Bila cakap mengenai idola, semestinyalah setiap orang ada idola dia masing2 dan mungkin juga seseorang tu menjadi idola kepada orang lain. Bagi aku idola ni lebih kepada ikon ataupun aspirasi kepada seseorang untuk menjadi atau berjaya macam orang yang dijadikan idola tu. Kalau ditanya aku siapakah idola aku, confirmla idola aku ialah Nabi Muhammad SAW and my lovely parents. Btw, selain itu aku ada jugak orang lain yang aku jadikan sebagai idola or aspirasi aku untuk cuba berjaya macam depa.. Depa yang berjaya jadi idola aku ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ni asal dari negeri Kedah.. Pendidikan beliau hanyalah setakat SPM je tapi beliau lani berjaya jadi top 5 orang paling kaya di Malaysia and orang Melayu paling terkaya di Malaysia. Aku suka dengan sikap Tan Sri Syed Mokhtar ni sebab walaupun beliau kaya tapi beliau hidup secara sederhana je. Cuba ampa bayangkan orang yang sekaya Tan Sri Syed Mokhtar ni hanya guna kereta Proton Perdana jer walaupun beliau sebenarnya jauh lebih mampu kalau nak beli Lamborghini ke Ferrari ke. Ini disebabkan beliau sokong kereta nasional dan bagi beliau tak kiralah apa kereta pun yang dipakai janji kereta tu dah cukup untuk bawak beliau ke mana mana. Aku suka dengan prinsip hidup Tan Sri Syed Mokhtar ni sebab kekayaan yang beliau kejar hari ni bukanlah disebabkan beliau nak hidup mewah tapi disebabkan niat beliau untuk membantu orang. Beliau percaya kekayaan yang beliau miliki hari ini adalah milik masyarakat dan beliau hanyalah sebagai pemegang amanah daripada Allah untuk mengagihkan kekayaan itu kepada orang ramai.. So, tak heranla kenapa beliau tak pernah berkira untuk keluarkan wang yang banyak untuk membeli atau membuna sesuatu demi kegunaan orang ramai. Hari ini, aku pun berazam nak jadi macam Tan Sri Mokhtar Al Bukhary di mana aku pun akan berusaha nak jadi sekaya mungkin sebab aku nak tolong agama aku, bangsa aku dan negara ku.. InsyaAllah.. :)
Selain itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad juga merupakan salah seorang idola aku. Aku suka dengan idea dan polisi yang digunakan oleh Tun Dr. M ketika beliau memerintah Malaysia. Setiap polisi dan perancangan yang dibuat oleh Tun Dr. M kadang2 macam tak masuk akal tapi sebenarnya banyak manfaat daripada polisi dan perancangan Tun Dr. M ni. Boleh dikatakan semua polisi yang dicetuskan oleh Tun Dr. M ni berjayalah. Aku suka dengan sifat kepimpinan beliau. Walaupun beliau hanyalah orang melayu dan perdana menteri Malaysia iaitu sebuah negara yang hanya baru nak membangun tapi beliau tak pernah gentar dengan negara2 maju yang lain. Beliau pernah melancarkan kempen “Buy British Last” sebagai usaha untuk membalas sikap sombong kerajaan British. Kempen ni membuatkan Kerajaan British begitu terkejut dan terkesima dengan Malaysia. Kalau nak cerita satu persatu mengenai polisi yang dibuat oleh Tun Dr. M ni, memang tak boleh nak habisla sebab banyak sangat and semuanya sungguh berkualiti. Takla macam perdana menteri yang dok ada lani. Asyik2 1 Malaysia, 1 Malaysia, 1 Malaysia.. Klinik 1 Malaysia lah, Kedai 1 Malaysialah, semua nak 1 Malaysia sampai aku rasa dah bosan dengan 1 Malaysia ni.. Oppsssssss! Terlebeyh sudeyhhh..
Idola ampa siapa pulak? Ceciter, ceciter..
Psssssttttttttt : Sempena cuti sekolah ni, kepada murid2 sekolah, selamat bercuti.. kepada yang nak kawin, selamat pengantin baru.. kepada yang nak celebrate hari gawai, selamat hari gawai.. Peace!
