkini, HUHU…








