Pages

Jumaat, 14 Disember 2012

Tarikh Cantik





Tahun 2012 ni, banyak betul tarikh2 yang cantik khususnya pada Bulan Disember tahun 2012 ni.. Macam 1.2.12, 12.12.12, 20.12.2012, dan hari ni pun mencatatkan tarikh dalam tahun Islam yang cantik iaitu 1 Safar 1434h atau 1.2.34.. Bila sampai je tarikh2 yang cantik ni, ramai yang update status kat facebook mahupun twitter demi menunjukkan keterujaan depa dengan tarikh tersebut.. Program rancangan Tv mahupun radio jugak tak ketinggalan menjadikan tarikh2 cantik ni sebagai segmen dalam rancangan depa.. Si teruna dan si dara jugak ramai yang mengikat tali perkahwinan depa pada tarikh2 yang cantik ni..





Walaubagaimanapun, ramai jugak yang mempertikaikan sesetengah pihak sebab terlalu mengagung agungkan tarikh yang kononnya cantik ni. For them, tarikh is tarikh, takdak yang istimewa pun. Walaupun tarikh 12.12.12, kita tetap menjalani hari tersebut seperti hari2 yang lain jugak. By the way, itu pendapat masing2 la kan.. Ada yang suka dan ada jugak yang disebaliknya..





Bagi pendapat aku, kalau nak kahwin or bertunang or buat something yang istimewa pada tarikh2 yang cantik ni, memang digalakkan.. Almaklumlah, kita ni manusia biasa je.. Tak lari daripada sifat pelupa.. So, bila kita dapat lakukan something yang special pada tarikh2 yang cantik ni, confirm kita payah nak lupa sebab tarikh2 ni senang diingat dan begitu signifikan kepada orang yang meraikannya. Sebagai contohnya, lesen memandu kita pun, sengaja kerajaan Malaysia letakkan tarikh birthday kita sebagai tarikh untuk renew lesen.. Tarikh birthday kita kan begitu signifikan kepada kita, so probability untuk kita lupa tu adalah kecil.. Jadi semua orang akan ingat bila tarikh depa  kena renew lesen memandu depa..





Last sekali, ia adalah hak masing2 samada nak meraikan tarikh2 yang cantik itu ataupun tidak.. Tak guna kalau kita meraikan tarikh tersebut dengan pom pang sana sini tapi kita tak lakukan something yang special pada tarikh tersebut yang boleh dikenang sepanjang hayat.. Memang sifat manusia yang sukakan kepada kecantikan.. Sedangkan no plat kenderaan pun dibida ratusan ribu ringgit. Apa2 pun, Selamat Meraikan 1.2.34.. ;)





Psssstttttt : Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Menikah kepada kazen tersayang iaitu Farah Zawani Zainor Abidin pada 12.12.12..

30/12/12 ni aku kena jadi pengapit.. Habislaaaa.. HAHA

Khamis, 13 Disember 2012

F&F Fabric Empire



Tan sri2, Puan Sri2, Datuk2, Datin2, Nenek2, Makcik2, Pakcik2, Abang2, Kakak2, dan Adik2 yang comey, kacak, dan cantik semuanya..

Lai, Lai, Lai...
 



Memperkenalkan sebuah perniagaan butik online F&F FABRIC  EMPIRE yang diusahakan oleh Encek Firdaus iaitu graduan kelas pertama dari UiTM.





Ø  Menjual pelbagai jenis kain ela seperti Chiffon, Satin, Washable Creep, Cotton, Songket, Jaquard Silk dan lain-lain..


Ø  Kesemua kain ela adalah original dari Bandung. Kain ela berkualiti pada harga yang berpatutan dan lebih murah dari harga pasaran.


Ø  Kain ela dijual dari harga RM45 (Termasuk kos penghantaran)


Ø  Segala urusan adalah atas talian (online). Penghantaran kain yang telah ditempah akan dilakukan apabila menerima pembayaran secara online. Urusan penghantaran adalah dalam tempoh 3 hari berkerja melaui Pos Laju.


Ø  Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari Fanpage mereka di facebook – F&F Fabric Empire

Atau boleh hubungi di talian 0134130304 / 017-4617951..






Berikut adalah contoh-contoh kain ela yang mendapat sambutan hangat dari pelanggan










Berminat? Apa tunggu lagi.. Orderlaaaa.. Sementara stok masih ada.. :) Btw, ini bukan blog rasmi butik F&F Fabric Empire.. Entry ini hanyalah untuk tujuan promosi.. Nak order atau ada sebarang pertanyaan, bolehla hubungi talian yang dinyatakan di atas.. Terima Kasih!


psssssssttttt : sedih dengan kekalahan harimau malaya di atas tangan gajah putih.. huhu 

Sabtu, 1 Disember 2012

Lawak Dulu Dan Lawak Sekarang



Bila cakap bab lawak ni, perasan tak yang lawak ni sebenarnya kena selalu up to date.. Kalau dah out of date, kita buat lawak macam mana pun, orang tak akan gelak.. Pendek kata, lawak ni kena ikut peredaran zaman.. Lawak hari ni dah tak sama macam lawak dulu2.. Lawak sekarang kena ada research.. Kena kaji dulu tentang cerita yang nak kita bawak and cerita tu mestilah orang lain pon tau.. Kalau kita sorang je tau cerita tu, nanti lawak kita akan jadi lawak SS, Lawak Syok Sendiri.. Kita buat lawak, kita jugak yang gelak..



Cewah! Dah macam pengkritik Maharaja Lawak Mega 2012 dah aku ni, HAHA..  Tapi betoi apa, cuba tengok pelawak2 otai macam kumpulan DaDiDu dengan PMai.. Walaupun masa dulu2, depa memang terkenal dengan aksi lawak depa tapi bila tengok MLM 2012, lawak depa macam dah tak menjadi.. Dah basi and no more sense of humor dalam persembahan.. Kalau ada pun, sikit sangat.. Maybe depa still nak mengekalkan lawak depa macam masa dulu2 tapi hakikatnya orang lani dah tak layan lawak macam tu.. Orang sekarang layan lawak gila2 macam Jozan.. Lawak spontan tanpa diduga macam Jambu or mungkin lawak double meaning macam Balas.. Oppss! HAHA



Nak bagi orang takut, senang je.. Nak bagi orang marah, senang je.. Nak bagi orang menangis pon senang je.. Tapi nak bagi orang gelak tu yang payah tu.. Kepada yang berjaya buat lawak yang boleh buat orang gelak sampai tak kering gusi, orang tu memang hebat.. Apa2 pun, selamat berketawa.. Ketawa mampu mengurangkan risiko sakit jantung.. Tapi awas! Jangan gelak sangat sebab orang tua2 cakap, kalau terlampau gelak, nanti akan menangis.. Yeke? Entahlah.. Hi Disember, Bye November.. :)




Psssttttt : Good Luck kepada Harimau Malaya yang bakal menentang Garuda pada malam ni.. Ayuh! Tonjolkan taring and baham garuda sepuas-puasnya.. Jangan hanya mengaum je kuat tapi hampeh.. Malam ni jadi Harimau jangan jadi Harimeow.. Malaysia Boleh!