Pages

Jumaat, 22 Mac 2013

Pengalaman di Rumah Orang Tua

Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak.


Assalammualaikum dan salam satu dunia.. Hari ni aku nak cerita pengalaman aku di rumah orang tua.. Pengalaman ni mungkin pengalaman yang terakhir atau mungkin juga pengalaman selama lamanya aku di sana.  Bertarikh 17 March 2013 iaitu ahad lepas, aku telah menyertai Program Penilaian Kompetensi under Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 di Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak. Actually program ni adalah sebagai langkah yang diambil oleh SPA untuk menilai calon2 jawatan tersebut sebelum dipanggil temuduga. Walaupun aku bakal menggenggam segulung ijazah, tapi rasanya tak salah kalau aku cuba untuk apply kerja di peringkat diploma dahulu sebab bagi aku, mula bekerja daripada peringkat bawah lebih bagus berbanding bekerja terus daripada atas. At least we can know the responsibility setiap level pekerja. So, kalau dah jadi boss nanti, kita dah dapat faham situasi pekerja2 kita di setiap peringkat.


Okay, berbalik kepada rumah orang tua tadi, for surelah salah satu aktiviti yang akan dinilai ialah the way we entertain penghuni rumah orang tua tersebut. Ada 4 buah rumah yang perlu kami masuk and entertain. Rumah pertama ialah rumah warga emas lelaki terlantar/sakit. Memang perlukan kesabaran mental yang kuat sebab most of penghuni kat situ adalah sakit and tak boleh berjalan. Ada jugak yang nyanyuk and sebahagian tu kalau cakap memang payah nak faham apa yang cuba disampaikan. Mula2 tu macam2 aku fikir samada aku mampu ataupun tidak untuk menjaga insan2 yang istimewa tersebut. Alhamdulillah, hari ini aku dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berbakti kepada mereka seandainya aku terpilih untuk menjawat jawatan tersebut.


Rumah ke-2 pulak ialah rumah warga emas lelaki sihat. Rumah kedua ni mungkin tak banyak masalah sebab most of residents kat rumah yang ke-2 ni semuanya boleh bergerak sendiri and ramah tamah. Seronok melayan karenah2 dan pengalaman2 yang disampaikan oleh atok2 kat sana.. Tiba2 teringat kat arwah tokwan aku.. Arwah tokwan aku pon suka bercerita jugak kat aku.. Tentang zaman britishla, zaman jepunla, sekolah di Penang Free lah, sekolah dengan P Ramlee lah and lain2 lagi sampai kadang2 tu aku dah boleh hafal skrip and cerita yang arwah tok wan aku nak sampaikan.. Miss that moment so much..


Rumah yang ke-3 pulak ialah rumah warga emas wanita terlantar/sakit. Same situation dengan rumah yang pertama tadi sebab penghuni2 di sini jugak terlantar sakit and sukar untuk berjalan and ada yang dah nyanyuk. Cuma bagi aku rumah yang ke-3 ni mungkin paling mencabar la untuk aku sebab jantina yang berbeza.. Kadang2 rasa malu jugak bila terpandang benda2 yang tak sepatutnya tapi bila dah pikul tanggungjawab, kita kena buang jauh2 perasaan malu tu sebab niat kita untuk membantu.. So far nenek2 kat sini termasuk Chinese and Indian memang happy bila kami datang sebab depa dapat luahkan perasaan depa.. Walaupun ada cerita yang disampaikan aku kurang faham, tapi layan je lah.. At least depa dapat release tension dengan masalah yang dihadapi. 


Rumah yang ke-4 pula ialah rumah warga emas wanita sihat. Alhamdulillah, sini tiada masalah sangat sebab majoritinya sihat walafiat. Yang bestnye, depa jugak tak kisah untuk berkongsi cerita2 depa. Walaupun kadang2 jelas kelihatan kesakitan dan penderitaan yang dihadapi but they still can give us a big smile. Tiba2 teringat dekat arwah mak tok aku.. Dulu masa kecik2, mak tok aku la yang jaga aku tapi umur arwah mak tok aku tak panjang and aku tak berpeluang nak berbakti jaga arwah mak tok aku balik..


For the last session, ada seorang pegawai mengingatkan kami bahawa kalau nak kerja glamour and bergaya sentiasa, rumah kebajikan bukanlah tempat yang sesuai. Beliau jugak turut mengingatkan kami supaya fikir masak2 untuk menjawat jawatan tersebut sebab bila dah menjawat jawatan tersebut, kita akan mudah dapat pahala and pada masa yang sama mudah jugak masuk neraka. Bagi aku sendiri, walaupun aku ni memang fashionable suka bergaya tapi aku bersedia untuk menukar penampilan aku. Bekerja di rumah kebajikan adalah sesuatu kerja yang mulia. At least bila dapat kerja di sana, aku akan lebih menghargai parents aku and aku jugak akan lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaga parents aku kalau depa dah tua and sakit nanti. The moment and experience that I got from Rumah Seri Kenangan Taiping sungguh berharga walaupun hanya seketika.

