Pages

Sabtu, 30 Mac 2013

Dunia Facebook



Bila cakap pasai facebook, majoriti kita semua ada akaun facebook.. Kadang2 tu sorang ada akaun facebook sampai 2,3,4,5,6,7,8,9,10.. Zaman sekarang kalau budak tadika or nenek yang umur 100 tahun ada akaun facebook pon orang dah tak hairan.. Dah jadi macam kebiasaan.. Facebook juga dah jadi agen pencari jodoh yang paling berkesan bila ramai yang naik pelamin sebab facebook. Facebook juga telah memudahkan impian semua orang untuk jadi artis or terkenal.. Tak perlu nak masuk rancangan realiti Akademi Fantasia ke, On Air ke, Pilih Kasih ke, Showdown ke, Raja Lawak ke, MasterChef ke, Hero Remaja ke, tapi cukup sekadar post gambar2 yang kacak/cantik atau post status2 yang menarik atau post video2 diri sendiri yang kontroversi.. Confirm ramai yang LIKE dan SHARE.




Selain tu, facebook dah jadi medan yang sesuai untuk menjual produk yang HALAL dan HARAM.. Kalau nak beli itu ini, tak perlu pi kedai, tapi perlu tempah kat facebook je.. Bahkan kalau nak cari pelacur or gigolo pon tak perlu nak ke Lorong Haji Taib, Chow Kit or sewaktu dengannya tapi hanya perlu contact melalui facebook saja.  Nak cari kawan yang memenuhi kriteria yang diperlukan pun boleh melalui facebook sebab kalau kat luar, kalau kita pi kat seseorang and cakap “hai saya nak berkenalan dengan awak”, confirm akan dicop gila and tak dilayan tapi dengan facebook, you just need to add friend and lepas tu dah boleh poking2, liking2..


                                             
Indah khabar daripada rupa, ini mungkin peribahasa yang sesuai digunakan jika dibandingkan dunia facebook  dengan dunia nyata. Agak pelik bila kadang2 seseorang tu ada friend dalam facebook sampai dah FULL tapi bila di dunia nyata sebenarnya dia keseorangan and tak ada kawan. Agak pelik bila di facebook, berborak bagai sahabat baik yang kenal luar dalam tapi bila jumpa or selisih hanya mampu diam seribu kata and tunduk muka malu2. Agak pelik bila di facebook sungguh lantang bersuara tentang itu dan ini tapi bila di dunia nyata tak pernah mampu nak bersuara sebab ada emas dalam mulut. Agak pelik bila di facebook selalu post status mengalahkan pak ustad tapi di dunia nyata perangai mengalahkan bapak setan. Lastly, siapa yang ada akaun facebook tu, ADD la aku.. ZWAN SABRI (original).. ada 200 lagi kuota kosong.. Eh! Apakah? HAHA..

 

Pssssssttttttt : Yeay! Budak sekolah dah nak habis cuti sekolah.. Selamat kembali ke sekolah! HAHA..

Jumaat, 22 Mac 2013

Pengalaman di Rumah Orang Tua

Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak.


Assalammualaikum dan salam satu dunia.. Hari ni aku nak cerita pengalaman aku di rumah orang tua.. Pengalaman ni mungkin pengalaman yang terakhir atau mungkin juga pengalaman selama lamanya aku di sana.  Bertarikh 17 March 2013 iaitu ahad lepas, aku telah menyertai Program Penilaian Kompetensi under Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 di Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak. Actually program ni adalah sebagai langkah yang diambil oleh SPA untuk menilai calon2 jawatan tersebut sebelum dipanggil temuduga. Walaupun aku bakal menggenggam segulung ijazah, tapi rasanya tak salah kalau aku cuba untuk apply kerja di peringkat diploma dahulu sebab bagi aku, mula bekerja daripada peringkat bawah lebih bagus berbanding bekerja terus daripada atas. At least we can know the responsibility setiap level pekerja. So, kalau dah jadi boss nanti, kita dah dapat faham situasi pekerja2 kita di setiap peringkat.


Okay, berbalik kepada rumah orang tua tadi, for surelah salah satu aktiviti yang akan dinilai ialah the way we entertain penghuni rumah orang tua tersebut. Ada 4 buah rumah yang perlu kami masuk and entertain. Rumah pertama ialah rumah warga emas lelaki terlantar/sakit. Memang perlukan kesabaran mental yang kuat sebab most of penghuni kat situ adalah sakit and tak boleh berjalan. Ada jugak yang nyanyuk and sebahagian tu kalau cakap memang payah nak faham apa yang cuba disampaikan. Mula2 tu macam2 aku fikir samada aku mampu ataupun tidak untuk menjaga insan2 yang istimewa tersebut. Alhamdulillah, hari ini aku dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berbakti kepada mereka seandainya aku terpilih untuk menjawat jawatan tersebut.


Rumah ke-2 pulak ialah rumah warga emas lelaki sihat. Rumah kedua ni mungkin tak banyak masalah sebab most of residents kat rumah yang ke-2 ni semuanya boleh bergerak sendiri and ramah tamah. Seronok melayan karenah2 dan pengalaman2 yang disampaikan oleh atok2 kat sana.. Tiba2 teringat kat arwah tokwan aku.. Arwah tokwan aku pon suka bercerita jugak kat aku.. Tentang zaman britishla, zaman jepunla, sekolah di Penang Free lah, sekolah dengan P Ramlee lah and lain2 lagi sampai kadang2 tu aku dah boleh hafal skrip and cerita yang arwah tok wan aku nak sampaikan.. Miss that moment so much..


