Video kat atas ni adalah salah satu sedutan babak yang boleh dikatakan menghina Rasulullah dan Islam dalam filem Hantu Bonceng. Video kat atas ni diedit khas oleh milosuam.blogspot.com supaya ampa semua nampak dengan jelas babak yang dikatakan menghina Rasulullah tu.
Okay, aku memang dah tonton filem Hantu Bonceng ni kat pawagam masa raya ke-3 hari tu. Bagi aku, Hantu Bonceng memang kelakar habisla walaupun memang tak dinafikan kadang2 unsur2 agama ada digunakan untuk mencetuskan lucu dan lawak. Tapi apa2 pun, aku taknak salahkan pihak produksi Hantu Bonceng mahupun FINAS sebab mungkin depa pun tak perasan ataupun terlepas pandang kesilapan dalam filem ni di mana lakonan dalam filem ni kelihatan seolah olah menghina Islam. Biasalah, manusia kan tak sempurna, jadi perkara macam ni memang tak dapat nak dielakkan walaupun tanpa niat. Cuma apa yang aku harapkan semoga selepas ni pengarah, para pelakon Hantu Bonceng serta pihak FINAS sendiri supaya lebih peka dan tak biarkan pisang berbuah 2 kali.
Okaylah, aku pun tak nak komen lebih2, lebih baik ampa bukak video tu dan ampa saksikanlah sendiri samada penghinaan terhadap Rasulullah tu dengan sengaja ataupun tidak disengajakan. Check it out! ;)


