Pages

Sabtu, 21 Julai 2012

Suntikan Ketika Berpuasa, Batal Atau Tidak?



Ingat tak masa zaman sekolah rendah dan zaman sekolah menengah kita dulu..? Masa tu beberapa kali nama kita akan dipanggil untuk menghadap doktor atau jururawat di bilik kesihatan untuk menerima suntikan imunisasi lah, suntikan HPV lah (untuk student perempuan), suntikan BCG lah, dan macam2 jenis suntikan lagilah. Bayangkan kalau kita menerima suntikan tersebut ketika sedang berpuasa.. Batal ke idok puasa kita tu?



Dalam Fiqhus Sunnah oleh Syed Sabiq, menerima suntikan adalah diharuskan dalam bulan Ramadhan, tidak kira sama ada melalui otot, pembuluh darah, kulit dan seangkatan dengannya. Ini disebabkan, jalan kemasukan ubat ini tidak melalui jalan biasa iaitu melalui mulut.



Dalam Fatawa Muasirat, Dr. Yusuf al-Qaradawi mengatakan, “Sudah jelas pada kita bahawa suntikan dengan pelbagai cara serta penggunaan ubat sisip, semuanya bukan melibatkan makan dan minum. Maksud ketetapan syariat berkaitan puasa adalah jelas, iaitu tidak makan,tidak minum, serta meninggalkan nafsu syahwat. So, tak perlulah menyusahkan pengertian puasa dengan menokok tambah perkara2 yang tak dinyatakan oleh Allah.



Ibnu Hazmin berkata, “Tidak batal berpuasa dengan memasukkan ubat ke dalam telinga, hidung ataupun saluran kencing”. Walaupun begitu, Syeikh bin Jibreen memberi amaran apabila suntikan itu mengandungi bahan2 makanan yang boleh menyegarkan pesakit dan bukannya ubatan, maka puasanya dihukum batal. Salam 1 Ramadhan.. ;)






Psssstttttttt : Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada kali ini.. Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua penganut agama Islam..



Rabu, 18 Julai 2012

Cabut - Cabut Uban



Bila cakap pasai uban ni, pastinya akan membuatkan ramai orang yang akan rasa tak senang duduk kalau uban tumbuh kat rambut depa atau dalam erti kata lain rambut depa berubah warna jadi warna putih. Bagi remaja yang belia muda macam aku ni, semestinyalah prinsip yang akan dipegang, biarlah rambut warna hitam ke, biru ke, merah ke, kuning ke, hijau ke, asalkan bukan warna putih. Yela, umur baru sweet 20 tapi rambut dah macam orang umur 70 tahun.. Tapi kan, tapi kan, ada jugak orang cakap yang lelaki berambut putih tu seksi.. Yeke? Seksi tang mana taktau..



Bila uban dah mula tumbuh sehelai dua, mesti rasa nak cabut rambut and buang jauh2 kan.. Tapi kan, ada orang cakap kalau kita cabut uban tu, ia akan tumbuh lagi banyak.. Betul ke Bohong? Jawapannya, BOHONG.. Sebab dalam kajian membuktikan bahawa uban akan timbul pada folikel yang sama setelah dicabut. So, kalau kita cabut uban tu, uban tu akan tumbuh semula kat bahagian tu jugak. Tiada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan kalau sehelai uban dicabut akan makin banyak uban yang akan timbul. Walaubagaimanapun, doktor menyarankan kita semua supaya tak cabut uban sebab tindakan ini boleh melukakan kulit kepala dan terjadinya infeksi. Kalau uban tumbuh, janganla cabut, gunting je.. Kalau sayang nak gunting tapi pada masa yang sama takmau rambut warna putih, pakaila inai hitam.. ;)



Sebenarnya kan, uban ni tumbuh disebabkan nutrisi tak seimbang dalam badan kita seperti kurangnya pengambilan vitamin A dan B-12 yang mana vitamin ni semua amat penting sebab ia mempengaruhi penghasilan melanin di akar rambut. Keturunan kita jugak sebenarnya mempengaruhi genetik uban di kepala. Kalau kita memang daripada keturunan yang memang daripada muda lagi dah ada banyak uban, so no wonderla kalau kita pun cepat je tumbuh uban. Selain itu, uban jugak boleh tumbuh kalau kita asyik stress je. So, kalau takmau uban tumbuh kat kepala, kata TIDAK kepada STRESS..






Pssstttttttttt : Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)..



Selasa, 17 Julai 2012

Terengganu Hebat!



Terengganu meraih 62 pingat emas, 24 pingat perak dan 31 pingat gangsa sekali gus menobatkan negeri penyu ini sebagai juara Sukan Malaysia 2012 di Kuantan, Pahang. Kejuaraan Terengganu Darul Iman ini merupakan kejuaraan kali ke-4 yang berturut turut. Tahniah Terengganu!



Kejuaraan Terengganu untuk kali ke-4 berturut-turut di Sukan Malaysia ini membuktikan bahawa kemajuan sesebuah negeri mahupun populasi sesebuah negeri bukanlah pemangkin untuk bergelar juara. Jika dilihat daripada segi kemajuan, Terengganu tidaklah semaju Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Penang, Melaka mahupun Perak tapi jelas Terengganu mampu menewaskan negeri2 maju lain yang mampu menyediakan fasiliti sukan yang bertaraf international jika dibandingkan dengan negeri Terengganu.



Jika dilihat daripada sudut populasi penduduk pula, berdasarkan banci penduduk 2010, Terengganu hanyalah mempunyai populasi seramai 1,037,977 iaitu negeri ke-11 dalam senarai kepadatan penduduk. Walaubagaimanapun, Terengganu dapat membuktikan bahawa walaupun populasi penduduknya tidaklah seramai Selangor dan 9 lagi negeri yang mempunyai populasi melebihi negeri Terengganu, tetapi kejayaan tetap berjaya diukir.



Kejayaan Terengganu ini juga semestinyalah dapat menjadi perangsang untuk atlit2 Malaysia untuk menentang negara2 gergasi di dunia di pentas sukan antarabangsa. Walaupun Malaysia masih membangun, walaupun populasi Malaysia hanyalah 28 juta orang,walaupun Malaysia taklah besar mana, tapi tiada apa pun yang mustahil kerana Malaysia Boleh!




Psssssstttttttt : Tahniah juga diucapkan kepada Dato Fazley yang telah berjaya menjuarai MasterChef Selebriti musim pertama segali gus berjaya menyumbangkan dana sebanyak RM57,500 kepada Yayasan Jantung Malaysia.