Pages

Rabu, 28 September 2011

Gempar Kolej Jati UiTM Shah Alam Terbakar!

Aiseyh, terkejut seyh, tadi aku bangun tidur dalam pukul 7.30am camtu, then bukakla laptop and online facebook, then tetiba aku ada ternampak ada orang post video kebakaran kat Kolej Jati UiTM Shah Alam yang baru jer berlaku hari ni dalam pukul 2am tadi.. Kolej Jati ni dihuni oleh pelajar2 lelaki UiTM Shah Alam. Punca kebakaran tu tak dapatla pulak nak dipastikan. Apa2 pun, jom tengok video kebakaran kat Kolej Jati ni yang baru jer berlaku dalam pukul 2 pagi tadi..






Sabtu, 24 September 2011

Book Fair dalam Kapal Mewah

Bertarikh 23/9/2011, aku adala pergi book fair kat dalam Kapal Mewah Logos Hope yang parking tepi Kapal Star Cruise Libra dekat pelabuhan Swettenhem Pier, Penang, sebab kawan aku iaitu Nasrul yang bersemangat sangat dok ajak aku pi sana. Aku pun ikut je la.. Bila lagi la kan nak masuk dalam kapal mewah tu, HAHA.. Masa sampai kat pelabuhan Swettenhem tu, kena daftar tulis nama and nombor kad pengenalan dulu. Time tu ada seorang polis ni berpesan kat kami yang kalau boleh, jangan belila buku kat dalam book fair tu sebab setiap wang pembelian akan dimasukkan ke dalam tabung dana membantu agama kristian.



Then bila nak masuk dalam kapal tu, kami disambut oleh dua orang perempuan eropah.. Btw, kalau nak masuk dalam kapal Logos Hope tu, kena bayar RM1.. Bila masuk dalam kapal tu, memang terasa macam kat negara asing pulak sebab pekerja2 dalam kapal tu terdiri daripada pelbagai bangsa daripada seluruh dunia.. Tapi majoritinya bangsa eropahla.. Yang bestnye, depa suma layan kita dengan mesra and peramah.. Jenuh tergeliat jugakla lidah aku nak speaking dengan depa semua, HAHA..



Mula2 tu, aku ingat nak belek2 jer buku2 dalam kapal mewah tu sebab aku rasa mesti aku tak mampu punya nak beli buku2 tu semua sebab aku bajet dalam kapal tu semua buku2 yang dijual mahal tapi aku betoi2 tersilap sebab harga buku2 yang depa juai, memang betul2 murah gila. Rugi woo kalau tak beli.. So, apa lagi, alang2 kapal tu singgah kat Penang, aku pun belila buku2 yang aku bekenan walaupun setiap buku yang dibeli akan disumbangkan RM1 ke dalam tabung dana agama kristian. Nak buat camna, dah murah kan? Terpaksalaaa, HEHE..




Ni aku kat depan kapal mewah Logos Hope.. ;)



bergambaq dengan kapal mewah Logos Hope lagi, HEHE..



Time ni kat dalam kapal mewah Logos Hope..




Buku ni kat pasaran dijual dengan harga RM120 tapi kat dalam kapal ni, aku beli dengan harga RM48 jer.. ;)




Novel ni pulak kalau kat pasaran dijual dengan harga RM39 tapi kawan aku beli dengan harga RM8 jer..




Novel ni pun kat pasaran dijual dengan harga RM39 tapi aku beli dengan harga RM4 jer..




Kamus ni pulak aku dapat percuma sebab belian aku melebihi RM50.. So, dapatla kamus percuma.. ;)



Jumaat, 23 September 2011

Cinta Jarak Dekat ke Cinta Jarak Jauh?



Secara terus terang, aku nak buat pengumuman jujur kat sini yang seumur hidup aku, memang aku takdak langsung pengalaman bercinta. So bila cakap soal cinta jarak jauh atau cinta jarak dekat, aku just boleh bagi pendapat aku berdasarkan pemerhatian aku jer. Kalau nak bagi pendapat berdasarkan pengalaman tu memang takla kan sebab nak cedok mana entah pengalaman cintan cintun semua tu, HAHA.. So, siapa yang nak jadi first love aku? Ahaks! ;)



Okay berdasarkan pemerhatian aku, cinta jarak jauh ataupun cinta jarak dekat ni masing2 ada kebaikan dan keburukan. Kalau cinta jarak dekat ni, bagi aku kebaikannya ialah, payahla nak curang sebab asyik dok berjumpa je dan bolehla keluar pi mana2 sekali. Pendek kata, ada temanlah kalau pi mana2 pun.. Keburukkan dia pulak, kalau dah cinta jarak dekat namanya, confirmla agak jemu jugak kan hari2 pandang muka yang sama jer.. Mula2 tu okay la tapi kalau dah bertahun tahun, jemula jugakkan, HAHA.. Satu lagi keburukkan dia, cinta jarak dekat ni boleh menggalakkan maksiat. Yela, dah selalu jumpa, so tipula kalau takdak pegang2 tangan kan? Itu baru bab pegang2 tangan, pegang2 benda lain tak kira lagi. ;)



Untuk cinta jarak jauh pulak, kebaikannya mestila dapat elak daripada buat maksiat and pada masa yang sama dapat mendalamkan lagi perasaan cinta tu. Almaklumlah lumrah manusia bila ada depan mata, nak pandang pun tak, tapi bila dah jauh ataupun takdak depan mata, barula nak rindula, nak sayangla, HAHA.. Keburukkannya pun ada jugak iaitu walaupun ada kekasih tapi tetap rasa macam still single jugak sebab pi mana2 pun takdak si “dia” untuk nak tolong temankan. And satu lagi, probability untuk curang tu agak tinggi la jugak kann.Kesunyianla katakann.. Itula pandangan aku tentang cinta jarak jauh dan cinta jarak dekat ni.. Untuk ampa, mana satu yang ampa rasa pilihan ampa ataupun yang mana satu yang paling best? Cinta Jarak Jauh ke Cinta Jarak Dekat?Ahaks! ;)