Pages

Isnin, 24 Disember 2012

Loghat Orang Utagha



Akhir bulan 12 ni, mesti ramai yang merancang untuk bercuti bersama keluarga untuk habiskan sisa2 cuti tahunan dan mungkin jugak menghabiskan baki cuti sekolah yang tinggal beberapa hari saja lagi atau mungkin jugak bercuti sempena cuti Krismas atau mungkin jugak cuti tahun baru atau mungkin jugak nak berbulan madu (almaklumlah banyak sungguh kenduri kawen time cuti sekolah ni). Bila cakap pasai destinasi percutian ni, semestinya negeri2 di Utara Malaysia menjadi tarikan utama untuk bercuti.. 



Kalau di Utara Perak, kita ada Zoo Taiping, Muzium Taiping dan sebagainya.. 
Kalau di Penang, sekarang tengah giat aktiviti Pesta Penang sepanjang bulan 12 di Tapak Pesta Sungai Nibong dan jugak Penang tersenarai oleh Yahoo sebagai 10 pulau yang wajib dilawati di dunia dan Penang jugak disenaraikan oleh UNESCO sebagai bandar warisan dunia.. Penang jugak merupakan syurga makanan dan syurga beli belah dan ada banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati.. (Opsss! terPromote lebih pulak Penang) 
Kalau di Kedah, kita ada Pulau Langkawi.. Pulau yang setanding dengan Bali dan Phuket.. 
Kalau di Perlis, kita ada Padang Besar.. Kawasan beli belah yang terkenal.. 



Jadi bagi anda yang nak bercuti di negeri2 utara ni, sepatutnyalah anda kena tahula serba sikit loghat utagha ni supaya nanti tak ada misscommunication. Okay, sempena hari ini bertarikh 24 Disember, so aku akan ajar 24 perkataan dalam loghat utara.. Jom! 



1. Belemoih = Comot 

2. Awat = Kenapa 

3. Penyegan = Pemalas 

4. Pancoq = Bilik Air 

5. Ligan = Kejar 

6. Ceroi = Air cair tak pekat 

7. Qenyih = Senyum 

8. Cemuih = Bosan / Jemu 

9. Sekupang = Sepuluh Sen 

10. Ketegaq = Degil 

11. Melilau/Melewaq = Merayau 

12. Pengkaq = Tempang 

13. Butuh/Pelaq = Kemaluan Lelaki 

14. Burit/Poen = Kemaluan Perempuan 

15. Hang = Awak 

16. Depa = Mereka 

17. Hampa = Kamu Semua 

18. Ceq = Saya 

19. Qhabat = Panjat 

20. Anak Menakan = Anak Saudara 

21. Mengacom = Mengadu 

22. Marka = Kekasih 

23. Tak Dan = Tak Sempat 

24. Mangkaq = Bodoh 



Yeay! Hampa dah pandai dah cakap loghat Utagha.. So, jom kita melancong ke negeri2 Utagha.. Jom! ;) 





Pssssttttttttt : Semalam aku ada melawat adik kawan aku kat Hospital Seberang Jaya.. Nama adik dia Ikhwan.. Teruk jugak dia eksiden.. Kaki patah, putus urat, sendi tekeluaq, calaq toksah dok cakapla.. Apa2 pun jom kita doakan supaya dia cepat2 sembuh dan dikurangkan kesakitan dan ditambahkan kebahagiaan.. Amin!

Sabtu, 22 Disember 2012

Dia Masih Dara?



Pada zaman sekarang ni, nak mencari seorang gadis yang betul2 dara memang payah.. Mencari gadis yang masih dara pada zaman sekarang umpama bagai mencari public phone yang masih elok. Ramai anak dara yang dah tiada daranya lagi.. Yang ada hanyalah title “anak dara” saja. Btw, ada mitos cara untuk mengesan seseorang gadis itu masih dara ataupun tidak.. Walaubagaimanapun, ini hanyalah sekadar mitos saja.. Terpulang pada diri kita nak percaya ataupun tidak.. Mitos untuk mengesan dara seseorang gadis tersebut boleh dikesan terhadap organ badan gadis tersebut. 



Yang pertama ialah melalui BIBIR. Gadis yang sudah tiada dara dipercayai mempunyai bibir yang lebih menarik, gebu dan cantik. Ada kajian yang menyatakan bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik, gebu dan cantik. Kajian tersebut percaya bahawa apabila bibir bertemu bibir, maka pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang segar. So, lebih kerap dicium, maka lebih cantikla bibir tersebut. 



