Akhir bulan 12 ni, mesti ramai yang merancang untuk bercuti bersama keluarga untuk habiskan sisa2 cuti tahunan dan mungkin jugak menghabiskan baki cuti sekolah yang tinggal beberapa hari saja lagi atau mungkin jugak bercuti sempena cuti Krismas atau mungkin jugak cuti tahun baru atau mungkin jugak nak berbulan madu (almaklumlah banyak sungguh kenduri kawen time cuti sekolah ni). Bila cakap pasai destinasi percutian ni, semestinya negeri2 di Utara Malaysia menjadi tarikan utama untuk bercuti..
Kalau di Utara Perak, kita ada Zoo Taiping, Muzium Taiping dan sebagainya..
Kalau di Penang, sekarang tengah giat aktiviti Pesta Penang sepanjang bulan 12 di Tapak Pesta Sungai Nibong dan jugak Penang tersenarai oleh Yahoo sebagai 10 pulau yang wajib dilawati di dunia dan Penang jugak disenaraikan oleh UNESCO sebagai bandar warisan dunia.. Penang jugak merupakan syurga makanan dan syurga beli belah dan ada banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati.. (Opsss! terPromote lebih pulak Penang)
Kalau di Kedah, kita ada Pulau Langkawi.. Pulau yang setanding dengan Bali dan Phuket..
Kalau di Perlis, kita ada Padang Besar.. Kawasan beli belah yang terkenal..
Jadi bagi anda yang nak bercuti di negeri2 utara ni, sepatutnyalah anda kena tahula serba sikit loghat utagha ni supaya nanti tak ada misscommunication. Okay, sempena hari ini bertarikh 24 Disember, so aku akan ajar 24 perkataan dalam loghat utara.. Jom!
1. Belemoih = Comot
2. Awat = Kenapa
3. Penyegan = Pemalas
4. Pancoq = Bilik Air
5. Ligan = Kejar
6. Ceroi = Air cair tak pekat
7. Qenyih = Senyum
8. Cemuih = Bosan / Jemu
9. Sekupang = Sepuluh Sen
10. Ketegaq = Degil
11. Melilau/Melewaq = Merayau
12. Pengkaq = Tempang
13. Butuh/Pelaq = Kemaluan Lelaki
14. Burit/Poen = Kemaluan Perempuan
15. Hang = Awak
16. Depa = Mereka
17. Hampa = Kamu Semua
18. Ceq = Saya
19. Qhabat = Panjat
20. Anak Menakan = Anak Saudara
21. Mengacom = Mengadu
22. Marka = Kekasih
23. Tak Dan = Tak Sempat
24. Mangkaq = Bodoh
Yeay! Hampa dah pandai dah cakap loghat Utagha.. So, jom kita melancong ke negeri2 Utagha.. Jom! ;)
Pssssttttttttt : Semalam aku ada melawat adik kawan aku kat Hospital Seberang Jaya.. Nama adik dia Ikhwan.. Teruk jugak dia eksiden.. Kaki patah, putus urat, sendi tekeluaq, calaq toksah dok cakapla.. Apa2 pun jom kita doakan supaya dia cepat2 sembuh dan dikurangkan kesakitan dan ditambahkan kebahagiaan.. Amin!


