Pages

Sabtu, 22 Oktober 2011

Contest Daniel Adie : SISPA



Kacak luar,
Kacak dalam,
Kacak dengar sini,
Kalau saya senyum,
Awak mesti senyum sekali,
Kalau kita senyum,
Semua orang berjangkit,
Bila semua orang senyum,
Dunia tiada penyakit..


Ek eh, apa pasai aku tetiba jer dok nyanyi lagu “senyum” plak nii? Haa! Actually entry aku kali ni, aku nak masuk competition yang dikendalikan oleh encek DANIEL ADIE kita nii.. Entry yang diberi nama SISPA iaitu “Senyuman Ikhlas, Senyuman Palsu”.. Hadiah pun boleh tahan lumayan jugakk.. Kalau menang, boleh dapat patung Angry Bird.. Bolehla aku peluk time tidoq nanti, HEHE.. Lagi satu, kalau menang, boleh dapat Ferrero Rocher yang ditaja khas oleh Encek ZIZIDIAZORA.. Sedap tuuu, HAHA.. Okaylah, takmo beletiaq panjang2, jom kita usha sikit senyuman palsu and ikhlas daripada aku.. Jangan Gelak taw! SENYUM takpa.. Tapi jangan senyum palsu taw! Senyum Ikhlas takpa.. :p





Gambaq yang senyuman palsu tu, memang palsu sangatla senyuman tu sebab time tu aku senyum ala2 cover macho gitteww walaupun hakikatnya hancho adala, HAHA.. Gambaq yang senyuman ikhlas tu, seriously gambaq tu memang senyuman yang ikhlas sebab time tu aku dok tersenyum dengan telatah si cameraman.. ;)
Sebelum terlupa, kalau nak masuk competition ni, kena sediakan slogan.. So, ini slogan aku.. ;)


"Terkadang, senyuman palsu terukir apabila hipokrit menguasai diri untuk menjaga perasaan sekeliling makhluk serta senyuman palsu terukir tatkala terpaksa menutupi sebuah penderitaan agar tidak diketahui.."



Jom, sambung nyanyi lagi..

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan,
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan,
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan,
Tapi AKU PUNYA SATU SENYUMAN YANG MENAWAN..

*Perasan Sudeyhhh, HEHE..





Jumaat, 21 Oktober 2011

Nak Jadi Genius Matematik? Bersenamlah!




Nak tau tak? Satu kajian yang dibuat oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS)menemui bahawa senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik. Tapikan, tapikan, kanak-kanak yang bertubuh normal pun digalakkan jugak untuk bersenam kalau nak jadi pandai dalam matematik.



Bila dah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan. Senaman yang dilakukan adalah pelbagai seperti berlari, lompat tali, bersenam dan macam2 lagi lah. Semua aktiviti itu juga dapat merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.



Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait. Patutla, masa UPSR dulu aku dapat A (dengan nada bongkak) untuk matematik sebab time sekolah rendah dulu, rajin gila aku bermain.. cakap je mainan apa yang aku tak pernah main? HAHA.. Tapikan,tapikan, bila naik sekolah menengah, matematik aku dah tak hebat sebab maybe aku dah malas bersenam kot, HUHU.. Apa2 pun, selamat bersenam! ;)




Khamis, 20 Oktober 2011

Sebab2 Kenapa Tiada Sesiapa Yang Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China



As-Salam and Salam satu dunia.. Ampa semua still ingat lagi dengan isu dalam video ni? Seorang budak 2 tahun di China digilis dan orang ramai buat tak peduli jer kat budak tuu.. Mesti ada sebab kan kenapa depa yang lalu lalang kat situ tak peduli dengan nasib budak tu.. Nak tau sebab apa? Haa! kat bawah ni, aku ada COPY PASTE sebab2nya daripada facebook encek Razif Yusof.. Jom kita baca!


-------------------------------------------------------------------------

Salam hormat,

Saya yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini. Kenapa dan mengapa ianya berlaku?


"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.



Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong..



Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia... Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh...



Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas. Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu..



Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.



Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati.


Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..


Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni... Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini... Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.


SUMBER : RAZIF YUSOF