Yang kedua ialah melalui BUAH DADA. Gadis yang sudah tiada dara lagi didapati buah dada depa tak tegang macam gadis yang masih mempunyai dara. Lebih kerap ia disentuh, maka ia akan lebih kendur. 



Yang ketiga ialah melalui TELINGA. Gadis yang masih mempunyai dara, kebiasaannya telinga depa akan kelihatan warna kemerah merahan dan cantik tapi bagi gadis yang sudah tidak mempunyai dara lagi, telinga depa akan kelihatan leper dan tak berapa nak menawan lagi. 



Yang keempat ialah melalui LEHER. Gadis yang sudah tidak mempunyai dara dapat dikesan melalui leher apabila lehernya kelihatan berkedut-kedut. Garis kedut yang kelihatan bukan seperti garis kedutan akibat penuaan, tetapi garisnya kecil2, pendek dan putus2. 



Yang kelima ialah melalui BENTUK PUNGGUNG. Gadis yang sudah tidak memiliki dara, punggung depa akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel2 punggungnya mengembang oleh ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila depa bergerak, ia akan kelihatan seperti bergoyang-goyang. 



Yang keenam ialah melalui TUMIT. Orang2 tua percaya bahawa tumit kaki boleh menentukan samada gadis tersebut masih dara ataupun tidak. Kaedahnya ialah picit di hujung tumit. Kalau selepas picit darah kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna gadis tersebut masih dara dan jika lambat, sendiri mau ingatla kan.. 



Apa2 pun, semua ini hanyalah mitos sahaja.. Jangan letakkan kepercayaan 100% kepada semua kaedah ini untuk tentukan dara seseorang.. Kepada gadis2 di luar sana tu, jaga dan peliharalah dara anda sebaik mungkin dan berikanlah dara anda kepada yang SAH sahaja.. Kepada jejaka2 pulak, janganla cuba merosakkan dara orang kalau takmau orang buat perkara yang sama kat keluarga anda.. :) 







Psssttttttt : Selamat bercuti pertengahan semester kepada student2 diploma UiTM dan Politeknik dan selamat berStudy week kepada student2 ijazah IPTA mahupun IPTS..

Khamis, 20 Disember 2012

The Hobbit di Amanjaya Mall




Dah tengok filem The Hobbit : An Unexpected Journey? Memandangkan polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi pergaduhan antara kaum di Sungai Petani, Kedah, so semalam  aku dengan sorang lagi housemate aku pun decidela nak  pi tengok midnight show filem The Hobbit 3D kat Amanjaya Mall, Sungai Petani sebab nak release tension daripada beban assignment, test, research semua tu..



Kami bertolak dalam pukoi 11.30 malam sebab show time pukoi 11.45 malam.. Dalam perjalanan tu, ada roadblock polis.. Polis tak check apa pon cuma dia tanya kami dari mana, nak ke mana and atas tujuan apa.. Time tu aku dah mula risau kalau2 pergaduhan kaum tu still wujud. Apa pun, kami still meneruskan perjalanan.. Masa beli tiket wayang and time nak ambil spek mata 3D tu, sorang abang pekerja panggung wayang tu tanya kami, eh ampa mai berdua je ke tengok wayang? Aku pun jawab yela, awat?



Then terus abang tu bagi nasihat suruh berhati hati sebab kejadian kelar mengelar antara pelampau hindu dengan melayu still terjadi.. Dia kata tadi (semalam) pun still ada kes kelar mengelar.. Hindu kelar melayu, melayu kelar hindu..  Then aku persoalkan la balik apa yang abang tu cakap.. Aku tanyala, bukan ka polis kata depa dah berdamai.. Abang tu pun balas balik.. Abang tu cakap, itu polis je cakap sebab takmau rakyat panik memandangkan isu pasai situasi ni dah tersebar meluas ke seluruh negara.. Ni kan isu sensitif, so polis takutla ia akan menggugat ketenteraman negara.. Sebab tu polis cakap semua dah okay walhal hakikatnya ia still berlaku.. Apa2 pun kita doakan semoga segala pergelutan kaum ni cepat2la berhenti.. Amin!



Okay, berbicara mengenai filem The Hobbit pulak, bagi aku filem ni takla best sangat seperti ramai orang cakap.. Mungkin sebab aku tak tonton filem “The Lord Of The Ring” kot sebelum ni sebab tu aku tak dapat nak feel dengan filem The Hobbit ni.. Paling aku tak suka dengan filem The Hobbit ni ialah part ending dia.. Memang tak best langsung.. Ending macam tergantung pun ada and yang penting ending dia langsung tak meninggalkan impak kepada penonton.. So aku bagi 3.5 bintang  jelah..



Pssstttttttt  : Kepada adik2 yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR, TAHNIAH!