 
Pssssssttttttttt : Tahniah diucapkan kepada adik2 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.. Bagi adik2 yang dapat keputusan tak memuaskan, jangan kecewa sebab perjalanan masih jauh.. Mungkin kali ini bukan rezeki anda tapi esok lusa siapa yang tahu kan.. Good Luck! ;)

Ahad, 24 Februari 2013

DISKRIMINASI





Assalammualaikum dan Selamat Hari Ahad terakhir untuk bulan February 2013 ni.. Diskriminasi. Pernah tak ada perasaan macam tu? Sebagai manusia biasa, kita memang tak dapat elak daripada mendiskriminasikan sesuatu.. Tipulah kalau cakap kita dapat berlaku adil 100%.. Kita bukan Allah yang MAHA ADIL.. Kita hanyalah manusia biasa yang tak terlepas daripada melakukan kesilapan.. Mungkin kita memang adil dan saksama dalam melakukan sesuatu tapi adil yang kita miliki tak akan pernah sampai tahap maksima 100%.. Pasti ada jugak peratusan dalam diri kita untuk mendiskriminasikan sesuatu. Bagaimanapun itu bukan alasan untuk tidak kita berlaku adil..



Jangan dabik dada mengaku kita ADIL kalau masih ada yang terasa tersisih dengan kita, Tapi kita digalakkan untuk selalu berniat untuk menjadi seorang yang ADIL.. Niat untuk berlaku adil sebelum melakukan keadilan pun dah dapat pahala. Niat melakukan sesuatu kebaikan itukan satu ibadah..



Dalam senario kehidupan masyarakat kita di Malaysia ni, majoriti daripada kita tak lepas daripada melakukan diskriminasi terhadap sesuatu. Contohnya, bila tengok perempuan kampung pakai baju seksi, mulala kita cop dia bohsia, pelacur, perempuan murahan dan sebagainya. Tapi bila perempuan bandar pakai baju seksi, kita cakap depa hanya ikut trend semasa.. Tak ke diskriminasi namanya tu?




Contoh lain pulak, bila kita tengok lelaki lembut, terus kita cop depa tu gay tapi bila kita tengok lelaki yang badan berotot atau maskulin, kita selalu cakap depa tu lelaki sejati. Tapi perlu diingat, tak semua lelaki lembut itu gay dan tak semua lelaki maskulin itu lelaki sejati.



Contoh diskriminasi yang lain ialah bila kita tengok lelaki hodoh kahwin dengan perempuan cantik, kita akan cakap lelaki tu guna minyak dagu or minyak guna2 untuk dapatkan perempuan tu tapi bila tengok Brad Pit kahwin dengan Angelina Jolie, kita cakap ini baru sesuai.. Sepadan sama cantik sama lawa.. Kenapa perlu berlaku diskriminasi? Perempuan cantik tak semestinya untuk lelaki kacak dan lelaki kacak juga tak semestinya untuk perempuan cantik.



Banyak lagi contoh diskriminasi yang aku nak bagi tapi kalau nak bagi satu persatu, rasanya sampai esok pon tak habis sebab banyak sangai situasi diskriminasi ni berlaku dalam kehidupan kita. Kita memang tak dapat elak daripada berprasangka buruk terhadap sesuatu tapi kita dapat cuba untuk mengurangkan prasangka buruk kepada sesuatu itu ke tahap minima yang boleh.




Psssssttttttttttt : Kepada seluruh masyarakat cina, Happy Chap Goh Mei.. :)

Ahad, 17 Februari 2013

Nafsu Seks Pelik

Ini antara objek yang boleh menaikkan nafsu syahwat orang yang bernafsu seks pelik ni.



Nafsu manusia ni memang sukar untuk dikawal. Kadang2 tu nafsu makin pelik dan tak masuk dek akal.. Jika cakap mengenai nafsu ni, ramai yang menderita disebabkan kehendak nafsu diri sendiri. Disebabkan nafsu jugak hari ni banyak anak2 luar nikah dilahirkan, disebabkan nafsu jugak, bunuh membunuh dah jadi perkara biasa. Disebabkan nafsu jugak, sanggup pinjam wang dari Ah Long dan akhirnya hidup dalam ketakutan. Disebabkan nafsu jugak, sanggup ketepikan dosa neraka. Begitulah kuatnya pengaruh nafsu kepada kehidupan manusia sejagat sehinggakan ramai yang sanggup bertuhankan nafsu diri sendiri.  By the way, sekarang kita takmau cakap pasai nafsu itu semua tapi kita nak bercakap mengenai sesuatu yang berkaitan dengan nafsu jugak iaitu nafsu seks pelik. Disebabkan nafsu, amalan seks biasa dah jadi luar biasa dan pelik.