Rumah yang ke-3 pulak ialah rumah warga emas wanita terlantar/sakit. Same situation dengan rumah yang pertama tadi sebab penghuni2 di sini jugak terlantar sakit and sukar untuk berjalan and ada yang dah nyanyuk. Cuma bagi aku rumah yang ke-3 ni mungkin paling mencabar la untuk aku sebab jantina yang berbeza.. Kadang2 rasa malu jugak bila terpandang benda2 yang tak sepatutnya tapi bila dah pikul tanggungjawab, kita kena buang jauh2 perasaan malu tu sebab niat kita untuk membantu.. So far nenek2 kat sini termasuk Chinese and Indian memang happy bila kami datang sebab depa dapat luahkan perasaan depa.. Walaupun ada cerita yang disampaikan aku kurang faham, tapi layan je lah.. At least depa dapat release tension dengan masalah yang dihadapi. 


Rumah yang ke-4 pula ialah rumah warga emas wanita sihat. Alhamdulillah, sini tiada masalah sangat sebab majoritinya sihat walafiat. Yang bestnye, depa jugak tak kisah untuk berkongsi cerita2 depa. Walaupun kadang2 jelas kelihatan kesakitan dan penderitaan yang dihadapi but they still can give us a big smile. Tiba2 teringat dekat arwah mak tok aku.. Dulu masa kecik2, mak tok aku la yang jaga aku tapi umur arwah mak tok aku tak panjang and aku tak berpeluang nak berbakti jaga arwah mak tok aku balik..


For the last session, ada seorang pegawai mengingatkan kami bahawa kalau nak kerja glamour and bergaya sentiasa, rumah kebajikan bukanlah tempat yang sesuai. Beliau jugak turut mengingatkan kami supaya fikir masak2 untuk menjawat jawatan tersebut sebab bila dah menjawat jawatan tersebut, kita akan mudah dapat pahala and pada masa yang sama mudah jugak masuk neraka. Bagi aku sendiri, walaupun aku ni memang fashionable suka bergaya tapi aku bersedia untuk menukar penampilan aku. Bekerja di rumah kebajikan adalah sesuatu kerja yang mulia. At least bila dapat kerja di sana, aku akan lebih menghargai parents aku and aku jugak akan lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaga parents aku kalau depa dah tua and sakit nanti. The moment and experience that I got from Rumah Seri Kenangan Taiping sungguh berharga walaupun hanya seketika.

 
Pssssssttttttttt : Tahniah diucapkan kepada adik2 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.. Bagi adik2 yang dapat keputusan tak memuaskan, jangan kecewa sebab perjalanan masih jauh.. Mungkin kali ini bukan rezeki anda tapi esok lusa siapa yang tahu kan.. Good Luck! ;)

Ahad, 24 Februari 2013

DISKRIMINASI





Assalammualaikum dan Selamat Hari Ahad terakhir untuk bulan February 2013 ni.. Diskriminasi. Pernah tak ada perasaan macam tu? Sebagai manusia biasa, kita memang tak dapat elak daripada mendiskriminasikan sesuatu.. Tipulah kalau cakap kita dapat berlaku adil 100%.. Kita bukan Allah yang MAHA ADIL.. Kita hanyalah manusia biasa yang tak terlepas daripada melakukan kesilapan.. Mungkin kita memang adil dan saksama dalam melakukan sesuatu tapi adil yang kita miliki tak akan pernah sampai tahap maksima 100%.. Pasti ada jugak peratusan dalam diri kita untuk mendiskriminasikan sesuatu. Bagaimanapun itu bukan alasan untuk tidak kita berlaku adil..



Jangan dabik dada mengaku kita ADIL kalau masih ada yang terasa tersisih dengan kita, Tapi kita digalakkan untuk selalu berniat untuk menjadi seorang yang ADIL.. Niat untuk berlaku adil sebelum melakukan keadilan pun dah dapat pahala. Niat melakukan sesuatu kebaikan itukan satu ibadah..



Dalam senario kehidupan masyarakat kita di Malaysia ni, majoriti daripada kita tak lepas daripada melakukan diskriminasi terhadap sesuatu. Contohnya, bila tengok perempuan kampung pakai baju seksi, mulala kita cop dia bohsia, pelacur, perempuan murahan dan sebagainya. Tapi bila perempuan bandar pakai baju seksi, kita cakap depa hanya ikut trend semasa.. Tak ke diskriminasi namanya tu?




Contoh lain pulak, bila kita tengok lelaki lembut, terus kita cop depa tu gay tapi bila kita tengok lelaki yang badan berotot atau maskulin, kita selalu cakap depa tu lelaki sejati. Tapi perlu diingat, tak semua lelaki lembut itu gay dan tak semua lelaki maskulin itu lelaki sejati.



Contoh diskriminasi yang lain ialah bila kita tengok lelaki hodoh kahwin dengan perempuan cantik, kita akan cakap lelaki tu guna minyak dagu or minyak guna2 untuk dapatkan perempuan tu tapi bila tengok Brad Pit kahwin dengan Angelina Jolie, kita cakap ini baru sesuai.. Sepadan sama cantik sama lawa.. Kenapa perlu berlaku diskriminasi? Perempuan cantik tak semestinya untuk lelaki kacak dan lelaki kacak juga tak semestinya untuk perempuan cantik.



Banyak lagi contoh diskriminasi yang aku nak bagi tapi kalau nak bagi satu persatu, rasanya sampai esok pon tak habis sebab banyak sangai situasi diskriminasi ni berlaku dalam kehidupan kita. Kita memang tak dapat elak daripada berprasangka buruk terhadap sesuatu tapi kita dapat cuba untuk mengurangkan prasangka buruk kepada sesuatu itu ke tahap minima yang boleh.




Psssssttttttttttt : Kepada seluruh masyarakat cina, Happy Chap Goh Mei.. :)