41 ulasan:
sama lah weh! sumber inspirasi tuh...fuhhh
wah terbaik la idola dak zwan ni
dr. M pemimpin yg dikagumi ramai ^_^
Dr M dgn Syed Bukhary tu memang antara contoh orang melayu yang berjaya..patutla..semua contoh sifat keperibadian dan kepimpinan diorang..barulah negara maju ! malaysia boleh ! eh semangat pulekk..hehe
contohilah Dr M. hee~
pernah handle majlis dengan Tun M bulan 2 aritu..tgk entri ni tetibe rindu ngn moment tu..
TERBAIK NYER PEMIMPIN....
eh kita punya idola yg sama lah..hehe..
sekarang aku sdg baca buku Tun dr. M, doktor in the house versi melayu itu..tak habis baca lagi
Zwan: DR M idola PPP dulu, kini dan selamanya ^^
tumpang lalu lalang kejap he he he
Habis madu sepah dibuang? (Ye ke pompan cepat nampak tua apakah?) tak caya jom baca ni http://paripariputih.blogspot.com/2012/05/sebab-wanita-lebih-cepat-nampak-tua.html
errr siapa ye idola aku?? runsing sekejap hihi..
*idola aku adalah abg aku*
siti nurhaliza!hahaha
sunug kagum dengan ereka ber2 ni
idola tikah ialah my mum :)
takde spesel idola sgt
heee
wah baru tau cerita mereka .. memang patut dijadikan idola :)
aku penah jumpe dr. M depan-depan.. hehehhe
GREAT PEOPLE~!
ADMIRE THEM!!!
yaa Dr M seorang yg boleh di jadikan sumber inspirasi :)
Semoga berjaya macam mereka juga Zwan :DD
terbaek...Tun Dr M sangat bijak dalam mentadbir negara..perlu dicontohi oleh generasi sekarang =)
memang berinspirasi..
memang berinspirasi..
Tun Dr. Mahathir kekuatan dia pada rhetoric, pndai ckp, tayah tgk skrip.. Liyana pnh atend conference die, yg tnye soalan sume geng2 professor, dia jwb relax je ambil garu-garu pipi, pgang mic sebelah tgn.. Mse zmn die coruption takde sgt.. Sape pun tak brani cantas dia ni.. Very strct person..
Yg pnting die takde skandal.. Setia dgn wife dia je.. Tp after dia tak jd PM, mlysia punye ekonomi jd tah pape.. Till PM skrg.. Gula satu malaysia, bangunan sultab abdul samad tu pun nk ada satu mlysia..
Pdhl 1 malaysia tu tak nmpk ape2 pon.. Anoying hado.. Hahahaha..
My idol is Prophet Muhammad n companions for sure.. Tp kalau individu moden mcm ni, i like ustaz azhar idrus.. Very talented person in photogrphy.. Kihkihkih-
adore much!
adore him much!
idolamu idolaku jua zwan....huhu..
hebat btoi depa
pergh..
lama gler tak dtg sini...
sorry..
labtop aku rosak hampir sebulan..
klu update blog pun guna lptob kwn...
huuhhuh :)
perghhh orang paling kaya Al-bukhary...hahaha
idola eyda zwan ! bole tak ? huhuhu
sory lama tak bw.. jiwa kacau :)
sama jugak
tun dr mahathir mohamad..
sanggup menghabiskan memoir beliau..
assalamualaikum :) lame gile x dtg blog ni. hukhuk .
tabik ah M :)
idola aku jugak ni. dengar kata Syed Mokhtar akan belii Jaring.. hebat la saingan TM lepas ni
saya tak berapa kenal yg pertama tu, tapi yg kedua tu juga idola saya.. =)
idola saya adalah dr mahathir mohamad...sebab dia sangat genius....betol ke ejaan genius itu?
jiwa pemimpin sejati la ko..kerlas.hehehe
jumpe dia dah?
Sape2 pn leyh jd idola bgntg pd mtlamt idup kte kan.. ;-)
da lama tak melawat blog en.zwan neh.....hehe....he's my idol to0 after our Prophet Nabi Muhammad SAW and my dad....^_^
"Takla macam perdana menteri yang dok ada lani. Asyik2 1 Malaysia, 1 Malaysia, 1 Malaysia.. Klinik 1 Malaysia lah, Kedai 1 Malaysialah, semua nak 1 Malaysia sampai aku rasa dah bosan dengan 1 Malaysia ni.."
Setuju sangat-sangat!!! Hahaha! Serious annoying dgr term tu...
Entahlah...tak berani nak letakkan sesiapa sebagai idola....sumpah tak berani...sbb semua org hanya manusia saja...
samalah dgn aku..
Tun Dr Mahathir sbg idola..
:)
Catat Ulasan