Necrophilia. Ini sejenis nafsu seks pelik bagi orang yang suka melakukan seks dengan mayat. Jenis mayat tidak hanya terikat dengan mayat yang masih baru bahkan orang yang mempunyai nafsu seks jenis ini juga bernafsu untuk melakukan seks dengan mayat yang sudah reput. 




Mecanophilia. Ini memang agak pelik sebab orang yang mempunyai nafsu seks jenis ini, depa lebih bernafsu untuk melakukan seks dengan objek mekanikal macam motorsikal, basikal, kereta dan sebagainya. Sebagai contohnya, dalam rekod yang difailkan, Robert Stewart antara yang mempunyai nafsu seks jenis ini apabila ditangkap  melakukan seks dengan basikal.




Trichophilia. Bagi sesiapa yang ada banyak bulu, awas dengan orang yang mempunyai nafsu seks jenis ini sebab si pelaku seks jenis trichophilia ni obses dengan rambut serta bulu yang berada pada manusia mahupun haiwan.  Jadi tak hairanlah kalau depa akan terangsang jika melihat jaket bulu ataupun kucing parsi yang berbulu lebat tu.




Emetophilia. Nafsu seks jenis ini aku rasa agak jijik sikit sebab depa menjadikan muntah sebagai sumber untuk menaikkan nafsu depa. Sebelum melakukan hubungan seks, depa akan makan sebanyak mungkin dan kemudian akan memuntahkan makanan tersebut. Bila dah muntah, baru depa rasa ghairah untuk melakukan seks.




Erotophonophilia. Nafsu seks jenis ni aku rasa ganas dan mungkin orang tu dibesarkan tanpa kasih sayang sebab kepuasan seksual depa hanya akan tercipta menerusi kesakitan dan penyeksaan. Depa akan menyeksa dan menyakitkan pasangan depa dan apabila melihat pasangan depa terseksa dan sakit, baru depa rasa bernafsu untuk melakukan seks.




Burusera. Bagi yang kehilangan seluar dalam yang dah dipakai tu, maybe seluar dalam tu dah dicuri oleh orang yang bernafsu seks jenis burusera ni sebab depa obses untuk menaikkan nafsu syahwat dengan seluar dalam terpakai. Kat Negara Jepun, wujud kedai serta mesin vending yang menjual seluar dalam terpakai untuk golongan orang yang bernafsu seks jenis burusera ni sebab golongan ni famous di Jepun.




Pedophilia. Ibu bapa kena awasi anak2 anda daripada pelaku seks jenis ini sebab depa yang bernafsu seks jenis pedophilia ni suka dan bernafsu melakukan seks dengan kanak2 di bawah umur. Sebelum ini satu laman web telah berjaya dikesan di mana website tersebut dijadikan medium untuk golongan ini bersembang sesame depa tentang pengalaman depa melakukan seks dengan kanak2 sambil upload video or gambar depa melakukan seks dengan kanak2 tersebut.




Oshouji. Dengar nama jenis seks ni pun dah tau ia berasal dari mana kan. Ia berasal dari Negara Jepun. Depa akan bernafsu untuk melakukan seks apabila terlihat tulisan yang ditulis di atas badan manusia.




Formicophilia. Orang cakap, kalau kena sunat atau khatan tu ibarat kena gigit dengan semut. Tahu tak golongan yang bernafsu seks jenis formicophilia ni memang suka dan akan naik nafsu syahwat depa kalau bahagian sulit depa digigit serangga. Golongan ni mesti suka kalau kena sunat, HEHE.. Serangga menjadi perangsang pada nafsu luar norma depa. Digigit serangga terutama di bahagian sulit mampu menaikkan rasa klimaks syahwat sekali gus memberi kepuasan seks.




Vorarephilia. Golongan yang bernafsu seks jenis ini patut dihindari dan ditangkap sebab ia boleh memudaratkan manusia dan memang menakutkan. Golongan jenis ini sering dikaitkan dengan isu kanibalisme dan pembunuhan kerana ia merupakan kegiatan seks yang memberikan kepuasan apabila si pelaku memakan pasangannya dan disebaliknya.




Nafsu2 seks pelik ni ada yang kelakar, ada yang jijik dan ada yang menakutkan. Apa2 pun kita doakan supaya kita dihindarkanlah daripada mempunyai nafsu2 pelik ini. Biarlah nafsu seks kita itu normal kerana ia lebih baik kan. By the way, terima kasih jugakla kepada ampa semua sebab masih lagi bernafsu untuk melawat serta membaca entry2 di dalam MySuaraBlog.. Terima Kasih!





Pssssssttttt : Bagi yang berada di Penang dan sekitar negeri Penang, Lets celebrate The biggest Hokkien New Year celebrations will take place at the Jade Emperor temple at Chew Jetty and on Penang Hill pada hari ini bermula pada pukul 7pm hingga 12 midnight. Don't miss it.