Bertarikh 28 Jun 2011 yang lepas, maka genaplah 3 tahun aku sebagai pelajar diploma di UiTM Kedah dan tamatlah sudah pengajian diploma aku kat sana. Banyak jugaklah memori yang best kat sana. Dalam hidup aku, bagi aku kawan2 aku kat UiTM Kedahla kawan2 yang paling best pernah aku jumpa. Lepas ni mesti aku akan rindu kat depa semua.
Semalam bertarikh 1 Julai 2011 pulak, aku dapat tawaran Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di UiTM Kedah jugak yang bakal bermula pada September ni. Bersyukur jugakla sebab dapat sambung ke peringkat Ijazah selama 2 tahun je tapi pada masa yang sama aku tetap sedih sebab aku dah kehilangan semua kawan2 dan geng2 yang sekepala dengan aku. Geng2 aku semua dapat tawaran melanjutkan ijazah di UiTM Shah Alam and cuma aku and beberapa orang kawan batch aku jer yang dapat tawaran kat UiTM Kedah. Walaupun sedih sebab lepas ni aku dah taktau nak kawan dengan sapa, tapi segala kejadian mesti ada hikmahnya right? Maybe lepas ni aku akan dapat kawan and geng2 yang lebih best kot.. Who knows right? Insyaallah.. Jom layan beberapa gambar aku ngan kawan2 kat UiTM Kedah.. ;)

Ni masa gambar kami semua masa semester 1 iaitu batch Julai 2008.. Semua muka skema jer time ni, HAHA..

Ni pulak gambar semua batch aku iaitu batch Julai 2008 Diploma Pentadbiran Awam kat UiTM Kedah semasa semester 3. Time ni kami semua kena anjurkan Sport Day untuk semua pelajar2 Diploma Pentadbiran Awam UiTM Kedah.

Gambar ni pun time semester 3 jugak. Ni gambar aku dengan kelas A. Aku student dari kelas B tapi time ni aku kena tumpang beberapa subjek kat kelas A.

Ni pulak gambar kelas aku masa semester 4. Time ni kelas kami dah makin sikit orang sebab ramai yang dah keluar untuk jadi nurse and ramai dah pergi ke program penerapan ke Ijazah. Kami je yang still kekal untuk Diploma Pentadbiran Awam..

Ini gambar batch aku time Semester 6 iaitu semester akhir kami semua sebagai pelajar diploma pentadbiran awam.. Sumpah nanti mesti aku rindu ampa semua.. HUHU