Pages

Isnin, 19 September 2011

Hantu Bonceng Hina Islam?




Video kat atas ni adalah salah satu sedutan babak yang boleh dikatakan menghina Rasulullah dan Islam dalam filem Hantu Bonceng. Video kat atas ni diedit khas oleh milosuam.blogspot.com supaya ampa semua nampak dengan jelas babak yang dikatakan menghina Rasulullah tu.



Okay, aku memang dah tonton filem Hantu Bonceng ni kat pawagam masa raya ke-3 hari tu. Bagi aku, Hantu Bonceng memang kelakar habisla walaupun memang tak dinafikan kadang2 unsur2 agama ada digunakan untuk mencetuskan lucu dan lawak. Tapi apa2 pun, aku taknak salahkan pihak produksi Hantu Bonceng mahupun FINAS sebab mungkin depa pun tak perasan ataupun terlepas pandang kesilapan dalam filem ni di mana lakonan dalam filem ni kelihatan seolah olah menghina Islam. Biasalah, manusia kan tak sempurna, jadi perkara macam ni memang tak dapat nak dielakkan walaupun tanpa niat. Cuma apa yang aku harapkan semoga selepas ni pengarah, para pelakon Hantu Bonceng serta pihak FINAS sendiri supaya lebih peka dan tak biarkan pisang berbuah 2 kali.



Okaylah, aku pun tak nak komen lebih2, lebih baik ampa bukak video tu dan ampa saksikanlah sendiri samada penghinaan terhadap Rasulullah tu dengan sengaja ataupun tidak disengajakan. Check it out! ;)



Ahad, 18 September 2011

Anak Ikan Raja Azmi




Habisla aku kena saman kalau Raja Azmi baca tajuk entry blog aku ni. Sebelum aku kena saman, jadi eloklah aku explain kat ampa semua siapa anak ikan si Raja Azmi ni. Actually, aku pun baru taw pasai “Anak Ikan” Raja Azmi ni.. So, aku nakla share dengan ampa semua. “Anak Ikan” Raja Azmi ini sebenarnya ialah judul sebuah filem yang bakal diterbitkan oleh Raja Azmi. Kalau tak salah, filem "Anak Ikan" ni akan memulakan pengambaran pada penghujung tahun ni. Filem ni boleh dianggap kontroversi jugakla sebab filem ni mengenai kehidupan lelaki2 gay. Sebelum ni Raja Azmi dah terbitkan sebuah filem mengenai lelaki gay jugak iaitu “...Dalam Botol.”



Hurrmmm, walaupun “...Dalam Botol” berjaya meraih RM1 Juta dalam tempoh 5 hari tayangan, tapi aku tetap tak puas hati dengan filem “...Dalam Botol” ni. Rasa macam rugi je aku tonton filem tu kat pawagam. So, kepada Raja Azmi, diharapkan semoga “Anak Ikan” lebih menyengatla berbanding “...Dalam Botol”. Jangan nak kontroversi je tapi hasilnya hampeh. Selain tu, dengar kata, drama pendek “Comolot” di Youtube yang jugak berunsurkan gay lakonan Remy Ishak bakal difilemkan sebagai “Comolot The Movie” yang akan memulakan pengambaran pada awal tahun depan.



Aiseyh, makin banyak pulak filem2 yang berunsurkan gay ni diterbitkan di Malaysia. Apakah ini menunjukkan budaya gay semakin berkembang kat Malaysia? Kalau takdak angin, takkan pokok nak bergoyang kot. Lainla kalau ada tangan2 gatai yang nak goyangkan pokok tu, HAHA. Apa2 pun,aku percaya, penerbit ni suma bukan sekadar nak mengaut keuntungan je dengan menerbitkan filem2 kontroversi ni tapi turut jugak menyelitkan unsur2 yang boleh dibuat pengajaran. Diharapkan dengan kewujudan filem2 yang berunsurkan gay ni dapatlah menarik ramai golongan homoseksual untuk menonton dan pada masa yang sama turut mengambil pengajaran daripada cerita yang dipaparkan, sekali gus kembali ke pangkal jalan.. InsyaAllah.. ;)



Jumaat, 16 September 2011

Bersin OK, Menguap K.O?

HaaaaaaaaaaShiimm! Mesti tersedak orang2 yang bernama Hashim, HEHE.. Sorryla, terbersin pulak. Maybe sebab blog ni dah bersawang and berhabuk kot. Tapi takpa, biar bersin kalau bukak blog ni, tapi jangan menguap sudahla ye kalau bukak blog ni sebab bersin tu kan bagus tapi menguap tu kan tak bagus..



Erm, pasaipa bersin bagus dan menguap tu tak bagus? Bersin bagus sebab bersin adalah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia, di mana bersin mampu menolak penyakit dan juga tanda seorang itu dipelihara Allah akan kesihatannya dan sebagai rahmat dari Allah SWT. Tetapi “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap." Kenapa? Allah membenci menguap sebab menguap adalah petanda seseorang itu banyak makan, yang pada akhirnya membawa pada kemalasan dalam beribadah. Menguap adalah perbuatan yang dibenci oleh Allah, lebih2 lagi ketika waktu solat.



Jadi kepada sesiapa yang bersin tu, ucaplah Alhamdulillah serta jangan lupa letak tangan atau kain di mulut ketika bersin and rendahkan suara ketika bersin sebab bersin dengan suara yang kuat datang daripada syaitan. Kepada sesiapa yang terdengar orang bersin tu, ucaplah يرحمك اللهtapi kalau dia bersin lebih daripada 3 kali, doakan jela semoga dia sembuh sebab kalau dah bersin lebih daripada 3 kali tu dah petanda dia diserang penyakit.



Kepada yang menguap tu, jangan lupa beristiqfar ye dan jagalah adab-adab seperti menutup mulut dengan tangan atau kain, tidak mengeluarkan suara yang kuat ketika menguap dan tidak membuka mulut dengan lebar kerana akan diketawakan oleh syaitan. Okaylah, kepada seluruh warga Malaysia, SELAMAT HARI MALAYSIA.. ;)






Baguih betoi kucing nii.. Ampa semua patut contohi kucing ni taw.. kalau menguap, jangan lupa tutup mulut.. ;)


Kalau nak bersin, jangan lupa tutup dengan kain okay.. Kalau tak, nanti tersembur habis segala kuman2 tu semua, HAHA..