Hari ni merupakan hari kebesaran untuk umat Islam iaitu sambutan perayaan hari raya Aidiladha.. Tapikan, perayaan hari raya aidiladha ni disambut ala qadar je oleh majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.. Tak semeriah sambutan hari raya Aidilfitri.. TETAPI, Lain pulak khabarnya sambutan hari raya Aidiladha di negeri pantai timur iaitu negeri yang diberi jolokan negeri serambi Mekah iaitu Kelantan Darul Naim ni, sebab ada cakap2 yang mengatakan bahawa sambutan hari raya Aidiladha di Kelantan meriah.
Memandangkan aku tak pernah sampai lagi ke negeri Cik Siti Wan kembang ni and aku pun agak teruja jugak nak tau apa yang meriah kat Kelantan bila hari raya aidiladha menjelma.. So,aku pun ada la tanya beberapa rakan2 facebook aku yang berasal dan tinggal di Kelantan.. Ini kata depa.. ;)
"Yup! Betulla tu.. Suasana raya haji di Kelantan macam suasana raya puasa.. Jangan
terkejut kalau raya puasa pun tak semeriah raya haji di Kelantan.. Suasana
memang meriah.. Ada makanan macam hari raya puasa. Semangat ziarah menziarah
sama macam hari raya puasa. Apa yang best bila time korbankan lembu. Di situ
kita dapat lihat semangat kejiranan yang kuat.. Masing2 tolong menolong satu
sama lain. Time raya haji di Kelantan, ada jugak orang bagi duit raya tapi
dependla kat jenis orang tu.."
"Yap! Memang meriahla sebab setiap keluarga akan buat korban
pada hari tu. Ada 2 or sekor lembu yang dikorbankan untuk 1 family. Macam
family aku, tipa2 tahun akan buat korban.. Memang setakat ni tak pernah tinggal
lagi buat korban.."
Wan Ahmad Faris
"Aha meriah dia lebh kurang raya puasa.. Ape yang ada masa raya puasa, macamtu la time raya haji. . Lagi meriah sebab ada daging lembu.. Lembu disembelih tepi2 rumah jer.. Tu yang best..!"
Psssttttttttt : SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012 kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.. :)





